Thursday, 7 May 2020

author photo
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes | Salam semua, sebut saja cornflakes, rasa semua angkat tangan, minat belaka ni kan. Kalau sis kadang - kadang makan dengan susu, kadang - kadang ada juga makan saja. Cornflakes memang pilihan sis, sebab emping jagung nya tu rangup dan sedap. Setiap kali nak raya, kalau perasan cornflakes memang akan keluarkan kotak yang istimewa sempena hari raya kan. Dah la comel - comel kotak.

Rasa nak himpun buat koleksi. Sebab pada setiap kotak akan ada resepi yang lengkap yang boleh dibuat dengan menggunakan cornflakes. Ada tak yang dah kumpul koleksi ini semua. Setiap tahun, memang lain - lain resepinya. Sekarang, ada 8 koleksi resepi biskut raya mudah dari cornflakes. Rugi pulak kalau tak cuba. Boleh buat untuk hidangan raya.

resepi biskut raya mudah dan sedap

Kali ini cornflakes telah mengeluarkan 8 resepi terbaru untuk dicuba. Di antara resepi mudah dengan menggunakan cornflakes adalah seperti di bawah :

1. Kerepek sambal udang ekstra pedas
2. Biskut ibu jari mangga sagu
3. Bebola kopi karamel
4. Krup krap meringue oren
5. Bar nenas kelapa
6. Biskut sirap bandung
7. Biskut kranberi laici
8. Biskut tomato dan herba

resepi biskut raya mudah dan sedap

1. Kerepek Sambal Udang Ekstra Pedas Nestlé® Honey Gold™ Flakes

BAHAN-BAHAN:

Bahan A
6 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
20 biji Cili Padi
2 sudu besar Pes Cili
3 sudu besar Minyak

Bahan B
40g Udang Kering (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)

Bahan C
150g Nestlé® Honey Gold™ Flakes
6 biji Cili Padi Merah (dihiris dan digoreng)
6 biji Cili Padi Hijau (dihiris dan digoreng)
30g Udang Kering (digoreng tanpa minyak hingga garing dan dihancurkan sedikit)

CARA:
1. Gabungkan Bahan A dan kisar sehingga menjadi pes.
2. Asingkan. Dalam kuali, panaskan minyak sehingga panas sederhana. Goreng cili dari Bahan C sehingga garing, dan asingkan.
3. Kemudian, dalam minyak yang sama, masukkan pes cili tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan Bahan B dan kacau sebati.
4. Perlahankan api, masukkan Nestlé® Honey Gold™ Flakes dan kacau. Alihkan dari api dan letakkan dalam dulang pembakar.
5. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada 150°C selama 10 minit.
6. Setelah sejuk, taburkan hirisan cili dan udang kering yang dihancurkan sedikit.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.




resepi biskut raya mudah dan sedap

2. Biskut Ibu Jari Mangga Sagu Nestlé® Corn Flakes

BAHAN-BAHAN:

250g Tepung Serbaguna
1 sudu kecil Serbuk Penaik
2 cawan Nestlé® Corn flakes (dihancur halus)
50g Ketulan Badam
200g Mentega
100g Gula Kastor
2 sudu besar Sirap Kencana
1 sudu kecil Esen Vanila

Untuk gabungkan:
1½ cawan Nestlé® Corn flakes (dihancur kasar)
30g Biji Sagu (direbus dan dimasak sehingga lut sinar)
150g Jem Mangga

CARA:
1. Ayak tepung dan serbuk penaik, kemudian masukkan sambil kacaukan Nestlé® Corn flakes dan ketulan badam. Ketepikan.
2. Campurkan jem mangga, dan sagu yang dimasak sehingga sebati.
3. Putarkan mentega, gula, sirap kencana, esen vanila sehingga ringan dan gebu.
4. Selepas itu, masukkan adunan tepung dan gaul sehingga menjadi doh lembut.
5. Bentukkan satu sudu kecil adunan doh menjadi bebola dan campak ke Nestlé® Corn flakes yang dihancurkan sehingga disalut penuh, kemudian tekankan ibu jari di tengah-tengah.
6. Isikan setiap lekuk dengan jem mangga sagu. Letakkan biskut di atas dulang pembakar yang digris.
7. Akhir sekali, bakar dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada 180°C selama 12-14 minit atau perang keemasan.


resepi biskut raya mudah dan sedap

3. Bebola Kopi Karamel Nestlé® Corn Flakes

BAHAN-BAHAN:

180g Nestlé® Corn flakes (dihancurkan sedikit)
180g Ketulan Badam (dibakar sedikit)
8 sudu besar Sirap Kencana
8 sudu besar Gula Aising
6 sudu besar Serbuk Koko
2 sudu kecil Serbuk Kopi Segera
8 sudu besar Mentega

CARA:
1. Letakkan kuali di atas api perlahan. Masukkan sirap kencana, gula aising, serbuk koko, serbuk kopi segera dan mentega. Biarkan ia cair.
2. Kemudian, masukkan Nestlé® Corn flakes dan ketulan badam yang dibakar. Kacau sehingga sebati.
3. Alihkan dan bentuk menjadi bebola. Letakkan ke dalam cawan kertas mini.
4. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


resepi biskut raya mudah dan sedap

4. Krup Krap Meringue Oren Nestlé® Honey Gold™ Flakes

BAHAN-BAHAN:

2 Putih Telur
1⁄3 cawan Gula Putih
1 ½ cawan Nestlé® Honey Gold™ Flakes
1⁄3 cawan Ketulan Badam
1 sudu kecil Parutan Kulit Oren
½ sudu kecil Cuka
1 sudu kecil Tepung Jagung
1-2 titis Pes Warna Oren

CARA:
1. Pukul putih telur sehingga naik dan masukkan gula perlahan-lahan. Pukul berterusan sehingga putih telur menjadi lembut dan licin.
2. Kemudian, masukkan tepung jagung, cuka, kulit oren, dan pewarn. Terus pukul sehingga sebati.
3. Masukkan ketulan badam dan Nestlé® Honey Gold™ Flakes. Gaulkan perlahan sehingga kesemua bahan disalut sempurna. Jangan gaul terlalu lama.
4. Kemudian, pada dulang yang digris atau dulang yang dilapik kertas silikon, letakkan ½ sudu kecil adunan tadi ke dulang dan tinggalkan jarak 1 inci antara biskut.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 130°C selama 45 minit.
6. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.


resepi biskut raya mudah dan sedap

5. Bar Nenas Kelapa Nestlé® Corn Flakes

BAHAN-BAHAN:

160g Nestlé® Corn flakes (dihancur kasar)
80g Kepingan Kelapa Hawaii
40g Nenas Dalam Tin
1 sudu besar Serbuk Limau Nipis
2 sudu besar Parutan Kulit Limau Nipis
140g Coklat Putih Kompaun (dicairkan)

CARA:
1. Dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan dan gaulkan. Kemudian, masukkan coklat yang dicairkan dan gaulkan sebati.
2. Curahkan adunan ke dalam dulang pembakar 20 cm x 20 cm yang digris.
3. Kemudian, ratakan adunan. Tekan perlahan untuk padatkan adunan.
4. Akhir sekali, bakar dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 15 minit.
5. Setelah dibakar, dinginkan. Potong menjadi bar.


resepi biskut raya mudah dan sedap

6. Biskut Sirap Bandung Nestlé® Corn Flakes

Untuk ditabur:
50g Nestlé® Corn flakes (dihancur kasar)

BAHAN-BAHAN:
150g Mentega
40g Gula
2 Kuning Telur
10g Tepung Jagung
25g Susu Tepung
40g Mil Badam Kisar
100g Nestlé® Corn flakes (dihancur halus)
120g Tepung
¼ sudu the Serbuk Penaik
1½ sudu the Sirap Ros Merah
½ sudu the Esen Ros

CARA:
1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 160°C.
2. Dalam mangkuk, tapis tepung, tepung jagung, susu tepung dan serbuk penaik bersama. Kemudian, campurkan badam kisar dan Nestlé® Corn flakes yang dihancur halus. Adunkan sebati.
3. Seterusnya, putarkan mentega dan gula sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. Masukkan kuning telur (sebiji demi sebiji) kemudian pukul sehingga adunan sebati.
4. Perlahan-lahan masukkan adunan tepung dan kacau sehingga adunan menjadi doh.
5. Masukkan sirap ros merah dan esen ros. Gaul sebati.
6. Kemudian, gelekkan doh (lebih kurang ½ cm) di antara 2 helaian plastik dan dinginkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
7. Di permukaan bersih, taburkan tepung dan separuh daripada Nestlé® Corn flakes yang dihancur kasar. Letakkan doh yang didinginkan tadi, kemudian taburkan Nestlé® Corn flakes di atas doh.
8. Tekan Nestlé® Corn flakes yang dihancurkan itu pada doh dengan perlahan. Gunakan acuan biskut untuk potong doh tersebut. Pindahkan ke dulang pembakar dengan kertas membakar.
9. Bakar biskut dalam ketuhar selama 20 minit. Sejukkan di atas rak wayar selepas dibakar dan simpan dalam bekas kedap udara.


resepi biskut raya mudah dan sedap

7. Biskut Kranberi Laici Nestlé® Corn Flakes

BAHAN-BAHAN:
185g Mentega Tanpa Garam (separuh beku)
75g Gula Aising
3 biji Kuning Telur
200g Tepung Serba Guna
45g Tepung Jagung
150g Nestlé® Corn flakes
100g Kranberi Kering (dicincang kecil)
60g Laici Dalam Tin (keringkan cecair dan cincang kecil)
½ sudu kecil Esen Vanila
100g Coklat Putih Kompaun (dicairkan)

CARA:
1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu ke suhu 150°C. Letakkan kertas kalis gris pada sebuah dulang.
2. Putar mentega, esen vanila, dan gula aising sehingga ringan dan berkrim.
3. Kemudian, tambahkan kuning telur, sebiji demi sebiji. Pukul sehingga gebu.
4. Ayakkan tepung dan tepung jagung ke atas adunan mentega. Adun sebati.
5. Seterusnya, tambah Nestlé® Corn flakes, kranberi dan laici. Pukul laju untuk pisahkan Nestlé® Corn flakes dan satukan ke dalam adunan sehingga ia nampak tebal dan bergumpal.
6. Sudukan dan letak adunan biskut ke dulang tadi.
7. Akhir sekali, bakar biskut dalam ketuhar selama 25 minit atau sehingga perang keemasan.
8. Biskut lembut apabila panas tapi akan menjadi rangup apabila lebih sejuk. Salut dengan coklat putih yang dicairkan. Simpan dalam bekas kedap udara.


resepi biskut raya mudah dan sedap

8. Biskut Tomato dan Herba Nestlé® Corn Flakes

Sebelum Membakar:

50g Nestlé® Corn flakes (dihancur halus)
1 Telur Kecil
2/3 daripada 1 Sudu Kecil Air
Secubit kecil Paprika Salai (ikut selera)
Secubit kecil Herba Campuran

BAHAN-BAHAN:
170g Nestlé® Corn flakes (dihancur dengan amat halus)
110g Mentega (dilembutkan)
180g Tepung Serba Guna
50g Gula Perang
50g Tomato Yang Dikeringkan Semulajadi (dikisar menjadi pes)
Secubit Garam
Secubit Lada Hitam Yang Dikisar Segar
2 sudu kecil Paprika
2 sudu kecil Puri Tomato
2 sudu kecil Herba Campuran

CARA:
1. Dalam mangkuk, campurkan Nestlé® Corn flakes yang dihancur halus, tepung, garam, lada, paprika dan herba campuran. Gaulkan sebati dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan mentega, gula perang, pes tomato dan puri tomato. Gunakan sudu kayu dan gaulkan sebati.
3. Kemudian, masukkan bahan kering ke dalam adunan basah dan gaul sehingga menjadi doh lembut. Tutup doh dengan pembalut plastik dan letakkan dalam peti sejuk selama 20 – 40 minit.
4. Panaskan ketuhar terlebih dahulu ke suhu 150°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas membakar.
5. Untuk pelicau telur, dalam mangkuk/cawan kecil, campurkan sebiji telur kecil dengan air sejuk.
6. Taburkan separuh daripada Nestlé® Corn flakes yang dihancurkan ke atas permukaan meja, kemudian gelekkan doh 0.7 cm - 1 cm pada pelapik plastik.
7. Kemudian, letakkan doh pada Nestlé® Corn flakes yang dihancurkan. Taburkan Nestlé® Corn flakes selebihnya di atas doh.
8. Potong kepada kepingan nipis atau sebarang bentuk yang diinginkan dan letakkan pada dulang pembakar.
9. Selepas itu, sapukan sedikit pelicau telur dengan berus dan taburkan herba campuran serta paprika.
10. Akhir sekali, bakar biskut selama 10 - 14 minit atau sehingga perang keemasan.
11. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya.


Semua orang nak cari resepi biskut raya mudah. Cornflakes di antara resepi biskut raya popular setiap kali nak raya. Tambah lagi dengan koleksi baru aneka resepi cornflakes, kalau buat semua ni meriah satu meja. Harap korang dapat cuba buat ya. Siapa belum beli cornflakes, cepat - cepat beli dan simpan resepi ini untuk buat raya nanti. 

This post have 2 komentar

avatar
Semut Senyum delete 8 May 2020 at 00:22

Assalamualaikum. biskut cornflakes adalah biskut pilihan semua peringkat usia.

Reply
avatar
Azhafizah MN delete 12 May 2020 at 09:02

menarik semua biskut-biskut raya. nak buat macam senang je tu..boleh cuba ni nanti.Tq

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang