Masalah Eyebag Makin Teruk ? Dapatkan Rawatan Untuk Hilangkan Eyebag Di Klinik Dr Bazilah

Salam semua, perasan tak kalau lepas nangis mesti timbul eyebag. Terjadi dekat sis jika menangis teruk sangat, memang akan timbul lah eyebag bawah mata ni. 

Ambil masa banyak hari juga nak hilang. 

Cara hilangkan eyebag

Walaupun eyebag ni bukan lah masalah kesihatan yang serius tapi mesti ada di kalangan kita yang terasa rendah diri, asyik tengok cermin, bawah mata bengkak. 

Nanti orang kata lebih berusia dari usia sebenar. Nak tutup dengan make-up satu hal. Tutup pun masih nampak lagi. 

Lagi teruk, jika kita buat tidak kisah tentang keadaan bawah mata kita, boleh cenderung terjadi lingkaran gelap bawah mata. 

Apa Itu Eyebag ? 

Eyebag merupakan masalah mata yang mengalami sembab dan bengkak pada bahagian bawah kelopak mata. 

Untuk pengetahuan korang, eyebag selalunya boleh terjadi dari air atau lemak. 

Cara hilangkan eyebag


1. Kantung air 

Sekiranya ada masalah mata sembab. Contohnya selepas menangis, sakit buah pinggang, hati atau jantung. Nama saintifik adalah periorbital edema. 

2. Kantung Lemak 

Terjadi kerana ligament bawah mata yang makin lemah. Ini menyebabkan lemak mata terbobos ke luar kawasan kantung. 

Eyebag juga terjadi seiring dengan usia semakin meningkat, struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata akan menjadi semakin lemah. 

Kenali Punca Eyebag 

Sebenarnya, ada banyak faktor yang boleh menjadi punca kepada eyebag. Di bawah ini adalah antara beberapa faktor yang disenaraikan : 

1. Keletihan, tidak cukup tidur atau pun tidur lewat. 

Tidur yang berkualiti sangat penting untuk tubuh. Tak cukup tidur sebenarnya mendatangkan banyak risiko kesihatan.

Mungkin ada yang tak tahu, manfaat kepentingan tidur yang cukup adalah, ia dapat menyingkirkan cecair lebihan di dalam badan. 

Ini juga bermaksud pengumpulan cecair di kawasan muka yang boleh menyebabkan kantung mata (eyebag) turut dapat dielakkan jika mendapat rehat secukupnya.

2. Masalah Alahan 

Alahan juga boleh menyebabkan terjadinya eyebag. Samaada alahan dari makanan, suasana persekitaran pun boleh menjadi punca. 

Jadi, kena selalu peka dengan apa yang yang tidak boleh dimakan. 

3. Merokok 

Penghidratan yang tidak cukup dan kulit kering yang dikaitkan dengan merokok boleh menyebabkan eyebag. 

4. Diet tidak seimbang

Pemakanan yang tidak seimbang pun adalah salah satu punca eyebag. Kawal juga pengambilan garam dalam makanan. 

Pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan pengekalan air dalam badan.

Cara hilangkan eyebag

5. Terlalu banyak terdedah kepada cahaya skrin 

Zaman sekarang semua maklumat di hujung jari kan. Kerap online menggunakan telefon tak kira semua gajet yang mengeluarkan cahaya boleh mengakibatkan kepada masalah mata. 

6. Keturunan 

Mungkin ramai yang tak perasan tentang ini. Eyebag juga boleh disebabkan keturunan (genetik). Cuba tengok bawah mata mak atau ayah kita, jika ada, itu memang keturunan yang diwarisi.

5 Cara Hilangkan Eyebag 

Sebenarnya banyak tips dan petua penjagaan nak hilangkan eyebag. Orang kata cara mudah dan senang nak hilangkan eyebag. 

Walaupun eyebag bukan lah masalah kesihatan yang serius, tapi ia boleh menganggu penampilan kita.

Guna cara ini walaupun nampak mudah, kena lah konsisten untuk buat kalau nak nampak hasil. 

1. Uncang teh yang telah disejukkan dijadikan masker mata. Biarkan selama 20 - 30 minit. 

2. Putih telur untuk dijadikan masker mata. Sapu bahagian bawah mata. Biarkan selama 20 minit, kemudian boleh bilas seperti biasa. 

3. Letakkan hirisan timun di bawah mata. 

4. Gunakan hirisan kentang. Caranya mudah saja, simpan ubi kentang di dalam peti sejuk semalaman. Esoknya, potong ubi kentang dan letak di atas mata. Biarkan selama 5 - 10 minit. 

5. Pengambilan air kosong yang cukup juga amat penting. 

Amalan minum air kosong yang banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. Digalakkan minum air kosong, satu atau 2 jam sebelum tidur

Selain itu, kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

Rawatan Perubatan Estetik Dan Dermatologi Di Klinik Dr Bazilah

Cara hilangkan eyebag

Walaupun ada cara senang untuk hilangkan eyebag, tapi sanggup ke nak buat secara konsisten. Sampai bila kan ?

Kalau korang nak tahu, rawatan moden pun ada untuk hilangkan eyebag. Sis nak bantu wanita dan lelaki yang ada masalah eyebag dengan buat rawatan di Klinik Dr Bazilah.

Sebelum itu, bagi yang belum tahu, Klinik Dr Bazilah adalah klinik aesthetic atau klinik kulit yang menyediakan servis untuk merawat kesakitan yang berkaitan dengan masalah kulit. 

Klinik Dr Bazilah mempunyai 3 cawangan setakat ini. Klinik yang pertama bermula di Bangi dan telah mengembangkan servis mereka di Shah Alam dan Kuala Lumpur. 

Jika korang tercari - cari klinik aesthetic Shah Alam, boleh ke klinik kulit Shah Alam. Sama juga dengan klinik lain walaupun berbeza lokasi. 

Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia 

Sis sebenarnya agak skeptikal juga dengan klinik aesthetic pada mulanya. Risau dengan sejauh mana tahap keselamatan yang digunakan. 

Tapi, bila tengok sendiri di laman web klinik Dr Bazilah, rating di Google review pun 4.9, baca sendiri testimoni pesakit yang pernah ambil servis di klinik ini. 

Cara hilangkan eyebag

Semuanya berpuas hati di atas servis yang diberikan. 

Kita nak rawatan terbaik untuk kulit kita kan, mestilah kena cari klinik yang boleh sediakan servis yang bagus.

Lagi satu, korang jangan risau Klinik Dr Bazilah ini diiktiraf dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Rawatan yang diberikan pun terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan untuk masalah dermatologi.

Apa Kaedah Rawatan Yang Digunakan Untuk Hilangkan Eyebag ? 

Cara hilangkan eyebag

Di Klinik Dr Bazilah, ada rawatan yang digunakan untuk hilangkan eyebag. 

Kelebihan rawatan eyebag ini adalah dapat meremajakan penampilan tanpa eyebag dan kedutan pada bahagian tepi mata.

Selain itu, ia merawat eyebag supaya bahagian mata nampak lebih segar dan bermaya tanpa eyebag. Best kan, bila mata kita pun kembali segar dan eyebag pun tiada lagi. 

Untuk dapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah, korang kena buat temujanji dulu. Doktor  - doktor di sana akan buat konsultasi untuk tahu tahap keadaan eyebag korang. 

Barulah, mereka cadangkan rawatan apa yang boleh dilakukan untuk merawat eyebag ini. Antara rawatan yang digunakan adalah : 

1. Rawatan filler 
2. Rawatan laser 
3. Rawatan pembedahan kecil

Korang ada masalah eyebag yang teruk ? Serah saja dekat yang pakar di Klinik Dr Bazilah. Mereka boleh bantu untuk korang dapatkan mata bebas tanpa eyebag. 

Apapun, korang boleh buat temujanji terlebih dahulu atau ada sebarang pertanyaan mengenai promosi atau rawatan, boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah : 

Whatsapp : +6019-6571563 atau click link ni http://temujanjidrbazilah.wasap.my/ 



Instagram : @klinikdrbazilah

Cara hilangkan eyebag

Cawangan Klinik Dr Bazilah

1. Klinik Dr Bazilah, Bangi 

C-10-G, Plaza Paragon Point, 
Jalan Medan Pusat Bandar 5, 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 
43650, Selangor Darul Ehsan. 

Phone : 03-8922 9681 / 0111 590 5931 

2. Klinik Dr Bazilah, Shah Alam 

R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A,
 Seksyen 13, Shah Alam, 
40100, Selangor. 

Phone : 03 5035 7359 

3. Klinik Dr Bazilah, Kuala Lumpur 

(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat) 

Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur. 

Phone : 013 8177005 

Email : klinikdrbazilah@gmail.com 

Waktu Operasi Klinik : 10.00 am – 6.00pm

Post a Comment

Previous Post Next Post