Ubah Suai Sendiri Pelan Data Untuk Kepuasan Melayari Internet Dengan Yoodo

Ubah Suai Sendiri Pelan Data Untuk Kepuasan Melayari Internet Dengan Yoodo | Salam semua, adakah sis tertinggal ke belakang nak dengar pasal Yoodo ni. Bila orang mula sebut - sebut kelebihan Yoodo ni best sangat. Barulah terkial - kial nak ambil tahu. Macam tu lah sis bila kurang terdedah dengan info pasal pelan data dari Yoodo ni. 

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

Sebenarnya ini pertama kali sis dengar pasal Yoodo. Adakah korang pun sama jugak. 

Tak apa lah kita sama - sama ambil tahu ya. Zaman semuanya di hujung jari, nak kena ada data internet pun mesti cukup setiap bulan kan. 

Apatah lagi kita sekarang di musim pandemik. Nak buat kerja semua berhubung dengan aplikasi dalam telefon. Nak tak nak kena belanja lebih jugak untuk pelan data internet. 

Tapi tu lah, nak cari yang murah, sesuai dengan bajet yang kita nak dan juga kepuasan bila layari internet. Tak adalah tersekat - sekat. Nasib baik, sis terdengar pasal Yoodo ni. 


Apa Itu Yoodo ? 

Untuk korang yang belum kenal lagi dengan Yoodo, Yoodo adalah syarikat telekomunikasi yang pertama menawarkan servis mudah alih 100% digital. 

Maksudnya di sini pengguna yang mengubah suai sendiri pelan data internet, panggilan dan juga SMS mengikut keperluan setiap bulan hanya melalui aplikasi Yoodo. Best kan. Kita sendiri yang tentukan apa yang kita nak. 

Yang menariknya, tiada cas tersembunyi dan tiada kontrak. Yoodo pun tak paksa kita guna pelan yang mana satu, semuanya kita sendiri yang tentukan. Sekiranya nak tukar pelan yang lain, bila - bila masa boleh tukar tak nanti hujung bulan pun.  

Kalau rasa pening nak ambil pelan yang mana satu, Yodoo pun  ada kombinasi pelan mana yang sesuai untuk rujukan korang ok. Boleh rujuk di laman web Yoodo

Kalau korang nak tamatkan servis dari Yoodo pun, Yoodo tak ambil sebarang cas dan tak ada kontrak. Mudah kan Yoodo ni tak main sembunyi -sembunyi semuanya jelas terus. 

Untuk pengetahuan semua, Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom dengan liputan 4G terluas di Malaysia. Jadi, tak risau lah kalau tempat korang line Celcom ok sangat, semestinya line Yoodo pun ok. 


Cara Untuk Mendapatkan SIM Yoodo

Mesti korang tertanya macam mana nak dapatkan Sim ? Ok sebenarnya ada 2 jenis SIM yang disediakan oleh Yoodo samaada nak SIM fizikal ataupun eSIM. Nanti sis terang satu - satu. Bila dengar eSIM ni macam jakun sikit sebab biasanya kita kena dapatkan SIM dekat mana - mana kedai fizikal kan. 

Tapi dengan Yoodo, korang diberikan pilihan. Bukan apa nak mudahkan korang sebenarnya, kalau nak yang SIM fizikal boleh ataupun eSIM pun boleh. Ikut yang mana suka. 

Korang boleh dapatkan SIM sama ada secara online ataupun offline. Kalau nak mudah, terus dapatkan secara online. Kalau terasa nak dapatkan sendiri secara offline pun boleh juga. 

Ada 3 cara korang boleh dapatkan SIM secara online

1. Melalui Penghantaran Pos 

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

Untuk penghantaran biasa melalui pos ini, korang boleh pesan SIM melalui laman web ataupun guna aplikasi Yoodo. Sebelum tu, tetapkan pelan data yang korang nak terlebih dahulu. 

Pilih kaedah penghantaran dan SIM akan dihantar. Biasalah kalau pos makan 3 hingga 6 hari bekerja. 

Bila SIM dah sampai, ikut arahan yang ada di dalam. Kemudian aktifkan SIM pada aplikasi Yoodo, kemudian masukkan SIM. Siap dah boleh guna. 

2. eSIM Melalui Aplikasi Yoodo

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

Yoodo juga menawarkan servis eSIM. Ok lah nak fahamkan korang apa itu eSIM ? Embedded SIM (eSIM) adalah cip tersedia yang berfungsi sama seperti SIM fizikal. Pengaktifan adalah lebih mudah dan boleh digunakan beserta dengan SIM fizikal. 

Walaupun hanya boleh menggunakan satu pelan eSIM pada satu-satu masa, korang boleh menyimpan beberapa nombor dan pelan pada satu cip.

Kalau pendapat sis, eSIM nampak lagi mudah sebab tak perlu bersusah payah nak masukkan SIM kecil atau cuba nak buka slot SIM telefon. 

Tapi tak semua smartphones sesuai nak letak eSIM ni, hanya telefon pintar yang terpilih saja untuk Android dan juga IOS. Boleh tengok di laman web Yoodo senarai smartphones yang serasi dengan eSIM. 

Jadi, macam mana cara nak aktifkan eSim ini. Senang saja, korang muat turun aplikasi Yoodo. Pilih aktifkan SIM dan pilih eSIM. 

Kemudian ubah suai pelan data dan pilih nombor mudah alih. Ikut arahan yang diberi sebab kena imbas kod QR yang telah dihantar di email. Apapun kalau tak faham boleh live chat dengan pihak Yoodo. Pihak Yoodo akan membantu. 

Mudah sungguh sekarang ni kan, tak guna SIM fizikal pun tak apa, hanya muat turun aplikasi Yoodo dah boleh aktifkan untuk eSIM. 

3. Penghantaran Pantas Dengan GoGet

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

Penghantaran dengan GoGet buat masa ni hanya yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru saja. Korang boleh dapatkan SIM dalam tempoh kurang dari 2 jam. 

Sekiranya korang nak beli SIM secara offline pun boleh. Ada 3 tempat yang boleh dibeli secara offline.

1. Cawangan Blue Cube Celcom yang terpilih
2. BH Petrol 
3. Petronas 

Apapun, ikut keselesaan korang, kalau tanya sis, mudah beli online senang. Klik klik tunggu jer SIM sampai rumah. 

Kenapa Mesti Pilih Yoodo ? Ini Kelebihannya 

Ini antara kelebihan Yoodo yang ramai tak tahu. Kalau korang dengar semua kelebihan ni, mesti akan bertukar kepada Yoodo.

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

1. Tetapkan Pelan Data Ikut Citarasa Sendiri

Kalau sebelum ni, tidak semua jumlah data tambahan habis digunakan kan walaupun tempoh dah nak habis. Jadi, pembaziran pun berlaku sebab kita terpaksa bayar apa yang kita tidak guna. 

Tapi tidak dengan Yoodo yang menawarkan servis mudah alih 100 % digital. Kita sendiri yang tetapkan pelan data ikut citarasa sendiri. Kiranya Yoodo memberikan kebebasan kepada pengguna untuk reka pelan telefon sendiri. 

Nak murah ke nak yang mahal semuanya pilihan sendiri, korang bayar apa yang korang perlukan saja. Susun sendiri pelan data, sms dan juga panggilan yang kita nak. Tak adalah kita rasa macam terikat je kan bila buat macam ni. Ini lah kelainan Yoodo nak banding dengan telco lain yang dah siap pakej tertentu. 

Untuk pengetahuan korang, Yoodo ada 2 jenis data. 

1. Kelajuan tinggi 
2. Tanpa had 

Korang boleh pilih sama ada nak kelajuan tinggi ataupun tanpa had ( unlimited ). Boleh selaraskan pelan data ikut bajet yang kita nak. 

2. Renew Anytime 

Yang bestnya, korang boleh memperbaharui pelan asas yang korang nak, pada bila - bila masa, di mana sahaja dan tak perlu tunggu untuk penghujung kitaran 30 hari. 

3. Power Pass High Speed Data 100GB 1 Jam Untuk RM 2

Berita baik untuk korang yang kaki drama ke, kaki gamers ke. Korang nak kan kepuasan bila menonton atau bermain secara online. Yoodo juga ada menawarkan power pass untuk 1 jam saja penggunaannya tapi kelajuannya memang terbaik. 

Korang boleh beli power pass ini hanya harga serendah RM 2 untuk 100 GB selama 1 jam. Dalam satu jam macam - macam boleh buat nak menonton drama dan movie online ke. Kalau kebetulan korang nak upload video di channel youtube, boleh guna power pass ni laju berdesup. Murah sangat serendah RM 2 mana lah nak dapat kan. 

Sekiranya tak cukup untuk guna dalam masa 1 jam, korang juga boleh beli dengan hanya RM 5 dalam masa 3 jam. 

4. Ganjaran Yoodo, Beli 10 Add-Ons, Dapat 1 Add- On Percuma 

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

Add on ni antara kelebihan yang ditawarkan oleh Yoodo bagi pengguna rasa lebih keseronokan ketika melayari internet. Biasanya, dalam telefon mesti ada banyak aplikasi kan. Tak kiralah aplikasi permainan, hiburan, media sosial, shopping, panggilan video dan pembayaran semuanya ada dalam add-on Yoodo. 

Untuk mendapatkan add-on ini, mesti ada pelan data asas terlebih dahulu sebelum buat pembelian data untuk aplikasi tertentu. 

Bila dah beli pelan data asas, mungkin data internet yang kita guna tanpa sengaja terguna dengan banyak untuk aplikasi yang selalu kita buka. Tapi, bila kita membeli data khas untuk aplikasi tertentu melalui add-on ini, penggunaan data tersebut adalah hanya untuk aplikasi tersebut saja. Secara tak langsung, kita dapat menjimatkan data internet utama. 

Di add-on ni, Yodoo tawarkan 20GB dengan harga serendah RM 3 bergantung kepada aplikasi. Contoh, sekiranya banyak menggunakan aplikasi instagram dan youtube, korang boleh beli data khas sebulan hanya RM 3 untuk instagram dan RM 7 untuk Youtube. Lain kali tak risau dah takut data terlebih guna. 

Kalau korang pemain PUBG Mobile, jangan lepaskan peluang sebab dapat free setiap bulan 20 GB. 

Dah la banyak pilihan add-on ni, apa yang lagi menarik bagi setiap 10 pembelian add-on, korang boleh dapat 1 add-on percuma. 

Hala Tuju Yoodo Dalam Menyokong Komuniti 

Untuk pengetahuan semua, Yoodo adalah di antara syarikat telekomunikasi yang bergerak aktif dalam menyokong komuniti seperti dalam bidang e-sukan, hiburan, sukan dan juga Kpop. Yoodo sentiasa mencari peluang untuk mengikuti perkembangan terkini bagi memberi kepuasan kepada pengguna. 

1. Yoodo Menyokong E-Sukan 

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

Industri e-sukan satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Yoodo telah banyak menaja pasukan dan kejohanan dan merancang untuk memeriahkan lagi kejohanan - kejohanan di luar sana.  Kalau korang nak tahu, Yodoo pun ada melancarkan pasukan e-sports PUBG Mobile mereka sendiri iaitu Yoodo Alliance, Yoodo RSG MLBB, Yoodo RSG CODM. 

Dalam masa yang sama Yoodo berusaha untuk menarik ramai golongan muda untuk menyertai e-sukan. Kalau korang kenal setiap pemain dalam  pasukan e-sports Yoodo ni, usia mereka ada seawal 17 tahun. Wow hebat. 

Nampaknya, Yoodo memang komited dalam usaha untuk meriahkan lagi arena e-sukan. Antara kejohanan yang telah mendapat tajaan Yoodo adalah PUBG Mobile Campus Championship ( PMCC 2020 ), Yoodo Stay At Home Cup, Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 3 ( KEK 3) dan banyak lagi. 

2. Yoodo Menyokong Sukan Futsal Malaysia

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

Yoodo juga merupakan Telco Digital Rasmi  untuk Liga Premier Futsal Malaysia ( MPFL ) dalam meneruskan sokongan komuniti futsal Malaysia sejak dari tahun 2019 lagi. 

Siapa peminat futsal tu kena lah join. 

3. Stay At Home Party 

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

Pada waktu musim pandemik sekarang ini, semua orang stress sebab duduk di rumah, nak keluar bila perlu jer. Yoodo juga memahami perasaan rakyat Malaysia yang sentiasa mencari ruang untuk hiburkan diri. 

Yoodo juga tidak ketinggalan untuk sentiasa adakan aktiviti menarik bersama pengguna. Kali ini Yoodo bekerjasama dengan Rakita FM untuk Carta Indie Kita 2021. 

Korang boleh undi lagu indie favorite pada setiap selasa di Twitter Rakita.my. 

4. SaranghaeYoodo Untuk Peminat Kpop 

Ramai peminat Kpop kan sini. Yoodo juga tidak ketinggalan dalam menyediakan aktiviti menarik buat peminat Kpop. Antaranya : 

1. Kpok recap series  : Hallyoodo
2. Concert giveaways s : Monsta X, G-Idle
3. Special screening : BTS documentary screening
4. Contest : Lightstick wars, BLINK together with YOODO

Promosi Terkini Dan Menarik Dari Yoodo 

Kalau nak tahu Yoodo sekarang tengah ada promosi yang menarik dan semestinya rasa berbaloi dengan apa yang dibayar. 

ubah suai sendiri pelan data Yoodo

1. Promosi RM 20 Untuk 20 GB

Atas permintaan ramai, Yoodo kini sedang mengadakan kembali promosi 20GB pada harga RM 20 sahaja untuk masa terhad. Jadi, korang jangan lepaskan peluang ini. korang perlu bayar hanya RM 20 saja untuk 20 GB. Banyak benda boleh buat dengan 20GB. Kalau tanya sis sendiri pun sis terus ambil.

Kalau tak, tak adalah Yoodo buat balik promosi ni kan. Yoodo memang mendengar suara pengguna, nak katanya ramai pengguna di luar sana sedang menantikan promosi ini 

2. Dapatkan Power Pass Terbaru 

Yoodo juga menawarkan Power Pass terbaru untuk kegunaan pengguna. Kalau korang nak kelajuan internet yang berdesup baik korang ambil power pass ini yang hanya boleh digunakan selama 12 jam untuk 100 GB. Harga hanya RM 10 saja. 

Promosi ini akan berakhir pada 14 October 2021, jadi jangan lepaskan tawaran ini. 

3. Refer 2 Earn 

Sekiranya korang nak jana pendapatan sampingan dari Yoodo, Yoodo juga ada menawarkan referral program. Dengan referral program ini, korang boleh ajak kawan untuk jadi pengguna Yoodo dengan menggunakan kod unik referral. Bila kawan join, kita akan dapat RM 20. 

Kawan kita yang bersetuju untuk join pula akan mendapat 7GB data percuma. Kita dapat untung, kawan kita yang join pun dapat data percuma. Jadi tak rugi lah sama -sama dapat kan. 

4. Jaringan Prihatin Yoodo 80GB Sebulan Hanya RM 5 

Seiring dengan saranan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dalam tempoh pandemik ini , Yoodo juga telah mengambil inisiatif menawarkan pakej jaringan prihatin 80 GB sebulan dengan hanya RM 5 saja. Kiranya ini pelan data internet paling murah dah. 

Inisiatif ini adalah untuk membantu setiap orang mendapat akses internet dengan harga yang tidak membebankan. 

Sekiranya layak, korang boleh buat penjimatan yang banyak dengan subsidi yang disediakan. Pas prihatin Yoodo ini boleh digunakan selama setahun bermula selepas tarikh mendaftar. 

Caranya senang jer, korang perlu muat turun aplikasi Yoodo dan berdaftar untuk program Jaringan Prihatin.

Tapi kena cepat sebab tarikh terakhir pendaftaran hingga 30 September ini. 

Jom Bermula Dengan Yoodo Sekarang !

Apa tunggu lagi, untuk korang yang tengah mencari - cari pelan data internet mengikut bajet yang korang nak, lagi satu boleh ubah suai sendiri pelan data ikut yang kita nak, boleh bermula dengan Yoodo. Lagipun nak tempah SIM percuma saja. Kos penghantaran pun Yoodo tak cas. Yang penting kena muat turun aplikasi Yoodo.

Paling senang nak buat pembayaran untuk pelan data pun semuanya online, sama ada nak guna perbankan online, kad kredit atau debit atau guna aplikasi boost. Untuk nak mudahkan korang lagi, aplikasi Yoodo boleh didapati di App Store, Google Play Store atau pun Huawei App Gallery. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, boleh layari laman web dan media sosial seperti di bawah : 





Post a Comment

Previous Post Next Post