Tonton Drama The Hotel Slot MegaDrama Astro Ria

Tonton Drama The Hotel Slot MegaDrama Astro Ria | Salam semua, Walaupun tajuk drama The hotel, tapi drama melayu ya. Drama The Hotel yang kini sedang ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Lama tak tengok Mira Filzah berlakon. Kali ini dalam drama terbaru The Hotel. Drama bersiri sebanyak 24 episod ini menampilkan gandingan Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee dan ramai lagi barisan pelakon lain. Untuk info dan sinposis lanjut, korang boleh baca di bawah ya. 

Drama the hotel slot megadrama astro ria


Info Drama Hotel 

  • Tajuk Drama : The Hotel 
  • Bilangan Episod : 24
  • Hari Dan Masa: Isnin hingga Khamis, 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
  • Penulis Skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon
  • Idea Asal : Michael Ang
  • Pengarah : Helmi Yusof
  • Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon : Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah

Barisan Pelakon Drama The Hotel 

  • MK K-Clique sebagai Sean
  • Mira Filzah sebagai Raisa
  • Sean Lee sebagai Umar
  • Natasha Elyzza sebagai Umaira
  • Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
  • Eina Azman sebagai Julia
  • Yasmin Hani sebagai Maya
  • Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas
  • Alif Hadi sebagai Tengku Arif


Lagu Tema ( OST ) 

K - Clique -  Sebelum 


Sinopsis Drama The Hotel 

Drama ini mengisahkan tentang Raisa seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.

Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

Jalan cerita nampak menarik, jangan lupa tonton drama the hotel astro ria 

Post a Comment

Previous Post Next Post