Cara Mudah Nak Bersihkan Udang Dengan Betul Dan Buang Bahagian Najis Dan Otak Udang Guna Gunting

Cara Mudah Nak Bersihkan Udang Dengan Betul Dan Buang Bahagian Najis Dan Otak Udang Guna Gunting || Salam semua, salam nisfu Syaaban semua, lagi 15 hari nak masuk bulan Ramadan.
Hari itu pun ada rezeki udang laut yang segar dan besar pulak tu. Musim udang sekarang ini kata adik ipar rasa macam nak habis musim dah.

Cara Mudah Nak Bersihkan Udang Dengan Betul Dan Buang Bahagian Najis Dan Otak Udang Guna Gunting

Kalau sekali dia bagi udang laut memang besar gedabak. Kebetulan adik balik, sebab dia yang rajin masak udang.

Udang ni orang kata nak simpan tahan lama nampak macam segar ada petuanya kan. Kita ni jenis jarang nak beli udang, ramai orang sakit rumah ni jenis alah nak makan udang belaka.

Mak adik ipar ada cakap sebab udang tu baru naik dari laut, terus simpan dalam peti sejuk, tak payah nak basuh - basuh dah. Memang betul lah. dah lebih seminggu tak silap dalam peti beku, bila keluarkan tu, udang nampak segar.

Lain orang lain petua kan, tak kisah la asalkan udang nampak segar ya. Udang laut ni memang besar sangat, Sampai nampak warna hijau atas belakang udang ni, rasa najis dah tu, kepelikan kenapa hijau sangat, dah la tebal huu. Bahagian kat otak udang tu lagi la.

Adik kita sorang ni dah biasa sangat nak bersihkan udang, dia cakap tengok youtube. So kita pun shoot lah nak tengok dia siang udang macam mana. Sekali siang habis kaki udang gunting :D. Tak nak gunting pun tak apa kaki udang pun sedap juga :). Siap tunjuk ini gigi udang nampak pro nya siang udang, kita sendiri pun tak tahu mana gigi udang haaa.

Ini kakaknya shoot masuk youtube pulak. :D.Bahagian udang bila terlalu besar nak gunting susah. Yang penting nak buang segala najis dan otak udang tu ya. Dijamin tanpa najis hii. Buat goreng kunyit jerr, tak ada was - was nak makan semua :D.

Apapun, korang boleh tonton video di bawah ya. Lagi jelas, senang sangat rupanya ingat macam susah,nantikan resepi menu udang pulak ya.

Jemput tonton dan jemput subscribe ya Terima Kasih.

7 Comments

  1. Memang besar udang laut ni ya. Sedap ni masak sambal. Hihi

    ReplyDelete
  2. tqq sharing kak wani. kita yang baru belajar n main masak2 ni memang tak gheti bersihkan udang

    ReplyDelete
  3. betulah ada orang tak buang semua benda tu.. Kita mama kita tak boleh kalau tak buang taik dengan otak dia.. mama kata geli ahhaahah

    ReplyDelete
  4. terus rasa nak makan udang lak... hehe

    ReplyDelete
  5. wau segarnya. lepas ni nak masak pun seronok!

    ReplyDelete
  6. Fiza pun x lalu nak makan kalau tak dibuang dan bersihkan apa yg patut dibersihkan pada udang.

    ReplyDelete
  7. ilmu ni hehe sy biasa hantam sj just buang kepala n ekor ja :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post