Tuesday, 18 December 2018

author photo
Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat|| Kali ini bereksperimen kek chiffon dengan meletakkan yogurt yang berperisa mangga. Dalam banyak - banyak bereksperimen kek chiffon, yang bahan letak yogurt memang ada kelainan dari segi tekstur kek. Lembut dia tu lain macam, memang lembut sangat dan gebu. Sampai nak potong dengan pisau pun macam kena hati- hati kalau tak kek jadi jadi benyek sebab terlalu tekan hii.

Kalau nak guna yogurt perisa lain pun tak kisah, tak ingat dah bau mangga sangat ke tidak, tapi yang penting lembu dan gebu tu yang nak. Resepi dah taip dalam bahasa melayu. Kek chiffon yang tak jemu makan. Kalau simpan dalam peti boleh tahan dalam 2 hari makan.

Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat
Nampak lembut tu kan gebuu jerr.

Kek chiffon ini pun nampak plain sebab letak yogurt jerr dalam tu tapi gerenti puas hati makan, nanti korang boleh cuba ya. Kalau nak kelainan dari makan saja, buat peminat yogurt jerr tahu macam mana. Kek chiffon kalau baru pertama kali nak belajar memang banyak kena ambil tahu tentang tips tak nak bagi kek jadi huru hara hii, ada orang tangan bertuah menjadi jerr kek, kalau tak bertuah hari tu memang nak maki jerr kek yang tak jadi huu.

Nanti lain kali lah kita buat entri, bagi tips kalau ada kesempatan masa. Sebab dulu asyik ulang buat kek ni jerr dah tak buat kek lain. Kek ada krim bagai tak minat, sebab tak ada orang makan pun hii.

Jom lah cuba resepi kek chiffon yogurt berperisa mangga yang memang gebu dan lembut sangat 

Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat

Bahan- bahan 

(A) 
5 biji kuning telur
1 bekas 135 gm yogurt berperisa mangga ( kalau nak perisa lain pun tak apa )
60 ml minyak jagung
50gm gula halus
100 gm tepung gandum di ayak terlebih dahulu

(B)
5 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
50 gm gula halus

Cara - cara 
1. Kacau  kuning telur bersama gula halus hingga sebati.
2. Masukkan minyak jagung dan yogurt dan kacau rata.
3. Kemudian, masukkan tepung gandum sikit demi sikit dan gaul rata adunan sampai tak ada ketulan tepung.
4. Dalam bekas yang kering tanpa minyak dan gris, pukul putih telur sehingga berbuih lembut, dan kemudian masukkan separuh gula halus, naikkan speed dan putar lagi putih telur.
5. Kemudian masukkan cream of tartar dan juga separuh lagi gula halus. Putar sampai putih telur dalam keadaan "stiff peak". Terbalikkan mangkuk adunan  putih telur tak jatuh.
6. Ambil sudip bersih, kaup separuh daripada putih telur dan campur dengan bahan (A). Kaup balik dengan perlahan, buat secara berselang seli sampai habis.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon, hentakkan sekejap bagi buih udara keluar.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C atau ikut suhu oven masing - masing selama 45 minit atau sehingga masak.
9. Cucuk dengan lidi, sekiranya dah masak boleh keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan kek ke bawah untuk mengelakkan kek jatuh.
10. Bila dah suam - suam sikit, ambil pisau lalukan sekeliling acuan kek untuk keluarkan kek chiffon

Resepi Kek Chiffon Yogurt Berperisa Mangga Memang Gebu Dan Lembut Sangat
 Langkah demi langkah untuk buat kek chiffon yogurt berperisa mangga memang gebu dan lembut sangat 

This post have 3 komentar

avatar
Bbwana adienia delete 24 August 2014 at 22:49

salam wani cayang..

em, nampak best pula kan kek cipon tu dengan tambahan yogurt..nak buat tapi x reti buat kek cipon..wani tolong ajar wana bleh????hehehe..

Reply
avatar
Wani delete 25 August 2014 at 01:15

sonang je kek cipon ni apasai x leh buat .. tutorial pon dah ada kat bawah tu.. kena cuba2 buat hiiii

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang