13 Resepi Kek Mudah Guna Air Fryer, Berbaloi Untuk Dicuba | Salam semua, rasanya setiap rumah dah ada air fryer. Penggunaan gajet dapur sebenarnya untuk mudahkan kita nak masak. Macam - macam masakan macam magik boleh dibuat bila ada air fryer. Tak kira untuk masak dan juga untuk baking buat kek, biskut dan sebagainya. Ke semuanya atas kreativiti masing - masing dan berani untuk mencuba. Yang paling teruja bila ada air fryer adalah nak buat kek guna air fryer. Mula lah macam - macam eksperimen nak buat kan.
Cumanya, cara masak kek guna air fryer, ia bergantung kepada jenis air fryer masing - masing. Kena pandai try and error orang cakap. Sebab suhu dan masa untuk bakar kek tak sama. Jadi kat sini sis kongsi resepi kek guna air fryer. Untuk suhu dan masa bergantung kepada air fryer masing - masing ya. Tak semestinya sama dengan resepi asal. Air fryer pulak mungkin ada orang beli yang kapasiti besar atau kecil.
Kalau sebelum ini dah puas bakar kek dalam oven, jom cuba pula hasilnya bakar guna air fryer. Resepi adalah seperti di bawah.
1. Kek Sarang Semut Air Fryer
1 cawan gula
1 cawan air panas
4 biji telur saiz B (saiz A 3 biji)
½ cawan susu pekat manis
⅓ cawan mentega
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanila
Cara - Cara
1. Masak gula sehingga larut dan keperangan. Kemudia masukkan air panas.
2. Cairkan mentega (api perlahan takut hangus).
3. Ayak tepung dan baking soda.
4. Kacau telur perlahan (jangan sampai kembang).
5. Masukkan susu pekat, kacau sebati.
6. Masukkan mentega cair sikit sikit, kacau sebati.
7. Masukkan bahan ayak dan esen vanila, kacau sebati.
8. Masukkan air gula karamel. Kacau dan tapis adunan.
9. Perap 1hingga 3 jam.
10. Bakar 160°c selama 30 minit, (adjust suhu dan masa ikut AF masing masing).
1. Air gula karamel dan mentega dibiarkan sejuk dulu sebelum masuk dalam adunan
2. Sebelum bakar, panaskan air fryer 5 selama minit.
3. Nak kek cantik guna non stick loyang atau lapik dengan baking paper.
Kredit : Nor Farahiyah Abd Manan
2. Kek Pelangi Air Fryer
Marjerin pelangi (1 cawan)
Gula (1 cawan)
Tepung gandum (1 cawan)
Baking powder (1 sudu kecil)
Telur (3 biji)
Pewarna (optional)
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Pukul lagi.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bekas. Letak pewarna kegemaran.
6. Tuangkan satu persatu adunan yg berwarna tadi dalam loyang.
7. Tadi saya guna suhu 140, masa 30 minit. Nanti tengok lah takut dah masak test dengan lidi.
Kredit : Nursyafiqa Aiza
3. Kek Coklat Biskut Marie Air Fryer
1 cawan minyak jagung atau minyak masak atau buttercup 250g
1cawan biskut marie coklat yg dikisar hancur
1 cawan milo
1/2 cawan koko
3 sudu besar susu pekat
1cawan susu segar atau susu cair
2 biji telur
Sedikit esen vanila
Cara - Cara
1. Kisar ke semua dan sedia untuk dibakar dalam air fryer.
Kredit : Rubi Yakub
4. Kek Coklat Moist Air Fryer
Bahan A:
200gm gula
100gm serbuk koko
150gm susu pekat manis
200gm minyak jagung/masak/majerin dicairkan
1 tin susu cair
Bahan B:
150gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Bahan C:
4 biji telur gred B dipukul
1. Campur semua Bahan A, masak atas api kecil hingga gula hancur. Biarkan suam.
2. Ayak Bahan B, campur dalam Bahan A.
3. Campur Bahan C.
4. Masuk dalam papercup kecil. Saya guna saiz 2 inci.
5. Tabur hiasan (choc rice atau kacang) ikut suka.
6. Bakar dalam air fryer 160 C, 8 minit.
Kredit : Mashitah Mashitah
5. Kek Pisang Bakar Air Fryer
Bahan - Bahan
1 cawan pisang emas atau berangan yang dah dilecek
¾ cawan gula atau gula perang
3 biji telur A
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
2 cawan tepung naik sendiri
1 penutup esen vanila atau esen pisang
1 sudu besar (rata) ovallete
Coklat rice dan butterscotch cip coklat (optional)
Cara - Cara
1. Satukan telur, gula, ovallete dan esen. Pukul sebati (boleh gunakan mixer atau whisk)
2. Masukkan pisang serta minyak dan pukul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung. Sebatikan.
4. Taburkan coklat rice dan butterscotch cip coklat.
5. Sapu loyang dengan sedikit minyak kemudian taburkan sedikit tepung hingga sekata. Buang lebihan tepung di loyang atau boleh gunakan baking paper.
6. Bakar suhu 140 C dalam 20 minit untuk cupcake dan suhu 140 dalam 30 minit untuk loyang bergantung pada air fryer masing - masing.
Kredit : Siti Faizah
6. Kek Span Pandan Mudah Tanpa Butter Air Fryer
3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu besar ovalette (*) sis pakai 1 sudu teh je
1 sudu teh esen pandan (*)
3/4 cawan tepung self rising (*)
1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
Sedikit pewarna hijau (*)
Secubit garam (*)
3 sudu besar minyak masak
Cara - Cara
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 stsu 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
4. Bakar dalam air fryer selama 20 minit dengan suhu 140 C. Kemudian tambah suhu 180 C dalam masa 10 minit. Kalau masih tak berapa garing, boleh tambah masa lagi.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit : Aziela Sharit
7. Kek Marble Moist Sukatan Cawan Air Fryer
1 cawan butter
3/4 cawan gula castor
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar baking powder (ayak)
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar fresh milk (saya tambah)
Pewarna
# tepung tu saya guna Tepung Bluekey
Cara - Cara
1. Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.
3. Kemudian, masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder. Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis dan susu segar. Gaul hingga sebati semua bahan.
4. Bahagi adunan kepada 2 Bahagian. Adunan pertama warna asal.Warna kedua dan seterusnya pula letakkan satu sudu kecil pewarna.
5. Jangan lupa sapu marjerin pada loyang dan lapik dengan kertas minyak.
6. Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Jangan ratakan. Kemudian ambil satu senduk adunan berwarna tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga.
7. Ulang hingga habis adunan tersebut.
8. Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi. Sedia untuk dibakar pada suhu 150 C. Panaskan dulu air fryer 10 minit.
Kredit : Nina Farina Selamat
8. Burnt Cheese Cake Air Fryer
Telur 3 Biji
250 gm Cream Cheese
125 gm Whipping Cream
1/2 Cawan Gula (5 Sudu Besar tak manis sangat)
2 Sudu Besar tepung Gandum
1. Blend Cream Cheese dan gula sehingga Sebati
2. Kemudian masukkan telur satu demi satu.
3. Masukkan Whipping Cream dan pukul sehingga kembang.
4. Masukkan Tepung Gandum dan pukul hingga sebati.
5. Kemudian tuang ke dalam loyang.
6. Bakar pada suhu 180 C, 20 minit + 160 C, 10 minit
Kredit : Siti Nasuha
9. Kek Oren Sunquick Air Fryer
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan oren sunquick
1 sudu teh oren pes/flavour
2 cawan tepung naik sendiri (Diayak)
2. Masukkan tepung dan gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin kertas.
4. Panaskan Air Fryer suhu 130'C sehingga lampu padam (anggaran 3 minit)
5. Masukkan acuan muffin ke dalam air fryer ke dalam air fryer dan bakar selama 15 minit.
6. Keluarkan kek dan sejukkan.
Kredit : Hanieliza Kamarudin
10. Kek Carrot Air Fryer
2 cawan tepung kek
1/2 cawan minyak jagung
3 biji telur gred A
1 cawan gula perang
1\3 cawan badam disangai dan blend kasar
1/2 cawan parutan carrot
1 sudu kecil esen vanila
1. Putar gula, minyak dan telur sehingga gebu.
2. Masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik.
3. Masukkan badam.
4. Masukkan parutan carrot dan kacau manja.
5. Tuangkan ke dalam loyang saiz 6 inci disapu butter dan ditabur tepung.
6. Masukkan adunan tadi ke dalam air fryer suhu 120, masa 50 minit.
Kredit : HanyKhairul Azizi
11. Kek Oreo 2 Bahan Air Fryer
4 paket oreo
2 kotak kecik susu dutch lady coklat
1. Blend susu dengan oreo (tak payah buang krim), tuang dalam cawan kertas.
Dapat 16 cups. Kalau nak sikit pakai 2 paket oreo + 1 kotak kecik susu
Kredit : Aishah Shah
12. Kek Butter 5 Bahan Air Fryer
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri
110 gm gula kastor
110 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Cara - Cara
1. Putar butter dan gula sampai pucat pada kelajuan rendah 1minit + kelajuan tinggi 1minit.
2. Masukkan telur satu per satu (selepas masukkan 1 biji telur pukul 1 minit kelajuan rendah).
3. Masukkan esen vanilla.
4. Ayak tepung dan masukkan sikit demi sedikit. Putar kelajuan rendah sekejap saja agar adunan sebati.
5. Panaskan air fryer 200 C, masa 5 minit.
6. Alas loyang dengan baking paper. Tuang adunan di loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil yang ditebuk lubang dengan garpu. Bakar 160 C, masa 30minit.
7. Buka aluminium foil. Bakar lagi 160 C, masa 10minit.
Kredit : CP Dari Cookpad
13. Kek Chiffon berperisa Oren
Bahan - Bahan
3 biji Telur (diasingkan kuning dan putihnya)
75 gm Tepung Kek
85 gm Gula
4 sudu besar Jus Oren
3 sudu besar Minyak Sayur
1 sudu teh Serbuk Penaik / Baking Powder
1/2 sudu teh Perisa / Esen Oren
Beberapa titik Pewarna Oren
Cara - Cara
1. Gaul kuning telur dengan 1/2 gula. Pukul sehingga kembang dan, tukar warna seakan pucat. (Baki gula akan digaul untuk meringue)
2. Masukkan minyak sayur dan gaul sebati.
3. Masukkan jus oren, pewarna oren, perisa oren.
4. Ayakkan tepung kek dan serbuk penaik ke dalam adunan telur.
5. Gaul rata tapi jangan terlalu kuat.
Meringue (Adunan Telur Putih & Gula)
Pastikan telur putih disejukkan dahulu selama 30min ke 1 jam sebelum menyediakan meringue
1. Keluarkan telur putih dari peti sejuk. Buka pembalut.
2. Pukul telur putih sehingga jernih dan berbuih.
3. Masukkan baki gula sedikit demi sedikit sambil pukul telur putih.
4. Langkah ini supaya gula digaul sebati dengan telur putih dan cukup masa untuk mengembangkan telur putih.
5. Meringue akan siap bila permukaan telur putih itu nampak kilat, licin dan adunannya kembang.
Cara Adunan
1. Kaup sedikit meringue ke dalam adunan telur kuning dan gaul rata sehingga tiada baki telur putih.
2. Kaup lagi meringue dan ulangi langkah 1.
3. Masukkan adunan telur kuning kedalam mangkuk meringue dan gaul menggunakan senduk spatula. Gunakan teknik "potong dan lipat" . Langkah ini untuk mengekalkan buih dalam meringue.
4. Tuang adunan ke dalam loyang chiffon.
5. Bakar pada suhu 140°C / 20min.
6. Selepas loceng berbunyi, keluakan loyang dan terbalikkan untuk sejukkan
7. Bila loyang sudah sejuk, kek sedia dipotong.
uish macam2 boleh buat dengan air fryer. saya selalu guna buat goreng ayam dgn nugget. tak pernah lagi cuba buat kek dalam ni..hehe
ReplyDeletePost a Comment