Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 Hingga 13 ( Akhir )

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) | Salam semua, drama Lelaki Lingkungan Cinta di Slot Lestary TV3 selepas drama Kampung People 2. Drama ini diadaptasi dari novel hasil karya Lily Haslina Nasir. Ramai pelakon baru yang muncul. Sis pun ada tak berapa kenal. Shasha Abedul ni macam pelakon baru kan. Cik B pun ada berlakon dalam drama ini,  macam tak sangka pulak. Kalau nak tengok lakonan Cik B, jangan lupa tonton drama ini.  


Drama lelaki lingkungan cinta

Kredit Gambar : Google


Drama ini di bawah arahan Emi Suffian terbitan Zeel Production. 


Info Drama Lelaki Lingkungan Cinta 

  • Bilangan Episod : 13
  • Tarikh Tayangan : 21 Oktober 2020
  • Waktu Siaran : Rabu hingga Jumaat pada pukul 9:00 malam
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Penulis Skrip : Marr Mohamad
  • Penulis Novel: Lily Haslina Nasir
  • Pengarah : Emi Suffian
  • Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
  • Pelakon : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Aniq Suhair, Aisar Khaled, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Rozita Che Wan, Chemat Raja Lawwk, Cik B, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff


Pelakon Drama Lelaki Lingkungan Cinta Dan Watak 

  • Naim Daniel sebagai Adib
  • Shasha Abedul sebagai Esya
  • Ismail Izzani sebagai Zambri
  • Shalma Eliana sebagai Salina
  • Imran Aqil sebagai Hardy
  • Aniq Suhair sebagai Arep
  • Aresya Rania sebagai Esya

Sinopsis Penuh Drama Lelaki Lingkungan Cinta 

Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?

Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta

Novel Lelaki Lingkungan Cinta ada di jual di Shopee, nak beli novel online pun mudah sekarang. Sis ada ternampak di kedai online "sbsbookstore". 

sinopsis novel lelaki lingkungan cinta


Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej. 

Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib 

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu. 

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri 

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib 

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!” – Esya. 

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. 

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1 Hingga 13

Drama lelaki lingkungan cinta boleh tonton secara percuma dan ekslusif di viu.com. Untuk episod seterusnya nanti sis kemas kini ya. 

Lelaki Lingkungan Cinta Episod 1


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 2


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 3


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 4


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 5


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 6


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 7


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 8


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 9


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 11


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 12


Lelaki Lingkungan Cinta Episod 13


Tamat sudah drama Lelaki Lingkungan Cinta. 

Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 


Kredit 
1. myinfotaip.com

Post a Comment

Previous Post Next Post