-->

Sunday, 18 October 2020

author photo

Baca 3 Doa Ketika Sujud Terakhir Ini Dalam Solat Dalam Rumi Dan Maksudnya | Salam semua, sebut sahaja doa, kalau kita amalkan selalu, insyaAllah akan sentiasa ingat. Doa ni kalau ikutkan banyak sangat. Sis ikut yang mana mampu. Ini doa yang selalu amalkan. Sebab salah satunya, doa ini sentiasa dibaca dalam solat ketika sujud terakhir. Kita solat 5 kali sehari. Jadi automatik lama - lama hafal akan ingat. InsyaAllah cubalah praktis. Lama - lama nak sebut doa semasa sujud terakhir tu dah jadi biasa.


3 doa ketika sujud terakhir

Ada 3 doa semasa dalam sujud terakhir, di sini sis kongsikan, semoga bermanfaat untuk semua. Dalam bahasa Arab ada tapi sis baca dalam bahasa melayu. Asal kita sendiri pun faham doa apa kan. 

Ramai yang kongsikan 3 doa ketika sujud terakhir, jadi jom lah sama - sama kita amalkan ya. 


3 Doa Ketika Sujud Terakhir 


Doa Yang Pertama


Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya diri kita dijemput mengadap Ilahi dalam keadaan Husnul Khotimah. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُسْنَ ٱلْخَاتِمَة

“Allahumma Innii As-aluka Husnal Khootimah”.

Maksudnya : 

“Ya Allah! Aku memohon kepada-MU husnul khotimah”.

Doa Yang Kedua 


Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya diri kita diberi kesempatan bertaubat sebelum dipanggil mengadap-Nya. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ ارْزُقْنِيْ تَوْبَتًا نَصُوْحَا قَبْلَ ٱلْمَوْت

“Allahummar Zuqnii Taubatan Nasuuha Qoblal Maut”

Maksudnya : 

 “Ya Allah! Berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati”

Doa Yang Ketiga


Doa ini adalah untuk memohon kepada Allah supaya hati kita sentiasa berada tetap di atas agama-Nya. Doanya begini:

ٱللّٰهُمَّ يَا مُقَلِّبَ ٱلْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

“Allahumma Yaa Muqollibal Quluub Tsabbit Qolbii ‘Alaa Diinika”.

Maksudnya : 

“Ya Allah! Wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang