-->

Thursday, 1 July 2021

author photo

Mudahnya Nak Buat Udang Dan Sotong Celup Tepung Rangup Guna Tepung Goreng Segera Mr Celup Tepung Station | Salam semua, PKP sambung lagi, ramai dah yang pakat rindu nak keluar jalan - jalan macam dulu. Nak pergi makan - makan kat tempat makan viral yang pernah popular pun tak dapat. Mesti ramai juga yang tengah rindu nak makan sotong celup tepung, udang celup tepung rangup. Dah terbayang - bayang dah ni. Salah satu tempat makan menarik di Terengganu adalah Mr Celup Tepung Station. Tapi nak pergi buat masa sekarang ni dah tak boleh. 


Tepung goreng segera

Tepung Goreng Segera Hasil Laut Dan Sos Pencicah Mr Celup Tepung Station 

Kalau yang rindu nak makan celup tepung pantai Penarik ni, sekarang dah tak payah susah - susah. Korang boleh dapatkan tepung  goreng segera hasil laut dari Mr Celup Tepung Station. 

Bila sebut goreng celup tepung ni, sis akui tak berapa nak rajin jugak bab nak sukat - sukat tepung. Ada yang paket dah siap macam ni, senang kerja sikit kat dapur, jimat masa pun ya jugak. 

Untuk satu paket sis guna 1/2 kg udang saiz xxl dan 1/2 kg sotong saiz sederhana. Memang dah eloknya ngam dengan udang dan sotong. Nak guna ikan, ketam atau apa - apa hasil laut yang lain pun boleh. 

tepung goreng segera

Sis siap ada dengan sos pencicah dari Mr Celup Tepung Station. Kalau nak sos pencicah pun tak payah susah - susah beli terus sini sekali dengan tepung goreng segera. 

Cara Nak Goreng Udang Dan Sotong Celup Tepung Rangup 


Bahan - Bahan 
1/2 kg udang saiz xxl
1/2 kg sotong saiz sederhana 
1 paket tepung goreng segera hasil laut Mr Celup Tepung Station 
1 biji telur 
200 ml air sejuk dalam peti ais

Langkah Penyediaan 
1. Udang buang urat belakang, kepala bersihkan buang najis sebab udang ni besar, kena bersihkan semua kotoran.
2. Sotong bersihkan dan hiris sederhana besar.
3. Masukkan tepung dalam mangkuk besar. 
4. Masukkan 1 biji telur.
5. Tuangkan 200 ml air sejuk dalam peti ais.
6. Kacau rata hingaa adunan gebu.
7. Dalam kuali, masukkan minyak kena banyak sebab deep fry kan.
8. Api kena besar dan minyak kena betul - betul panas. 
9. Sementara tunggu minyak panas, boleh letak udang dalam adunan tepung dan gaul rata. 
10. Masukkan udang perlahan - lahan dan goreng hingga masak keperangan. 
11. Angkat dan sejatkan, siap sedia untuk dihidang bersama sos pencicah.
12. Best makan panas - panas. 

tepung goreng segera

Tips : Sebab guna air sejuk dalam peti untuk mendapatkan tesktur tepung yang rangup. 

Untuk satu paket ni, korang tak payah takut adunan tercair ke apa sebab adunan dia cukup - cukup tak pekat dan tak cair sangat. 

Lepas habis goreng udang, sis goreng sotong celup tepung pulak guna adunan yang sama. 

Makan ramai - ramai satu keluarga best ni. Sambil goreng sambil makan sebab best hidang dan makan panas - panas. Tesktur tepung pun rangup. 

Untuk video, korang boleh tonton di sini ya. 


Untuk harga satu paket tak mahal sangat hanya RM 10 untuk sepaket. Sos pencicah sebotol RM 5. 

Jangan lupa, kalau korang beli paket combo dapat murah lagi. Untuk 3 bungkus tepung dan sekali dengan 1 botol sos pencicah harga RM 30. 

Tak susah kan nak goreng udang celup tepung, sotong celup tepung rangup. Guna jer tepung segera MCTS ni. 

Sekiranya korang nak dapatkan tepung goreng segera Mr Celup Tepung Station ni, korang boleh layari mana - mana media sosial MCTS seperti di bawah : 

Mr Celup Tepung Station 





This post have 3 komentar

avatar
Ciktie delete 1 July 2021 at 12:24

wahhh sedapnya kak wani..

Reply
avatar
Azizah Resensi Buku delete 19 September 2021 at 10:20

Makasih dah berbagi cerita resep ini. Moga bisa bikin menu begini juga.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post