Seorang Insan OKU Dan Pengasas Kepada Jamumall Mampu Membina Empayar Bisnes Sendiri

Seorang Insan OKU Dan Pengasas Kepada Jamumall Mampu Membina Empayar Bisnes Sendiri | Salam semua, Kalau tanya kita pasal cerita yang boleh memberi insiprasi kepada orang lain ni banyak. Sebelum ini pun, di facebook, kita banyak follow usahawan - usahawan yang berjaya dalam dunia bisnes masing - masing. Saja nak ikut terinspirasi sebab suka dengar orang - orang yang berjaya ni bagi talk.

Seorang Insan OKU Dan Pengasas Kepada Jamumall Mampu Membina Empayar Bisnes Sendiri

Kali ini kita nak dengar pulak kisah inspirasi dari saudara Mohd Khairul Nizam ni. Susuk tubuh ini, pernah kita tengok semasa scroll facebook tapi masa tu tak ambil tahu sangat siapa kah beliau sebenarnya.

Bila dapat tahu beliau adalah abang kepada Siti jamumall, terkejut jugak lah kita. Dan beliau juga adalah founder kepada Jamumall. Di sebalik kekurangan yang ada pada beliau, ada kelebihan yang Allah bagi kepada anak muda ini. Seorang anak muda yang mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi dalam dunia bisnesnya.

Seorang Insan OKU Dan Pengasas Kepada Jamumall Mampu Membina Empayar Bisnes Sendiri

Buat kalian yang belum mengenali Saudara Khairul Nizam ini, kita nak berkongsi sedikit, siapakah anak muda ini. Kisah beliau boleh menjadi inspirasi untuk kita di mana untuk berada di puncak kejayaan bukan satu jalan yang mudah, banyak onak duri yang perlu dilalui.

Pada usia 30 tahun walaupun dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain, beliau bersyukur dengan kehidupan kerana beliau telah berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd , dan juga membina platform jualan Jamumall.com.

Beliau happy kerana mampu membeli apa yang beliau nak, mampu makan yang mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan banyak negara beliau dah sampai. Yang paling best beliau dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari.

Dalam masa yang sama bukan nak riak tapi beliau tahu ramai sebenarnya orang di luar sana nak jadi sepertinya , nak ada banyak duit , nak bahagiakan family mereka. Tapi adakah mereka sekuat seperti anak muda ini.

Seorang Insan OKU Dan Pengasas Kepada Jamumall Mampu Membina Empayar Bisnes Sendiri

Kehidupan beliau dulu tak macam ini. Bayangkan anda di dalam jasadnya.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat, dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk beliau meneruskan kehidupan seharian. Bukan mudah.

Beliau terpaksa menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun. Ada ketika beliau rasa sangat terkesan bila ada ketika bila haus, lapar, penat , tak ada orang di sisi.

Tapi bukan jalan penyelesaian hanya mengharapkan mati. Tapi bagi anak muda ini,  Allah beri  nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang boleh beliau lakukan.

Seorang Insan OKU Dan Pengasas Kepada Jamumall Mampu Membina Empayar Bisnes Sendiri

Beliau cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang di luar sana. Kalaulah  diberi tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan digunakan sehabis baik untuk beri manfaat kepada orang lain

Pandangan beliau sendiri melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bila ada cabaran.

Ramai cuba memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun - tahun  atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah.

Yang Paling terkesan nak bagi duit untuk mak dan ayah, family pun tak mampu. Beliau sangat sedih Sebab itulah terdetik keinginan untuk bantu mereka

Seorang Insan OKU Dan Pengasas Kepada Jamumall Mampu Membina Empayar Bisnes Sendiri

Anak muda ini cuba buktikan kepada masyarakat paling penting dalam kehidupan adalah atas dasar bersyukur, Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia - sia kan. Jadi beliau bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Beliau hanya nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal  dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang - orang disekeliling.

Kini anak muda ini sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yang kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yang tinggi , suka belejar dan membaiki diri sendiri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa beliau ke tahap sekarang.

Dan semua nilai yang ada dalam diri, akan beliau bawakan ke dalam semua team dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat, dan berjaya.

Seorang Insan OKU Dan Pengasas Kepada Jamumall Mampu Membina Empayar Bisnes Sendiri

Akhir kata,  kalau beliau yang ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling .. anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite sahaja yang mampu ubah diri kita.

Kalian boleh tonton video di bawah, untuk mendengar kisah beliau yang boleh memberi inspirasi kepada kita lebih - lebih lagi kepada OKU di luar sana. Kecacatan yang ada pada diri bukan penghalang untuk berjaya. 



Buat kalian yang ingin mengetahui kisah lanjut dari saudara Khairul Nizam, kalian boleh klik laman sosial dan website seperti di bawah :

Facebook : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/

Instagram : hyekhairul

Facebook Page : https://www.facebook.com/Jamumallcom/


1 Comments

  1. Masyallah.Baru tahu kisahnya..alhamdulillah. Thanks share info

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post