-->

Monday, 18 January 2021

author photo
Review Serum Dr.Beau : Pengalaman Guna Untuk Kulit Berminyak Dan Jerawat | Salam semua, penjagaan rutin harian untuk kulit muka tak lengkap rasanya tanpa serum. Sejak sis tengok ramai yang kongsi dan amalkan serum Dr.Beau untuk penjagaan kulit muka. Kadang - kadang tertanya juga best ke guna Dr. Beau serum tu. Ramai yang dah cuba tu mestilah best kan. Bukan apa, sis pun macam orang lain juga, macam - macam persoalan dalam fikiran. Sesuai dengan kulit ke ? Bahan apa yang ada dalam serum Dr.Beau ? Tengok ke produk macam unik, serum nampak lain dari yang lain. 

Review Serum Dr Beau : Pengalaman Guna Untuk Kulit Berminyak Dan Jerawat

Akhirnya sis terjebak juga untuk mencuba Dr.Beau serum ni. Sis kalau nak survey pasal serum ni, tengok dulu orang yang dah cuba serum ni macam mana. Kalau testimoni selepas guna tu ok, memang sis berani nak cuba. Orang sekarang nak pilih serum ni memang berhati - hati sangat kan.

Takut tersalah pilih produk nanti kulit muka pulak yang merana. Mesti korang tertanya kenapa tertarik sangat dengan Dr.Beau serum tu ?

Info Penting Tentang Dr.Beau Serum

Review Serum Dr Beau : Pengalaman Guna Untuk Kulit Berminyak Dan Jerawat

Perkara pertama yang sis buat sebelum nak guna serum, mesti cari maklumat atau info tentang serum Dr.Beau tu sendiri. Buat pertama kali yang baru dengar serum Dr.Beau, di bawah ini adalah info tentang Dr.Beau Serum bagi sesiapa yang tak tahu.

1. Dr.Beau serum sudah 4 tahun sejak ia dipasarkan. Serum Dr.Beau adalah salah satu produk dari keluaran Tejja Herbs.

2. Serum Dr.Beau diadun dengan 6 jenis campuran minyak dari sumber bahan semulajadi.

3. Serum dalam bentuk soft gel. Setiap botol mempunyai 30 biji soft gel.

4. Harga untuk sebotol Dr.Beau serum adalah RM 77.

5. Serum Dr.Beau telah pun mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan nombor daftar NOT170502921K

6. Produk adalah keluaran bumiputera dan pengasasnya adalah Puan Noraini atau panggilan lain Kak Teh. Kak teh ni dah banyak kali bersiaran di TV Al- Hijrah bersama produk Tejja Herbs yang lain.

7. Lelaki dan perempuan boleh pakai serum Dr.Beau.

8. Di antara artis yang menggunakan serum Dr.Beau adalah Lindabeego dan ramai lagi. Memang cantik-cantik belaka mereka ni semua. 


6 Sebab Kenapa Perlu Berani Pilih Dr. Beau Serum

Review Serum Dr Beau : Pengalaman Guna Untuk Kulit Berminyak Dan Jerawat

Nak tahu kenapa sis berani dan yakin untuk pilih Dr.Beau serum sebagai salah satu penjagaan untuk kulit muka. Ini di antara sebab-sebabnya. 

1. 100 % Organik

Untuk pengetahuan korang semua, apa yang sis suka dengan serum Dr.Beau ini, ia dirumus khas dari sumber vitamin E dari bahan semulajadi. Macam sis cakap tadi, benda yang paling sis ambil perhatian adalah apa bahan yang digunakan dalam serum Dr.Beau.

Di depan kotak pun dah tertulis "Blend Of 6 Natural Oils". Kesemuanya bahan semulajadi. Jadi, apa bahan yang terkandung di dalam serum Dr.Beau ?

Kandungan di dalam setiap softgel serum Dr.Beau adalah :

#Rosehip Oil
Berfungsi untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

#Argan Oil
Sesuai untuk semua jenis kulit untuk mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

#Almond Oil
Membantu untuk menanggalkan set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

#Apricot Kernel Oil
Ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari

#Wheat Germ Oil
Sumber terkaya yang mengandungi vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

#Evening Primrose Oil
Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

2. Serum dalam bentuk soft gel

Kelainan Serum Dr.Beau kerana ia dalam bentuk soft gel. Sekaligus , ia memudahkan untuk dibawa dan dipakai. Tak payah sentuh sentuh. Sekali picit dah keluar. Jadi, dari segi nak sentuh tu bersih.

Nak bawa ke mana-mana juga mudah. Tak ada masalah akan tertumpah atau sebagainya. Semua soft gel ini didatangkan dalam satu bekas botol kecil yang comel. Cute sangat! Kalau nak beli buat hadiah pun sesuai ni.

3. Serum yang sangat wangi dan mudah menyerap

Nak pilih serum yang sesuai dengan kulit muka bukan senang sebenarnya untuk diri sendiri pakai. Tapi untuk serum Dr.Beau ini walaupun tekstur asalnya adalah minyak tetapi ia sangat mudah menyerap masuk ke dalam kulit. Saat mula picit ke telapak tangan memang benar ianya minyak tetapi setelah sapu ke wajah, sekejap saja semuanya sudah serap masuk ke dalam kulit. Bau serum pun memang wangi dan segar.

4. Sesuai untuk semua jenis kulit

Sebelum sis nak guna sesuatu produk, memang sis baca dulu testimoni yang pengguna dah pakai, semuanya maklum balas yang baik terhadap serum Dr.Beau. Sebab serum ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Malah ada dikalangan blogger yang sedang mengandung turut menggunakan serum Dr.Beau ini, alhamdulillah sama sekali tak beri kesan yang tak sepatutnya. Nampaknya serum Dr.Beau sangat selamat digunakan asbab kerana bahan-bahannya yang bersifat 100% semulajadi itu. Kalau kalian nak baca testimoni, boleh lah ke laman web dah letak link di bawah sekali ya.

5. Membantu untuk mengatasi masalah kulit muka, rambut dan banyak lagi

Kulit muka yang bermasalah kalau tak dirawat dengan betul pelbagai masalah lain pula yang muncul kan. Dengan penggunaan yang konsisten dengan serum Dr.Beau, ia membantu untuk mengatasi masalah kulit kering, berminyak, penuaan, jerawat, jeragat dan juga parut.

Tidak hanya untuk mengatasi masalah kulit muka, serum Dr.Beau juga dapat membantu merawat masalah rambut yang tak bermaya, kering, tak bersinar dan selain itu, Dr.Beau ini juga boleh digunakan pada bahagian kulit badan yang bermasalah.

6. Boleh digunakan sebagai makeup base

Ini satu lagi kelebihan serum Dr.Beau yang buat sis jatuh hati. Serum Dr.Beau ini bukan saja boleh digunakan secara terus pada kulit wajah malah ianya juga boleh digunakan sebagai makeup base bagi mengantikan pelembab. Dan ianya juga boleh dititis ke dalam foundation yang sering digunakan. Sekali beli, banyak kegunaan.


Review Serum Dr Beau : Pengalaman Guna Sendiri Untuk Masalah Kulit Berminyak Dan Jerawat

Bila sis dapat tahu yang serum Dr.Beau ini sesuai untuk semua jenis kulit dan bahan yang digunakan dalam serum ini adalah sumber dari bahan semulajadi. Sis tak teragak - agak untuk mencuba sendiri.

Review Serum Dr Beau : Pengalaman Guna Untuk Kulit Berminyak Dan Jerawat

Kulit muka sis jenis berminyak. Jerawat sekali sekali naik jugak terutama bila nak datang bulan. Bab jerawat ni kalau tak jaga elok dah kecut pun tinggal parut kan. Orang perempuan bab tinggal parut di muka ni memang tak senang duduk dah. 

Lagipun, sebotol serum cukup 30 biji soft gel untuk pakai sebulan. Dari segi harga bagi sis dah berpatutan dalam RM 77. Kena la juga belanja untuk penjagaan kulit muka kita kan.

Buka botol serum Dr Beau pun dah bau wangi. Sebelum guna terfikir juga, tak berminyak ke muka. Ya lah sebab semua bahan ini berasaskan minyak. Mula - mula sapu di bahagian muka, sis risau takut berminyak. Tapi memang tak sangka selepas sapu rata, serum mudah menyerap pantas ke dalam kulit.

Kulit muka rasa lebih lembap. Bila pakai sebelah malam, bangun pagi muka tak ada rasa macam berminyak sangat. Keputusan bagaimana keadaan kulit muka ni tak sama ya. Bergantung atas kondisi kulit muka korang macam mana. Yang penting konsisten pakai nak dapatkan kulit muka yang lebih cantik dan sihat.

Pengalaman sendiri dah pakai serum Dr.Beau memang sesuai dengan kulit sis yang jenis berminyak dan jerawat. Terasa macam yakin nak guna. Lagipun, bahan dari sumber bahan semulajadi. Jadi, sekiranya korang ada masalah kulit berminyak dan jerawat, boleh lah cuba serum Dr.Beau.


Cara Menggunakan Dr Beau Serum, Hanya 4 Langkah Mudah!

Cara nak guna serum Dr Beau mudah saja. Bila dalam bentuk soft gel yang berbij - biji, bagi sis ia memang memudahkan kita untuk guna. Tak payah nak sentuh - sentuh dengan tangan. Lagi selamat dan bersih. 

Review Serum Dr Beau : Pengalaman Guna Untuk Kulit Berminyak Dan Jerawat


1. Selepas cuci bersih muka, ambil sebiji soft gel, tarik bahagian atas sambil pegang sikit bahagian bawah sampai putus.

2. Picit perlahan di atas jari atau tapak tangan.

3. Sapukan sedikit minyak di mana - mana bahagian muka.

4. Sapu rata ke seluruh bahagian muka dari arah ke atas untuk penyerapan yang lebih pantas.

Sebenarnya untuk kegunaan 1 biji soft gel ini sis boleh guna 2 kali untuk pagi dan malam. Untuk sebiji soft gel ini nampak macam kecil tapi banyak sebenarnya bila sekali picit atas tangan. Jadi, kalau nak guna untuk pagi dan malam, separuh korang picit atas tangan dan separuh lagi korang simpan untuk pakai malam.

Untuk sebelah malam, kalau boleh jangan tinggal, sebab sebelah malam kulit muka tengah rehat, jadi sangat penting pemakaian serum untuk kulit muka.

Yang ada lagi lebihan minyak, sis sapu di mana - mana kat bahagian lengan ataupun tengkuk. Sambil sapu rata.

Ramai Pengguna Lain Turut Memberi Maklumbalas Positif

Sis kongsikan review ini berdasarkan apa yang benar-benar sis lalui. Macam yang sis cakap tadi, sis berani dan yakin untuk menggunakan serum Dr.Beau kerana terpikat dengan bahan yang digunakan. Tambahan pula Dr.Beau dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera tempatan dan ownernya sendiri adalah orang Islam. Tak was-was untuk sis guna kiranya.

Selain diri sis, alhamdulillah pengguna-pengguna Dr.Beau yang lain turut memberi maklumbalas yang positif juga. Di sini sis sertakan sekali beberapa testimoni dari pengguna yang lain sebagai bukti.

[ testimoni pengguna 1 ]

Testimoni serum dr beau


[ testimoni pengguna 2 ]


Testimoni serum dr beau

[ testimoni pengguna 3 ]

Testimoni serum dr beau

Dr.Beau Serum, Boleh Cuba Oleh Sesiapa Saja Yang Berminat

Sis kat sini bukannya bertindak untuk ‘meracun’ sesiapa untuk beli. Sis hanya kongsikan mengikut pengalaman sendiri sebagai salah seorang pengguna. Jadi, jika ada masalah kulit berminyak dan jerawat serta sedang mencari produk yang sesuai, mungkin boleh cuba serum Dr.Beau ini.

Dan seandainya selepas guna rasa happy macam sis dan pengguna yang lain, serta mahu membuat pendapatan sampingan, bolehlah daftarkan diri sebagai salah seorang agen untuk produk Dr.Beau dan produk-produk keluaran Tejja Herbs yang lain. Lagipun modalnya percuma saja.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan serum Dr Beau ini atau untuk maklumat lanjut, boleh layari di laman web dan laman sosial media rasmi di bawah.

Dr.Beau Serum, Inilah Serum Yang Sis Cari-Cari. 



















This post have 3 komentar

avatar
Amie delete 18 January 2021 at 20:19

Best pulak baca review serum dr beau ni. Senang-senang nanti nak try cari dan pakai. Tq for sharing.

Reply
avatar
Semut Senyum delete 19 January 2021 at 12:57

Assalamualaikum. singgah sini... teruja dengan hasil dia.. tengok gambar yang last sekali tu.... wow sgt!

Reply
avatar
www.modernmumthingy.com delete 21 January 2021 at 11:47

paling best ... memula ingat berminyak .. lepas letak kat muka mcm dia hilang serap kat dalam tu ..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post