-->

Sunday, 8 August 2021

author photo
Senarai 11 Jenama Stand Mixer Terbaik Bawah RM 500 Untuk Tahun 2021 | Salam semua, bagi yang minat buat kek, roti, biskut dan pastri, benda yang pertama terlintas dalam fikiran mesti nak ada satu stand mixer untuk memudahkan kerja kita. Kalau tanya sis, mestilah nak, sis pun ada mengidam jenama stand mixer yang muatannya banyak sikit. Yang ada guna kat rumah ni, sis guna yang sederhana, muatan tak banyak. Kalau nak pukul 7 biji telur tu memang tak sempat lah. 

Jenama stand mixer terbaik

Bukan senang juga nak cari stand mixer ni, kena menepati ciri - ciri apa yang kita nak. Lagipun nak cari juga stand mixer yang tidak bising. Kalau yang tidak bising sangat, memang harga pun tinggi la jugak kan. Tapi, sebelum itu, kita kena tahu terlebih dahulu tips memilih stand mixer dengan betul. Supaya stand mixer yang kita nak beli nanti berbaloi dengan harga. 


7 Tips Memilih Stand Mixer Dengan Betul 

Di sini, ada 7 tips yang korang perlu tahu sebelum membeli stand mixer. Perlu tahu sebab kita nak beli dengan bajet yang ada kan. Mungkin ada yang nak beli bawah RM 300 atau mungkin ada orang nak beli bajet bawah RM 500. Pemilihan mixer yang bagus bergantung kepada banyak faktor. Semoga tips ini dapat membantu korang semua untuk membeli stand mixer nanti. 

1. Penggunaan Stand Mixer

Jika untuk keluarga yang besar/majlis/parti, atau membuat beberapa buku roti atau kek seminggu,  motor berkuasa besar penting dan mangkuk kapasiti besar - sekurang-kurangnya 600 watt dan saiz atau kuantiti 6 mangkuk atau lebih besar. Kapasiti adalah penting.
 

2. Prestasi Kuasa dan Keupayaan

Ada orang berpendapat bahawa kuasa/watt yang lebih tinggi, mempunyai kuasa yang lebih untuk dicampur dan menguli. Ianya salah dan sesetengah mixer boleh menggunakan lebih watt untuk beroperasi daripada model lain dan output kuasa mungkin kurang daripada dinyatakan. 

Inilah sebabnya mengapa ia adalah lebih bijak untuk membuat keputusan membeli pada kapasiti, dan bukan semata-mata kepada kuasa/watt diiklankan.

3. Ciri-ciri Terbaik Stand Mixer

Mixer yang baik mempunyai "overload protection" pengunci kecondongan. Mixer yang bagus diperbuat daripada besi, dengan ketahanan lebih baik, kukuh dan stabil. Mempunyai purata kelajuan/speed 10 - 12 dan paling penting disertakan dengan 3 aksesori standard (pemukul, penguli dan cangkuk pembuat doh). 

Sesetengah model mempunyai timer bagi memudahkan proses serta mengelakkan dari tumpahan semasa proses.
 

4. Had Kuasa Stand Mixer

Setiap mixer dengan kuasa/watt yang tinggi dan mampu mengendalikan apa-apa doh, terdapat juga batasan. Untuk mengelakkan motor terbakar, ikuti garis panduan pengeluar untuk berapa lama ia perlu beroperasi setiap kali digunakan.

5. Pilihan Aksesori Stand Mixer

Banyak model datang dengan slot/hab untuk menyambung aksesori tambahan termasuk grinder daging/sayur, pembuat pasta atau pembuat sosej. 

Walaupun aksesori ini menambah kos mixer, mereka membuat ia lebih berfungsi dan mengurangkan jumlah peralatan yang anda perlukan.

6. Harga Stand Mixer 

Terdapat pelbagai harga untuk Stand Mixer, dan kita perlu mempertimbangkan apa yang mempengaruhi harga. Satu model asas hanya boleh mempunyai satu tindakan mixer (tengah), manakala unit yang lebih mahal akan mempunyai spiral atau rotation yang meliputi kawasan yang luas untuk boleh menggaul/mixing lebih dekat sehingga ke sisi mangkuk. 

Proses mixing akan bercampur lebih baik dan menarik.
 

7. Jenama Stand Mixer Di Pasaran

Pelbagai pilihan jenama yang ada di pasaran. Pilih yang sesuai dengan bajet yang ada dan bandingkan apa kelebihan jenama masing - masing. 

Kredit : https://www.facebook.com/browniesbytes/posts/tips-of-the-day-tips-memilih-mixer-nampaknya-ramai-pm-sis-dan-tanya-mixer-apa-ya/150809752427941/
 

Senarai 11 Jenama Stand Mixer Terbaik Bawah RM 500 Untuk Tahun 2021 

Di sini, sis senaraikan 11 jenama stand mixer terbaik bawah RM 500, tak semua mampu nak beli stand mixer yang mahal. Rasanya stand mixer bajet bawah RM 500 ini pun dikira mampu milik dah. Muatan kapasiti bermula dari 5 liter ke atas tapi tak lebih dari 6.5 liter. 

Kalau tanya sis, yang ini pun memang dah besar untuk famili yang tak berapa ramai ni. Jenama - jenama stand mixer ini semua mungkin korang dah biasa dengar.

Untuk jenama stand mixer ini semua, nanti korang boleh klik di link untuk lihat di Shopee. 

1. Khind

Jenama stand mixer terbaik


Ada 2 jenis stand mixer jenama Khind iaitu Khind 5L Stand Mixer SM500P Dan SM506P. Walaupun kedua -dua nya adalah kapasiti untuk 5 liter, bezanya di sini  adalah power. Jom kita tengok apakah ciri -ciri untuk stand mixer jenama Khind. Harga untuk stand mixer ini adalah RM 319.90.


Khind 5L Stand Mixer SM500P 
  • Kapasiti 5 liter dan mangkuk  keluli yang tahan karat
  • Mempunyai 5 speed setting untuk proses memukul, menguli dan mengadun 
  • Mempunyai penutup cover dan juga tidak mudah bergerak ketika beroperasi sebab ada non-slip rubber foot 
  • Ada 3 aksesori seperti pemutar doh, cangkuk doh dan penguli
  • Berkuasa 1200w  
  • Warna Merah

Khind 5L Stand Mixer SM506P 

  • Kapasiti 5 liter dan mangkuk keluli yang tahan karat 
  • Mempunyai 6 speed setting
  • Perlindungan dengan penutup cover yang nampak dalam dan juga tidak mudah bergerak ketika mesin tengah beroperasi ( Non- slip rubber foot )  
  • Ada 3 aksesori Stainless Steel untuk pemutar doh, cangkuk doh dan penguli
  • Berkuasa1000w 
  • Warna merah 

Sekiranya terdapat apa - apa kerosakan, untuk warranty adalah 1 tahun. Sekiranya korang berminat untuk stand mixer ini, korang boleh tengok di Lihat Di Shopee. Rata - rata komen review ramai yang berpuas hati. 


2. Riino 

Jenama stand mixer terbaik

Stand mixer Riino keselamatan produk diluluskan oleh SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga. Jadi korang tak perlu risau lah ya. Kelainan stand mixer Riino ni ada 6 speed setting. Komen review pun semua berpuas hati. Sekiranya terdapat apa - apa kerosakan dan nak return barang boleh hubungi atau DM pihak sana untuk tindakan lanjut. 

Spesifikasi :
  • Mempunyai 6 speed setting 
  • Kapasiti untuk 5L Stainless Steel Bowl 
  • Ada 3 aksesori utama pemutar doh, cangkuk dan penguli
  • Ada penutup cover lutsinar 
  • Anti gegar  
  • Berkuasa 1000W dengan Max 170 RPM 
  • Warna merah
Bagi sis dah cantik, kapasiti 5 liter, mangkuk stainess steel. Sekiranya korang nak tengok dulu boleh Lihat Di Shopee

3. The Baker 

Jenama stand mixer terbaik

Stand mixer The Baker ni pun sis pun ada dengar juga orang guna. Yang stand mixer The Baker ni kapasiti dalam 6.5 liter. Boleh memuatkan 1.5 kg adunan. Banyak la jugak kan. Kalau orang yang nak bisnes kecilan boleh lah pakai stand mixer yang ini. Komen review pun ramai yang berpuas hati. 

Spesifikasi : 

  • Penutup cover yang boleh diasingkan
  • Kapasiti 6.5 liter mangkuk stainless steel untuk muatan adunan 1.5 kg 
  • Ada 6 speed setting 
  • Senang dan mudah untuk dibersihkan 
  • Berkuasa 1000W 
  • Ada 3 aksesori egg beater, dough hook dan flat beater

Untuk warranty adalah 1 tahun dan kenalah daftar online www.baker.com.my/register. Sekiranya korang nak tengok dulu, boleh Lihat Di Shopee


4. Russell Taylors

Jenama stand mixer terbaik

Stand mixer Russell Taylors antara stand mixer yang menjadi pilihan ramai di Shopee. Mungkin harganya yang mampu milik dalam RM 299.99. Dan warnanya yang hitam selalu menjadi perhatian. Harga masih mampu milik walaupun kapasiti untuk 5 liter. Barang laku keras ni cepat habis.

Spesifikasi : 

Kapasiti 5 liter dan mangkuk stainless steel untuk muatan adunan hampir 1 kg
Berkuasa 1000 W
Anti gegar sebab ada "rubber feet"
2 pin plug
Tombol untuk speed setting ada level "min", "mid" dan max bukan nombor
Ada 3 aksesori egg beater, dough hook dan juga flat beater

Jadi, sekiranya korang berminat dengan stand mixer Russell Taylors ini, boleh tengok dulu di Lihat Di Shopee

5. PerySmith

Jenama stand mixer terbaik

PerySmith stand mixer, satu jenama baru bagi sis sebab baru nampak, ramai jugak kawan - kawan kat facebook pakai stand mixer PerySmith. Nampak cantik dan menyerlah sebab warnanya merah. Lagipun kapasiti untuk stand mixer ini adalah 5.5 liter. Komen review pun rata - rata memang berpuas hati

Spesifikasi : 
  • Mempunyai 6 speed setting
  • Mempunyai penutup yang nampak dari dalam dan ada lubang khas untuk tambah apa - apa bahan semasa mesin tengah beroperasi. 
  • Mempunyai 3 aksesori wire whisk, hook dan juga flat beater. 
  • Berkuasa 1200W
  • Kapasiti mangkuk 5.5L
  • Boleh guna untuk kuantiti untuk tepung hingga 1 kg dan kuantiti untuk telur puith hingga 12 biji telur 
  • Berat 4.2 kg

Untuk stand mixer ini, warranty adalah 2 tahun untuk kegunaan di rumah saja.  Berminat boleh Lihat Di Shopee

6. SSODD

Jenama stand mixer terbaik

SSODD stand mixer menarik bagi sis sebab pilihan warna yang boleh dipilih. Reka bentuk pun menarik. Apa yang menariknya aksesori untuk stand mixer ini ada tambahan untuk silicone beater. Biasa dengar 3. 

Spesifikasi : 
  • Berkuasa 1100W 
  • Berkapasiti 5.5 liter
  • Material mangkuk diperbuat dari stainless Steel dengan pemegang
  • Speed setting ada 1 hingga 6 
  • Ada fungsi untuk pulse function 
  • Anti gegar
  • Ada penutup cover
  • Ada 4 aksesori tambahan whisk, dough hook, beater dan silicone beater
  • Berat 6 Kg 

Penggunaan : 

  • Maksimum untuk telur 6 biji 
  • Maksimum untuk Whipped Cream 500ml 
  • Maksimum untuk adunan kek 1kg 
  • Maksimum untuk doh roti dan pizza 250g flour

Untuk warranty adalah satu tahun. Sekiranya korang berminat dengan stand mixer ini boleh lah Lihat Di Shopee


7. Butterfly

Jenama stand mixer terbaik

Butterfly stand mixer, satu jenama yang dah lama jugak ni kan. Tapi masih ramai peminat tersendiri. Komen review pun ramai yang kata ok. 

Spesifikasi : 
  • Kapasiti mangkuk 5 Liter
  • Mangkuk stainless Steel Bowl 
  • Berkuasa 600W 
  • Berat 6.25 kh / 7.95 kg
  • Mempunyai 8 speed setting 

Sekiranya korang berminat dengan stand mixer ini, boleh lah Lihat Di Shopee

8. Innofood

Jenama stand mixer terbaik

Stand mixer Innofood ikut model ada  kapasiti besar 6.5 liter dan juga 5.5 liter. Pilihlah ikut kesesuaian untuk kegunaan. Lagipun Innofood standmixer ni ada pilihan warna. Mangkuk stainlees steel dan ada pemegang. Bagi sis kalau mangkuk ada pemegang ni mudah kita nak handle nak pegang nak telangkupkan sikit ke, tak payah risau kalau tangan kita berminyak. 

Spesifikasi : 

  • Mangkuk stainless steel bowl 
  • Kapasiti mangkuk 5.5 liter
  • Berkuasa 1000W
  • Mempunyai 6 speed setting
  • Cat yang digunakan di Innofood stand mixer adalah berkualiti tinggi, tahan lasak dan tidak mudah luntur
  • Berat 5 kg
  • Ada 3 aksesori flat beater, dough hook dan juga whisk

Berminat untuk Innofood stand mixer ini, boleh Lihat Di Shopee


9. Sokany

Jenama stand mixer terbaik

Sokany stand mixer ada yang 5.0 liter, 6.5 liter, 8.0 liter. Harga untuk yang 8.0 liter tu dalam RM 4++. Kalau untuk 8.0 liter tu memang kapasiti besar sangat dah. Apapun nak beli ikut kesesuaian apa kita nak guna ya. 

Sekiranya, korang nak beli untuk 6.5 liter ini untuk spesifikasinya 

Spesifikasi : 

Berkuasa 1300W
Berkapasiti 6.5 liter 
Mempunyai 6 speed setting 
Ada 3 aksesori whisk, flat beater dan dough hook

Sekiranya  korang berminat untuk stand mixer Sokany boleh Lihat Di Shopee

10. Homex

Jenama stand mixer terbaik

Stand mixer Homex warna hitam menawan, peminat warna hitam mesti suka. Untuk ahli keluarga yang tak berapa ramai sangat, boleh ambil yang kapasiti nya adalah 5 liter ini. Jadi, spesifikasinya adalah seperti di bawah. 

Spesifikasi : 
  • Kapasiti 5 liter 
  • Mangkuk stainless steel
  • Ada penutup untuk mengelakkan daripada adunan di dalam terpercik keluar apabila speed tinggi 
  • Berkuasa 1000W
  • Suction feet untuk tapak kukuh dan tidak mudah berganjak
  • Ada 3 aksesori flat beater, whisk dan juga dough hook
  • Mempunyai sistem pengaliran udara bagi mengelakkan motor terlalu panas dan untuk hayat yang panjang. 
Sekiranya korang berminat untuk Homex stand mixer, korang boleh Lihat Di Shopee

11. Trio 

Jenama stand mixer terbaik

Stand mixer Trio, satu jenama yang agak lama juga di pasaran. Untuk jaminan adalah 1 tahun. Untuk spesifikasi stand mixer ini adalah seperti di bawah. 

Spesifikasi : 

Mempunyai 7 speed setting 
Berkuasa 500W 
Kapasiti mangkuk 5 liter 
Mempunyai aksesori beater, whisk, dough hook, splash guard dan spatula
Berat 7.8 kg 

Sekiranya korang berminat boleh Lihat Di Shopee

Ke semua stand mixer ni mangkuk nya tu ada yang ada pemegang ada yang tak. Apapun nak beli bergantung kepada bajet korang ya. Kalau yang ada pemegang di mangkuk tu kena ada bajet lebih sikit. Tujuan fungsi pemegang ni senang jugak kalau tangan kita berminyak ke tak adalah nak tergelincir. 

Itu lah ke semua 11 jenama stand mixer terbaik bawah RM 500. Siapa yang tengah berjinak - jinak dalam dunia baking nak beli stand mixer, boleh pilih di antara senarai jenama di atas. Jangan lupa baca review dulu. Kadang- kadang ada juga stand mixer kebetulan dah tak ada stok, memang laku keras sungguh, tapi kedai tersebut memang top up balik stok.

Yang penting beli stand mixer ketika tengah sale, kalau kebetulan nasib baik boleh dapat harga murah sikit. 

Baca Juga : 







This post have 2 komentar

avatar
babYpose delete 9 August 2021 at 14:25

Salam, Khind tu pernah guna untuk kipas, russels taylors tu banyak iklan di highway. Perkongsian bermanfaat.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post