21 March 2019

author photo
Jus Tembikai Yang Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya || Salam semua, sejak cuaca panas macam ni, memang tekak nak benda sejuk jer. Kita memang jarang nak minum berais melainkan kalau cuaca panas sangat. Sebab tu kat rumah tak laku ais hii, memang jarang sangat buat.

Jus Tembikai Yang Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya

Setakat ini, tak hujan lagi bumi Kelantan ni rasa dah sebulan lebih dah. Cuaca panas memang best terutamanya bab jemur kain sekejapnya kering.

Tapi apabila keadaan cuaca panas sekarang, dah memaksa nak kena minum air batu dan minuman yang sejuk - sejuk bagi menghilangkan panas badan. Kita buat jus tembikai yang mudah, walaupun hakikatnya malas juga nak blend tapi paksa diri nak blend juga. :D

Seingat tahun lepas, kerap juga blend tembikai buat jus. Puasa tahun lepas memang musim panas jugak kan. Buah tembikai dah musim dah ni, selalu musim panas ni, buah tembikai memang manis sebab hujan tak turun. Memang betul ke fakta tu.

Blend siap letak simpan dalam peti nak sejukkan kemudian minum, Allah hilang dahaga terus. Kalau korang nak sedap lagi ada bahan rahsia tau. Tapi tak tahu lah korang minat ke tak nak letak dalam jus tembikai, tapi kita suka :D. Memang kalau blend buat jus tembikai dan ada stok bahan rahsia ni memang akan letak hii.

Jus Tembikai Yang Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya

Kalau tak suka bau bahan rahsia tu tak apa, tak paksa pun yang penting jus tembikai ni kena ada masam manis. Disebabkan buah tembikai memang dah manis jadi dah tak tambah gula ya. Memang natural sweet semua dari buah tembikai. Dan lagi satu jus tembikai ni memang tak tambah air. Jus 100 % dari buah tembikai.

Nak tahu bahan rahsia tu, kita memang letak daun ketumbar dalam jus hii. Macam gabungan terbaik pulak dengan masam manis dan bau dari daun ketumbar. :D.

Siapa pernah buat ya. Ada tak. Sampai 2 hari jus tembikai ni dalam peti. Seeloknya nak buat jus buah tak perlu tambah bahan pemanis lain atau pun tambahan yang pelik, nanti hilang khasiatnya. Kata nak minum sihat nanti jadi lain. Sekiranya buah tembikai kurang manis boleh nak tambah madu.

Sedap, mudah dan menyegarkan . Selamat mencuba !


Jus Tembikai Yang Mudah, Sedap Dan Menyegarkan, Ada Rahsianya

Bahan -  Bahan 

Buah tembikai
Limau nipis atau limau kasturi atau lemon
Daun ketumbar dihiris secukupnya ( kalau suka )

Cara - Cara 

1. Basuh bersih buah tembikai. buang kulit dan potong sederhana
2. Masukkan ke dalam blender dan blend sehingga sebati
3. Tuangkan jus tembikai ke dalam jug minuman, perah jus limau nipis secukupnya biar ada rasa masam manis dan masukkan daun ketumbar
4. Kacau rata jus tembikai, sejukkan dalam peti kemudian dah boleh hidangkan
5. Gula tak payah letak, buah tembikai ini dah manis sekiranya dapat buah tembikai yang tak manis boleh tambah madu

This post have 5 komentar

avatar
Shahida Dzulkafli delete March 21, 2019 at 6:48 PM

Pergh!! Bestnya, panas2 nie minum air tembikai..

Reply
avatar
Sunah Sakura delete March 21, 2019 at 10:40 PM

sekali lagi...gambar wani tak pernah mengecewakannnnn..jus tembikai tak pernah lagi try letak daun ketumbar mahupun limau kasturi..bagus idea ni..bole buat bulan puasa nanti!

Reply
avatar
Tedi InterpretZZ delete March 22, 2019 at 1:15 AM

Tedi lebih suka makan tembikai macam tu aja daripada minum jus tembikai.

Reply
avatar
Ana Jingga delete March 22, 2019 at 7:51 PM

tak pernah cuba tapi mesti sedap ni kan wani, ada masam manis gitu :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram