10 November 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM

Online shopping kini menjadi trend pilihan masa kini untuk membeli - belah. Zaman sekarang ini, semuanya di hujung jari dan pantas. Lagipun masa dan tenaga dapat dijimatkan. Di mana - mana sahaja korang boleh online shopping kan. Kali ini Wani nak share dengan korang semua satu platform online shopping dengan harga barang yang sangat murah iaitu SGSHOP. Pernah dengar tak ?

Buat yang pertama kali dengar, SGSHOP Malaysia merupakan Agen Taobao yang sah di Malaysia. Korang yang teringin nak shopping barang dari China, di SGSHOP jawapannya. Tak payah susah nak pergi China, sedangkan di SGSHOP, korang dah boleh shopping macam - macam. Untuk pengetahuan semua, yang belum tahu, SGHOP Malaysia, ia ada link dengan laman web Taobao. Memandangkan laman web Taobao di dalam bahasa cina, jadi korang mesti tak faham, Jadi wujudnya SGSHOP ini adalah untuk memudahkan korang untuk shopping barang dari sana. Faham lah ya.

pengalaman membeli - belah barang murah dari china hanya di sgshop malaysia
Pertama kali masuk website SGSHOP ,mata terpaku tengok ke harga barang yang murah.hii Barang tak tengok lagi, Kalau tengok barang lagi nak pengsan. Semua kategori ada ya kat SGSHOP, korang nak shopping apa semua ada.


Sempena  Double 11 Online Shopping festival, Untuk yang baru kali pertama nak shopping, sila baca dengan teliti dan step by step secara tutorial bergambar. hii. Bukan apa, sebenarnya kalau yang first time nak shopping memang rasa macam nampak tak biasa. Sekali tengok macam banyak step, tapi ok jerr bila dah biasa shopping kat sini.


PENGALAMAN ONLINE SHOPPING DI SGSHOP DENGAN HARGA YANG SANGAT MURAH 

Sebelum nak bercakap lanjut, pengalaman membeli -belah kat sini, disebabkan shopping di SGshop,wani ambil "Buy For Me". Kita sendiri yang pilih barang, kemudian serah kepada SGshop untuk uruskan kesemua dari pihak penjual ambil barang untuk kita,hantar ke gudang SGshop untuk pemeriksaan dan pembungkusan sehinggalah ke servis penghantaran di Malaysia.

Servis yang ini lagi selamat, takut barang ada rosak ke apa, memang pihak sana akan bagi tahu, kalau nak tahu pengalaman diri sendiri dapat barang tak lengkap, nanti korang baca lagi ya.

 Register
Mula - mula sekali, kena register dulu, isi details nombor telefon dan email dan yang lain - lain. Seperti biasa, kena verify email untuk log in masuk. Baru lah boleh log in. Selepas log in masuk, korang klik di username ya, lepas klik korang boleh tengok akaun korang kat situ, di sebelah kiri ada ke semua keyword penting untuk shopping nanti.

 Top Up Duit

 Sebelum nak shopping, apa yang korang perlu buat, kena top up dulu duit masuk ke dalam akaun terlebih dahulu ya.  Macam mana nak top up duit ? korang ke "My Account" ada perkataan "top up". Klik situ dan akan keluar seperti gambar di bawah, Cara nak masukkan duit ada pelbagai cara, Wani memang pilih online banking senang sikit. Jadi, korang klik "online banking". dan pilih bank pilihan masing - masing. Jangan lupa tick berapa amaun duit yang nak di top up. Dan kemudian, klik "Top Up". ikut arahan yang diberikan.

Duit yang dah ada dalam akaun 

Bagus juga SGSHOP buat macam ini, kalau kita nak bajet berapa nak shopping, terkawal sikit belanja. Betul tak ?. Nanti bila duit dah berjaya top up masuk, boleh check tengok, korang klik username korang dan memang akan nampak jelas.

Cara Nak Order 

Sekarang masa untuk shopping, pilih barang yang korang nak shopping, pastikan selari dengan bajet dengan duit yang dah di top up. Kalau dah ada barang yang korang berminat nak beli, korang hanya klik " Add to cart".


Nanti korang tengok balik di "My Cart". Kat sana terkumpul ke semua item yang kita nak beli. Tengok gambar kat bawah ya, ini senarai yang Wani nak beli, pejam mata pilih semua ni hii. Nanti korang klik "view chart" untuk step seterusnya nak lihat ke semua item yang korang order. Lihat ke semua item dalam senarai "View Chart", sekiranya korang rasa macam terlebih bajet, korang boleh delete ya.


 Cara Nak Buat Pembayaran

Setelah berpuas hati dan confirm dengan barang yang korang nak shopping korang boleh klik "Next". Jangan lupa tick dalam kotak kecil sebelum klik "Next". Disebabkan barang yang kita order dari negara China, jadi ada 2 jenis pembayaran yang perlu dibuat. Maknanya ada 2 peringkat.

Untuk peringkat pertama ini, kita kena bayar untuk "Product Price + Domestic Shipping". Kalau barang yang Wani order ni tak ada domestic shipping.Setengah barang, ia ada harga untuk domestic shipping. Kalau korang nak jimat tengok elok - elok barang yang tak ada harga untuk domestic shipping ya.

Payment Password






Untuk barang yang kita order ini, sebelum pembayaran ditolak dari duit yang kita dah top up, pertama sekali korang kena buat "payment password". Setkan password dulu, baru mudah nak proceed untuk step seterusnya. Ikut arahan yang diberikan, boleh rujuk gambar di bawah ya. Payment password ini penting sebab setiap kali kita nak buat pembayaran ia akan request. Jadi kira untuk faktor keselamatan juga :). Dah ada payment password ini, ia akan tolak jumlah total harga barang dari akaun kita.


Tunggu Barang yang diorder untuk sampai ke China warehouse



Selepas buat pembayaran untuk peringkat pertama, Korang klik "My order" dan kat situ tersenarai semua barang yang korang dah order. Dan sekarang, third party seller akan memulakan tugasan nak ambil order korang untuk hantar ke China warehouse. Kat sini, ambil masa dalam 1 - 5 hari untuk barang korang sampai di China warehouse sebab seller lain - lain kan, Jadi, korang kena sabar sikit ya.
Setelah 5 hari menunggu, ke semua barang sudah sampai di China warehouse. Nampak kotak oren macam ni, Klik "arrived China warehouse". ke semua barang sudah ada, kemudian boleh klik "submit delivery" untuk step seterusnya.

Problematic Order
Di China Warehouse bila barang dah sampai sini, pihak sana akan buat inspection untuk setiap barang. Barang mestilah dalam keadaan baik, tak rosak, untuk dihantar kepada kita. Sekiranya ada barang rosak ke atau ada masalah lain, ia akan masuk di kotak "problematic order". Jadi, korang selalu kena perhatikan kat sini, takut ada barang yang korang dah order tapi kena refund balik ke ? Apa yang korang perlu buat klik kalau yang ada mana - mana bertanda. Pihak sana akan beritahu masalah apa tentang order kita

Kalau contoh, Wani ada order untuk tripod, tiba - tiba masuk dalam problematic order, bila tanya, pihak sana jawab beg untuk tripod tertinggal, jadi seller kena ambil balik dan hantar balik kat sini. Ambil masa la juga. tapi sabar la kan.

Pembayaran Kedua Untuk International Fee + Service Charge + Clearance Fee 

Untuk pembayaran kedua ini, selepas klik "submit delivery", untuk penghantaran ke Malaysia, korang boleh pilih samaada nak sea shipping atau dengan air shipping, untuk air shipping pun ada banyak peringkat tapi Wani pilih untuk ambil economy air sebab nak guna barang urgent. :). Tapi kalau rasa nak murah sikit boleh ambil dengan sea shipping ya


Pastikan, isi alamat semua untuk penghantaran barang.

Untuk pembayaran kedua ini, adalah termasuk untuk international shipping + clearance fee + service charge.

Kemudian, klik "Pay" untuk buat pembayaran. Seperti biasa payment password perlu di isi untuk setiap kali pembayaran. 

My Collection 
Dah selesai pembayaran, maka dah selesai dah urusan pembelian barang dari sana, buat masa sekarang tunggu barang sampai depan rumah. Untuk lihat senarai barang korang, boleh klik "di "My order" dan klik di "My collection ". Di sini siap ada ID untuk setiap barang yang diorder dan juga korang boleh lihat invoice. Untuk order status kat sini barang baru nak "repacking in progress".


Dan jangan lupa selepas siap semua, mungkin ambil masa lepas "repacking in progress", selalu check balik kat sini dan ada keluar "confirm received". Klik dan ikut arahan yang diberikan sebab ia nak pengesahan dari kita, samaada ke semua barang ini yang kita order. Dan tunggu sampai barang depan rumah. 


Live Chat

Satu lagi, kalau korang macam ada soalan nak tanya, korang boleh tanya kat live chat ni, sekejap jer staff sana jawab, tak sampai 10 saat terus staff sana balas, memang bagus servis. Tapi live chat ni ada masa dan hari tertentu. Habis timing untuk live chat, korang tak akan nampak icon macam kat atas tu di website SGSHOP. Ada Wani tanya soalan dah siap semua,, memang jaga adab tanya balik kalau tak ada soalan dia akan tutup chat window. Bagus kan. :)


UNBOXING PARCEL DARI SGSHOP 
Nak hampir sebulan  baru sampai bungkusan yang besar ni kat rumah, nak kata tunggu berbaloi tu tapi bila dah nampak barang depan mata ni dah lega dah hii.apapun barang semua diterima dalam keadaan baik dan tak ada satu pun yang rosak.

Apa yang suka sangat shopping sini packagingnya memang tip top, cover elok - elok barang kat dalam. Jauh dari China kan terbang, Jom lah tengok apa yang Wani shopping kat sana, Barang sampai sama macam yang kita tengok di laman web Sgshop ya. Memang teruja nak unboxing macam nak buka hadiah untuk diri sendiri, tapi ada barang orang juga dalam tu hii.

Travel bag sampai 2 jenis, travel bag cantik - cantik dan murah - murah pulak tu. Korang nak cari travel bag yang mampu milik boleh lah beli kat SGshop ni. 

Barang yang lain, blouse, baju t-shirt lelaki, kain untuk photo props dan purse. 

Backdrop photo prop dan notebook cooler. Banyak pulak shopping yang bab photo props ni. :D

Tripod senang nak untuk photoshoot nanti. Belanja lebih sikit untuk kerja - kerja blogging. :)

Sungguh mudah kan nak shopping sini ?.Korang baca step by step tu ya. Kali kedua dah shopping ni, memang best shopping sini. Tak adalah susah sangat kan.Jom shopping, murah sangat barang di SGSHOP. Lagipun esok berlangsungnya double 11 online biggest sale. Boleh klik https://www.sgshop.com.my/activity/treasurehunt. Banyak promosi menarik di sana.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari di laman sosial SGSHOP seperti di bawah







1 komentar:

avatar
Murni Alysa delete 17 November 2018 8:26 PG

Wah menarik tu..tq wani share cara2 nak shopping di SG shop..mana tau suatu hari nanti boleh rujuk sini

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram