Top 5 Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

Top 5 Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga | Mesti ramai yang tengah rindu nak staycation di hotel kan. Sis pun lama sangat dah berkurung kat rumah tak pergi mana.

Sabar jer lah kan. Nak bercuti pun tak dapat. Aktiviti pun tak boleh nak buat macam dulu. Tapi, tengah musim pandemik ni nak buat macam mana kan, tambah lagi negara kita sekarang tengah PKP. 

Kita doakan cepat - cepat Covid ni pergi dan lenyap atas muka bumi. 

Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

Boleh lah lepas ni rasa lega untuk kita semua bebas nak bercuti sana sini. Entah macam mana sis rindu sangat - sangat dah nak pergi jalan - jalan macam dulu. 

Nak luangkan masa bersama family pergi bercuti untuk staycation pun tak dapat. 

Satu benda yang sis nak buat lepas habis PKP ni semua, mestilah nak bawa keluarga tersayang untuk staycation di hotel. 

Korang pun mesti sama, tengah rancang nak pergi mana untuk staycation di hotel nanti kan. Jadi, sis nak rekomenkan dekat korang semua top 5 hotel yang sesuai untuk staycation bersama keluarga.

Sekurang - kurangnya dapat keluar dari rumah nanti, hilang lah sikit stress yang dah lama berkurung kan. 

Top 5 Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga 

Hotel untuk staycation bagi sis tak kisah untuk mesra bajet ke atau yang mahal sikit, asalkan kita rasa selesa nak menginap di hotel tersebut.

 Asalkan cukup lengkap dengan kemudahan yang ada. Kita pun nak kan hotel terbaik untuk keluarga kita. 

Nak nak lagi kalau yang ada anak - anak yang tengah membesar ni, kena juga cari hotel mesra kanak - kanak jugak. 

Bila dah boleh merentas negeri nanti, ini di antara hotel yang menjadi pilihan sis untuk staycation nanti.

1. Hotel Furama Bukit Bintang

Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

Untuk korang yang berada di Kuala Lumpur, Hotel Furama Bukit Bintang ni cukup mesra keluarga.  Nak shopping senang sebab dekat, nak parking pun mudah. 

Nak cari hotel yang ada kolam renang, di sini pun ada. Anak - anak pun boleh berseronok sebab ada swimming pool. 

Kalau terasa nak menginap lebih lama lagi, nak buat anak - anak gembira dan tak bosan di hotel ni, korang boleh minta Kids Room Setup tapi ada kena tambahan harga. 

Rasanya anak - anak lagi teruja sebab bilik hotel nanti bakal bertukar menjadi bilik bertema dari cadar sampai lah ke berus gigi. 

Kalau tak nak pun tak apa jugak, yang penting hotel Furama ni ada swimming pool khas untuk kanak - kanak di tingkat 3. 

Di hotel ini ada juga kawasan permainan untuk kanak - kanak di Wakaka Playland untuk anak - anak di bawah 12 tahun. 

Banyak lagi hotel yang best dan menarik untuk Staycation KL di hotel berdekatan walaupun staycation KL korang mungkin lepas PKP nanti. 

2. Hotel Bliss Boutique, Johor 

Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

Bliss Boutique hotel ni menjadi pilihan sis sebab hotel ni ada keunikan tersendiri. Dari luar hotel pun dah nampak moden dan menceriakan suasana. 

Anak - anak mesti teruja bila masuk dalam hotel Bliss Boutique ni. Apa yang uniknya hotel ni bilik - bilik yang ada, mempunyai tema yang berbeza. 

Orang kata, tengok warna - warna yang menceriakan pun boleh hilang stress kan. Tak ada lah bosan tengok dinding kosong. 

Boleh pilih yang mana tema nak. Kemudahan kat sini tak payah risau, parking mudah. Dapat free wifi lagi. Pendek kata semua kemudahan ada. 

Nak jalan - jalan berdekatan dengan hotel pun dah tak perlu risau. Shopping mall dekat. Tempat untuk makan - makan pun dekat. 

Boleh bawa anak - anak jalan nanti di Zoo Johor. Mesti seronok. Penuhi aktiviti dengan jalan - jalan di tempat menarik di Johor.

Tak sabar rasanya nak buat aktiviti jalan - jalan ni lepas PKP nanti. Pengalaman tu berharga. 

Korang nanti, kalau nak cari Johor Bahru Hotel , cari yang ada promosi - promosi menarik. 

3. Lexis Hibiscus Port Dickson

Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

Bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson memang menjadi pilihan ramai disebabkan pemandangan sangat cantik sebab mengadap lautan yang luas. 

Pantai pun bersih dan cantik. Di sini, boleh pilih jenis penginapan yang korang suka. Staycation kat sini memang sesuai nak bawa keluarga dan anak - anak sebab bilik luas ada 2 katil king. 

Lengkap dengan TV, meja, sofa dan kemudahan yang lain. 

Bilik yang luas memang memberi keselesaan untuk keluarga kan. Apa yang best kat sini semestinya nak kolam renang privasi. 

Boleh buat aktiviti bersama anak - anak untuk bersuka ria. Main kolam ni memang best tapi kena lah pantau tengok anak - anak ya. 

Dah puas mandi kolam renang nak pergi jalan - jalan ada banyak kemudahan disediakan di sini. Ada restoran, gym, Kidz World dan banyak lagi. 

Semestinya memang tak bosan bila dah ada di sini. Korang yang nak staycation di sini, jangan lupa untuk check in di Lexis Hibiscus Port Dickson

4. Hotel Bayview Pulau Pinang

Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

Untuk korang yang tercari - cari hotel untuk staycation di Pulau Pinang, boleh merasai pengalaman untuk menginap di Hotel Bayview. 

Hotel mesra keluarga ini ada bilik yang luas untuk anak - anak. Dekorasi pun simple - simple saja. Tapi biliknya ada tingkap untuk lihat pemandangan luar dari atas. 

Nak bawak anak - anak main kolam renang khas untuk kanak - kanak pun ada. Yang untuk orang dewasa pun ada juga. Kemudahan pun lengkap. 

Jalan - jalan di Pulau Pinang nanti tak sah kalau tak pergi untuk aktiviti makan - makan dan jalan - jalan. 

Sebab dekat dengan Padang Kota. Nak cari tempat makan yang popular pun tak susah sebab jarak dalam 5 minit naik kereta.

Di antara tempat makan menarik di sini adalah pasembur Padang Kota, mee sotong Esplanade, dan nasi kandar line clear. 

Nanti kalau korang berkesempatan boleh singgah di MuziumWonderfood, Muzium Negeri dan juga Muzium 3D Penang. 

5. Hotel RAIA Terengganu 

Hotel Yang Best Dan Menarik Untuk Staycation Bersama Keluarga

Untuk percutian staycation dengan keluarga ni nak tak nak kena cari yang ada kolam renang, bukan untuk orang dewasa saja yang minat dengan kolam renang. 

Tapi untuk gembirakan anak - anak jugak. Hotel Raia ni selain daripada kemudahan yang lengkap dan parking mudah, kat sini ada kolam renang luaran dan dalaman jugak. 

Untuk muslimah yang nak main kolam renang pun tak payah risau sebab kolam renang untuk muslimah pun ada di sini.

Bilik pun luas, selesa, nyaman, bersih dan sesuai untuk keluarga. Untuk sarapan pagi di sini pun banyak pilihan dengan kadar harga yang murah. 

Hotel RAIA ni boleh dikatakan hotel terbaik di Terengganu.


Itu lah senarai top 5 hotel yang best dan menarik untuk staycation bersama keluarga. 

Semua aktiviti tu, nanti bila dah habis PKP, dah boleh rentas negeri, yang mana nak planning untuk staycation bersama keluarga, boleh lah merasai pengalaman untuk menginap di hotel tersebut. 

Tak sabar rasanya nak semua ni berakhir, boleh cuti - cuti nak  hilang stress. 









Post a Comment

Previous Post Next Post