Resepi Kek Kurma Moist Tanpa Telur Dan Mixer Sukatan Cawan

Resepi Kek Kurma Moist Tanpa Telur Dan Mixer Sukatan Cawan | Salam semua, stok kurma sekarang ni tak nanti puasa pun ada stok, bulan tak puasa pun selalu ada kan. Ramai yang dah buat untuk makanan sunnah. Tapi kadang - kadang ada jugak yang lebih, selalu simpan dalam peti tak ingat, bila jumpa mula lah fikir nak buat apa. Biasanya sis jadikan kek, boleh lah telan dari makan macam tu kot tak lalu. 

resepi kek kurma

Sis jumpa resepi kek kurma tak payah letak telur tapi tetap moist. Sis ni suka bereksperimen. Masa buat kek kurma ni sis bereksperimen balut kain basah keliling loyang kek sebab nak kekalkan kelembapan dalam kek. Kaedah ini juga boleh jadikan tekstur kek tak kering. 

Korang boleh lah kalau nak cuba ya. Kek pun naik sekata dan tak merekah. Sis ambil kain tuala dapur jer potong. Caranya mudah saja, basahkan kain dan balutkan keliling loyang dan pinkan untuk kemaskan. 

Siapa peminat kek kurma bakar ini boleh cuba buat. 

Resepi Kek Kurma Moist Tanpa Telur Dan Mixer Sukatan Cawan


 Bahan - Bahan 
1 cawan susu kotak /UHT ( wani guna susu cair )
3/4 cawan gula halus ( next time 1/2 cawan gula )
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum
18 biji kurma yang lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dengan susu semalaman) (wani guna 17 biji)
1 sudu teh baking powder
1/8 x 2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1 genggam kecil gajus tumbuk halus  ( optional )

* tepung gandum, baking soda dan baking powder diayak 

Cara - Cara 
1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. masukkan kurma dalam bekas mxing
2. Masukkan bahan cecair, minyak, gula dan susu. gaul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan esen vanila. gaul perlahan sampai sebati dan masukkan cashew nuts. kalau tak suka tak payah letak, tapi cashew nuts ni bagi kek rasa lemak
4. Tuang ke dalam loyang 6 x 6". dan bakar dalam 35 minit atau sehingga masak  ke dalam oven yang telah dipanaskan suhu ikut oven masing-masing.
5. Test dengan lidi sekiranya tak melekat boleh terus keluarkan ..sekiranya tak masak lagi sambung bakar beberapa minit
6. Boleh keluarkan dari loyang apabila dah suam - suam kuku.

Kredit : https://saranur74.blogspot.com/2012/12/kek-kurma-moist-tanpa-telur.html

Baca Juga : 



1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post