-->

Thursday, 14 October 2021

author photo
Akhirnya Lengkap Kedua - Dua Dos, Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer | Salam semua, alhamdulillah sis baru selesai "berpantang" 2 minggu selepas cucuk vaksin yang ke dua. Sis pun macam orang lain jugak, berdebar - debar sebab fikir nak kena cucuk vaksin ni. Ada yang relax, ada yang sampai bawa terfikir - fikir, bukan apa sebab dengar cerita orang cakap macam - macam simptom selepas vaksin. Itu yang sis terbawa - bawa fikir tak habis - habis.

Pengalaman cucuk vaksin Pfizer

Lagi satu, giliran sis lambat nak hujung - hujung tahun baru sampai giliran. Bila orang PPV telefon suruh datang ke PPV, terus tak senang duduk. Rasa ramai macam tu kan. Sebab dia telefon tu 3 hari sebelum kena cucuk. Nak suruh kita bersiap sedia. Dalam tempoh bersiap sedia tu macam - macam lalu lalang dalam fikiran. 

Alhamdulillah selesai sudah cucuk untuk ke dua - dua dos vaksin Pfizer. Semua ahli keluarga sis pun dah selamat vaksin belaka. Kita diuji pandemik masuk 2 tahun dah. Di kalangan dalam keluarga sis sendiri pun ada yang diuji dengan Covid. 

Sekarang ni, setiap negeri dah dalam fasa pemulihan. Perdana Menteri pun dah umum boleh rentas negeri. Sis pun tak tahu pun bila PM umum, tahu - tahu dah penuh post di facebook. Walaupun semua nampak excited dah boleh rentas negeri, tapi virus tak nampak di mata ni masih lagi ada di mana - mana. 

Yang penting, jagalah SOP elok - elok. Walaupun sekarang ni, sis pun macam tak tahu nak cakap sampai bila Covid ni nak berakhir. Cuma kita buat masa sekarang kena hidup dengan norma baharu. 

Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer Dos Pertama

Kali ini sis nak cerita lah di blog untuk kenangan pengalaman cucuk vaksin. Tak terfikir dah rasa umur dah tua ni nak cucuk vaksin lagi. Sis ni kalau ikutkan bukan nak memilih vaksin mana. Sebab masa pergi dekat PPV tak tahu pun akan kena vaksin Pfizer. 

Sis bertawakal masa tu, tak kisah lah vaksin mana - mana, yang penting kita ikhtiar untuk sama - sama jalankan tanggungjawab kita nak capai imuniti kelompok. 

Pengalaman cucuk vaksin Pfizer

3 hari sebelum nak kena cucuk ada orang call, rupanya dia nak bagi peringatan untuk temujanji nak cucuk vaksin. Temujanji nak kena cucuk hari Sabtu. Kalau korang tanya sis apa persediaan sebelum suntikan vaksin Covid 19, Sis tidur awal malam tu, sebelum pergi kat PPV makan lah untuk sarapan pagi, jangan buat tak makan. 

Malam tu juga semak kad pengenalan, letak pen dalam beg, pen memang selalu ada pun dalam beg, pastikan juga data telefon tu ok. Semua nak kena double check. Sanitizer jangan lupa letak dalam beg. 

Pada hari Sabtu, 4.9.2021, nak dekat pukul 9 pagi dah gerak dari rumah. Sis pakai double mask hari tu siap pakai face shield. Masa tu kes di Kelantan naik. Bertambah risau dekat PPV ni mesti ramai orang. 

Sampai di PPV nak dekat dalam 9:30 pagi. Nasib baik dapat jumpa parking dekat. Beratur panjang dulu, sebab petugas nak semak nama ada tak dalam senarai. Dalam 1 jam urusan nak beratur semak nama, lepas tu nak isi borang sebelum masuk dalam dewan untuk cucuk vaksin. 

Sis sepanjang menunggu giliran untuk divaksin tu berdebar - debar jugak jantung ni. Sebab banyak menunggu, jenuh dah sekejap bangun, sekejap duduk atas kerusi. 

Masuk dalam dewan menunggu lagi, cuma dalam fikiran masa ni fikir dapat vaksin apa. Sampai giliran sis, petugas nak isi details dalam kad vaksin, ternampak dia tulis Pfizer. 

Alhamdulillah masuk ruangan untuk cucuk vaksin, tak sempat tengok pun jarum. Jururawat sekali cucuk, aih siap dah. Rasanya macam kena kutil sikit masa jarum halus nak masuk dalam kulit tu jee. Selesai sudah dos pertama vaksin Pfizer. 

Pengalaman Cucuk Vaksin Pfizer Dos Kedua 

Pengalaman cucuk vaksin Pfizer

Untuk pengalaman cucuk vaksin Pfizer dos kedua ni, setelah 3 minggu dari dos pertama, seperti biasa sis gerak awal, sebelum tu pastikan benda - benda penting dah letak siap - siap dalam beg terutama sekali kad vaksin. Sampai - sampai tengok ramai orang sangat. 

Tertanya la jugak kenapa ramai orang sangat ni. Cari parking berdekatan pun susah sangat. 

Akhir sekali pusing balik pergi parking kereta depan kedai. Jauh juga nak jalan masuk. Sis tak perasan mula - mula tu, rupanya sekarang ni giliran budak sekolah kan cucuk vaksin. Patut lah ramai. Barisan untuk budak sekolah saja dah berapa barisan. 

Sampai sis tersalah masuk pergi beratur dengan budak sekolah. Nasib baik la petugas RELA tu tanya dos ke berapa. Rupanya untuk dos kedua terus masuk beratur sebelah dalam sebelum nak masuk dewan.

Sebelum nak masuk dewan beratur kat luar nak sahkan kehadiran tu macam lama sikit. Bagi kad vaksin dekat petugas tu tanya dalam tempoh 3 minggu ni kot ada demam, batuk ke, alhamdulillah sepanjang 3 minggu tu sis tak ada simptom tu semua. 

Terus dibenarkan masuk dalam dewan tak sampai 2 minit duduk sekejap, terus kena panggil untuk cucuk vaksin. Jururawat tu siap tanya nak vaksin apa hari ini. Takut kita mamai haaa. Lama nak pergi cucuk vaksin pun tak tahu vaksin apa kan. 

Berdebar punya sis, jururawat sendiri yang tolong baca bismillah sebelum letak jarum. Patutnya sis yang baca. Bila terasa sejuk dalam kulit, alhamdulillah selesa sudah dos kedua vaksin Pfizer. 

Simptom Selepas Vaksin Pfizer Dos Pertama Dan Kedua 

Sis akui berdebar jugak takut kena simptom yang berat - berat. Sebelum tu pernah la dengar cerita macam - macam ada yang demam selepas vaksin covid, ada yang sakit kepala. Panadol pun siap dah stand by kat rumah. Takut - takut simptom demam tu ada. 

Selepas cucuk vaksin Pfizer dos pertama, on the way nak balik rumah, sis terus singgah sekejap beli air kelapa muda. Buat masa ni simptom macam tak ada sangat, cuma petang tu sis berasa mengantuk sangat. Macam pelik jer tahap mengantuk tu. 

Bangun - bangun, terasa sakit kat tempat cucuk. Dalam 2 hari jugak tak berapa nak angkat tangan tinggi - tinggi. Dalam tempoh 3 minggu sebelum nak cucuk vaksin ke 2 tu, alhamdulillah tak ada apa - apa simptom. pening pun tak ada, demam pun tak ada. Syukur sangat. Risau jugak sebenarnya.

Untuk vaksin ke 2 pun, lepas balik petang tu tak rasa mengantuk. Bila malam tu, rasa mengantuk pelik, keesokan bangun pagi, baru rasa tempat cucuk sakit. Kesan sampingan pfizer dos kedua sepanjang 2 minggu tu, alhamdulillah sis tak ada


Malaysia Dah Masuk Ke Fasa Endemik 

Itu sajalah pengalaman sis nak coret di blog. Sekurang - kurangnya ada kenangan. Dah cucuk pun kena lah jaga SOP. Walaupun negara kita dah capai imuniti kelompok 90%. Covid ni tak tahu bila nak lenyap. Doakanlah moga Allah angkat wabak ini. 

Di media sosial pun sis tengok meriah orang dah mula buat aktiviti masing - masing, bila kerajaan dah umum kelonggaran banyak dah boleh rentas negeri, boleh travel, gelembung pelancongan. Lama dah kan terkurung dan bersabar. 

Tapi hanya yang dah cucuk vaksin kedua - dua jer lah. Kalau tak cucuk lagi vaksin, pergilah cucuk. adik - adik sekolah pun ramai dah cucuk vaksin.

Selain itu, banyakkan makanan yang boleh meningkatkan imuniti diri. Sejak wabak Covid datang ni dah ramai jaga pemakanan termasuk lah sis sendiri. 

Sekarang ni kerajaan dah keluarkan untuk cucuk dos penggalak pulak. Jadi, apa pandangan korang. 












This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post