Monday, 14 October 2019

author photo
AFY Haniff  Bersama Blogger Untuk Mewangikan Rumah Ronald McDonald Hospital USM Kubang Kerian | Salam semua, baru - baru ini, sis berkesempatan bertemu mata dengan team dari syarikat AFY haniff yang sama - sama turun padang ke Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kubang Kerian. Kedatangan team dari syarikat AFY haniff kali ini ada misi yang besar untuk semua penghuni Rumah Ronald McDonald ini. Siapa yang pernah dengar atau guna produk AFY haniff ni, memang dah tahu kan produk apa, sebab sis sendiri pun guna. Ke ada yang tak tahu ya. nantilah sis cerita lanjut.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

AFY Haniff Group (M) Sdn. Bhd

Sebenarnya syarikat ini telah diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006. Produk utama adalah menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi pati serai wangi.

AFY haniff sangat terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga. Hari ini, AFY haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasaraya di semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.

Kedatangan mereka kali ini adalah untuk mengadakan agenda gotong- royong sekaligus untuk mewangikan rumah amal ini dengan produk AFY haniff dan juga memberi sedikit sumbangan kepada penghuni rumah ini. Banyak aktiviti kami lakukan pada hari tersebut.

Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan juga team McDonald's dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama - sama menjayakan event ini.

Seperti yang dah diberitahu sebelum ini,  produk AFY haniff ini adalah produk herba yang berasaskan pati serai wangi. Jadi, produk ini adalah produk organik dan memang sesuai lah untuk kegunaan rumah di sini. Lagipun, penghuni rumah ini kan untuk kanak- kanak yang sakit. Ia bukan sahaja untuk mengekalkan persekitaran bersih malah lebih sihat untuk suasana yang lebih ceria.

Sumbangan Dari Syarikat AFY Haniff  Kepada Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM 

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Tujuan utama AFY haniff bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di Hospital USM, Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran team AFY haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban adik - adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Kedatangan team dari Syarikat AFY haniff adalah 5 orang semuanya. Kami adakan "brief meeting" sekejap. Mereka pun nak kenal Rumah Ronald McDonald ini dengan lebih dekat.  Bila sis tengok banyaknya kotak kat atas troli ni. Itu semua merupakan sumbangan dari AFY haniff yang merupakan produk - produk yang berasaskan pati serai wangi untuk rumah ini. Mewangi lah rumah amal ini dengan produk AFY haniff.

Beruntung jadi penghuni rumah di sini. Ramai pihak di luar sana yang nak ambil berat tentang keselesaan rumah ini. Secara tidak langsung, kebersihan rumah ini dapat dijaga dengan baik. Sis sendiri pun nak tahu produk apa kat dalam kotak banyak - banyak ni.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Ini lah di antara produk - produk AFY haniff untuk mewangikan rumah amal ini. Macam - macam ada. Macam kita nak jaga rumah sendiri, kita pun akan cari produk yang kalau boleh bebas kimia. Ke semua produk ini berasaskan bahan organik dan bebas kimia. Ini lah yang kita nak kan.

Di antara produk AFY haniff adalah :

1.Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff

Disebabkan rumah ini ke semua dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dapur, bilik permainan kanak - kanak, ruang tv, ruang makan, bilik tidur dan bilik air, sekurang- kurangnya produk seperti AFY haniff dapat membantu dan menjaga dari segi pembersihan untuk persekitaran yang lebih sihat.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Setelah selesai sesi taklimat rinkas semua, team AFY haniff dibawa untuk melihat rumah ini. Kita tour sekejap bersama team AFY haniff. Mudah -mudahan team AFY haniff dapat melihat dengan lebih dekat suasana Rumah Ronald McDonald ini. Kebetulan penghuni rumah di sini ada bersama penjaga masing- masing di ruang dapur.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Sejak pembukaan rumah ini bulan enam lepas, dah ramai kanak - kanak yang sakit yang menjalani rawatan di Hospital USM, menginap di sini. Rata - ratanya yang tinggal di luar dari Kota Bharu. Masa sis datang sini pun, kedengaran suara kanak- kanak di ruang makan bersama penjaga masing- masing. Sedih pulak bila tengok ada seorang kanak - kanak ini baru lepas buat kimoterapi, pucat jerr muka.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Team AFY haniff sedang menyusun masuk beberapa produk di dalam beg untuk diberikan kepada penghuni di sini.

Baca sini : Perasmian Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM Sedia Menerima Ahli Keluarga Pesakit Kanak- Kanak

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Pemberian Wang Kepada Salah Seorang Waris Pesakit

Pemberian wang secara "kilat" turut diberikan kepada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang yang tidak seberapa ini diberi secara mengejut "on the spot" kerana atas rasa sedih akan nasih keluarga ini.

Anak kepada pakcik ini sedang terlantar di HUSM akibat dilanggar kereta dan usianya hanyalah 5 tahun. Sedih rasanya bila dengar usia anak yang masih kecil. Kecederaan yang agak serius dan semoga semua dapat saling doakan ya.

Aktiviti Membeli - belah, Memasak, Dan Juga Membersihkan Rumah Ronald McDonald


AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Aktiviti kami diteruskan lagi dengan membeli - belah barangan keperluan seperti barang dapur dan kelengkapan lain untuk penghuni rumah ini. Seronok pulak bila pergi ramai - ramai nak shopping. Ukhuwah pun terjalin juga di antara pihak AFY hanif bersama dengan blogger dan wakil dari pihak McDonald. Jalinan macam ini lah yang kita nak pupuk.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Mana - mana ada yang tak cukup, dibeli di sini. Masing - masing sibuk nak pilih barang apa.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Sampai kat bahagian nak pilih makanan tu dia, penuh satu troli. Ada biskut, minyak masak, gula, Pendek kata ke semua barang dapur pergi borong.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Sempat kami bergambar di rak yang ada produk AFY haniff di sini. Lupa nak bagi tahu yang kami membeli - belah di Mydin. Jadi, korang jangan risau ya, produk AFY haniff ada kat Mydin.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Lega dah selesai shopping, masa untuk balik dan buat aktiviti seterusnya. Sampai di rumah, selesai angkut barang semua, kami teruskan aktiviti untuk membersihkan rumah ini.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Team AFY haniff pun turut sama membantu, kami wangikan rumah ini dengan produk AFY haniff. Misi tercapai buat team AFY haniff untuk sama - sama membersihkan rumah ini. Maklumlah kan rumah ini semua peringkat umur ada, kanak - kanak dan juga orang dewasa. Jadi, dengan menggunakan produk dari AFY haniff yang berasaskan serai wangi ini lagi selamat.

Di ruang dapur selalunya banyak serangga merayap kan, tak kira lah di lantai ke, meja makan ke. Yang penting nak halau serangga ni secara semulajadi. Sembur jerr Swipel terus ke meja dan lap. Kan mudah. Dah la wangi dengan bau pati serai wangi. Gambar di bawah, salah seoarang dari team AFY haniff, tengah lap meja dengan SWIPEL.

Baca sini : Rumah Ronald McDonald Ke 2 Kubang Kerian Telah Dibuka

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Setelah selesai membeli - belah, terus masuk dapur nak buat aktiviti memasak pulak ya. Masak yang simple jer janji kenyang. Dapur Rumah Ronald McDonald sini luas dan selesa, nak masak pun tak adalah sempit, dapur masak pun ada 3. Masuk dapur sini pun, sis nampak ada penghuni kat sini tengah masak.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Ruang makan di Rumah Ronald McDonald ni luas siap ada ruang tv di depan,  boleh lah makan sambil tengok tv. Tiada lagi serangga - serangga yang merayap.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald


Ukhuwah Terjalin Di Antara Blogger, Syarikat AFY Haniff Dan Pihak McDonald

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Rumah Ronald McDonald yang bernilai lebih RM 4 juta ini telah mendapat perhatian ramai pihak  termasuklah dari syarikat AFY haniff yang sama- sama ingin membantu penghuni rumah ini. Dengan sedikit sumbangan yang diberikan, mudah - mudahan penghuni di sini berasa lebih selesa sementara menunggu anak mereka menjalani rawatan di hospital.

Terima kasih buat team dari AFY haniff yang sama - sama untuk turun padang untuk melihat sendiri Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini. Sis sendiri pun rasa berbesar hati mereka semua sanggup turun dari Melaka, semata - mata nak datang sini. Kami semua dah seperti satu keluarga besar.

Diharapkan akan ada lebih ramai lagi pihak di luar sana yang buka mata tentang kewujudan rumah ini. Dan apa tujuan rumah ini dibina di Hospital USM.

AFY haniff Serai Wangi Di Rumah Ronald McDonald

Sekali lagi, nampak tak kotak merah ini, Kotak merah ini ada atas meja kat ruang tempat pendaftaran. Kotak merah ini lah yang ada di setiap restoran McDonald's. Sama - samalah kita hulurkan sedikit sumbangan walaupun RM 1. Setiap kebaikan yang kita lakukan, Allah membalas dengan yang lebih baik lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai AFY haniff, boleh layari laman sosial dan laman web seperti di bawah :




This post have 4 komentar

avatar
AtieYusof delete 17 October 2019 at 13:04

Nak juga try produk ni.. banyak review yg bagus...
Moga Allah membalas setiap kebaikan apa pun yg kita lakukan..

Reply
avatar
Alia Farhan delete 17 October 2019 at 13:27

Yang Adilah dri Afy tu Jr kita kt U I dlu...

Reply
avatar
marsha delete 19 October 2019 at 23:23

Best tengok wani join event bersama team AFY haniff ni...if berpeluang nak join juga nanti

Reply
avatar
Ciktie delete 20 October 2019 at 09:36

Bestnya kak wani.. dapat join terus event ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang