Beledo Sirap: Resepi Agar-Agar Sirap Legend yang Selalu Ada Kat Kenduri

Salam semua, kalau sebut pasal pencuci mulut legend zaman kanak-kanak, mesti ramai yang teringat beledo sirap

Di Kelantan, pencuci mulut ni memang ada nama unik beledo sirap, tapi sebenarnya makanan ni popular di seluruh Malaysia. 

Resepi agar-agar sirap mudah dan sedap, pencuci mulut klasik yang sesuai untuk kenduri.

Setiap negeri mungkin ada cara sebut yang berbeza, tapi konsepnya sama: agar-agar kenyal + sirap manis.

Beledo sirap ni bukan sahaja sedap, tapi juga mudah dibuat, murah, dan sesuai untuk semua majlis, terutama kenduri atau rumah terbuka. 

Dari kanak-kanak hingga dewasa, bila nampak beledo sirap, confirm tak sabar nak cuba!

Sejarah Ringkas Beledo Sirap

Sebenarnya, agar-agar berasal daripada rumpai laut, yang dah lama digunakan di Asia Tenggara untuk pencuci mulut. 

Orang Melayu dulu memang buat agar-agar versi tradisional, tapi resepi moden yang kita kenal hari ni mula popular bila gula putih, pewarna makanan, dan sirap mudah didapati.

Gabungan agar-agar + sirap ni memang sempurna untuk cuaca panas Malaysia: sejuk, manis, dan menyegarkan. 

Sebab mudah dibuat, ia jadi menu wajib masa kenduri, seingat sis, beledo sirap kat majlis kahwin buat letak dalam talam besar nak bagi agar - agar sirap tu sejuk. 

Lepas tu dah sejuk, baru potong letak dalam pinggan merah kenduri dulu - dulu. Siapa ada lagi pinggan tu zaman mak - mak kita lagi. 

Sis kalau malas nak fikir nak buat dessert apa kan terus terfikir beledo sirap. 

Bahan-Bahan Mudah untuk Beledo Sirap

Salah satu sebab beledo sirap legend adalah sebab bahan-bahannya sangat simple dan senang cari. 

Nak guna agar - agar tali boleh atau nak guna agar - agar serbuk pun boleh.  Ini antara bahan asas:

10 gram serbuk agar-agar
1 liter air
Setengah cawan gula pasir
Sebutir gula batu (jika suka)
Satu sudu makan sirap ros
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Mudah kan? Kalau nak buat untuk kenduri, boleh gandakan ikut jumlah tetamu. Tapi kalau korang suka, boleh gantikan gula putih tu dengan gula melaka. 

Beledo sirap atau agar-agar sirap merah dalam bekas plastik, tekstur kenyal dan menyegarkan.


Cara Buat Beledo Sirap Step-by-Step

Membuat beledo sirap sangat mudah. Ikut step mudah ni, confirm agar-agar tak hancur dan kenyal:

1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut.

2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul, dan garam.

3. Setelah semua bahan sebati, matikan api, saring, dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan.

4. Setelah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Kemudian potong dan hidangkan.

Mudah je kan? Anak-anak pun boleh tolong kacau atau tuang sirap, jadi aktiviti family-friendly juga.

Kenapa Beledo Sirap Sesuai Untuk Kenduri / Rumah

Salah satu sebab beledo sirap legend adalah sebab mudah, cepat, dan semua orang suka. Tak perlukan oven, tak perlu teknik susah, bahan pun bajet-friendly.

Di kenduri, biasanya beledo sirap siap awal, boleh buat banyak, dan paling best bila tetamu boleh ambil sendiri. Tekstur kenyal + manis sejuk memang perfect untuk cuaca panas Malaysia.

Selain tu, ia juga boleh jadi aktiviti nostalgia ramai yang bila nampak beledo sirap terus teringat masa kecil, rumah terbuka, atau kenduri kat kampung. 

Nostalgia ni boleh jadi satu cerita menarik untuk tulis kat blog juga.

Beledo Sirap vs Agar-Agar Sirap Lain

Walaupun beledo sirap ni sebenarnya sama je dengan agar-agar sirap, beza dia adalah nama dan vibe tradisional kenduri

Nama “beledo” memberi feel lokal Kelantan, terus terbayang majlis kenduri atau rumah terbuka.

Di negeri lain, pencuci mulut ni mungkin dipanggil agar-agar sirap, tapi konsepnya sama: kenyal, manis, sejuk, dan sedap

Jadi, entry ni bukan setakat bagi resepi, tapi juga highlight budaya dan nostalgia Malaysia.

Resepi agar-agar sirap mudah dan sedap, pencuci mulut klasik yang sesuai untuk kenduri.


Kesimpulan 

Banyak sebut beledo sirap nak banding sebut agar - agar sirap hii. Beledo sirap bukan sekadar pencuci mulut, tapi legend yang bawa nostalgia

Mudah, sedap, dan semua orang suka. Kalau belum pernah buat sendiri, memang patut cuba lagi-lagi untuk kenduri, rumah terbuka, atau aktiviti keluarga.

Kalau korang dah cuba buat beledo sirap, jangan lupa kongsi pengalaman kat komen blog. Ada ke yang tak pernah buat hii. 

Mungkin bagi yang lain ala beledo sirap macam simple sangat la kan. rasa pun sirap je. Tapi beledo sirap ni la sis dok ulang buat masa bulan puasa haaa.. 

Sekarang ni nak cantik sikit boleh letak dalam bentuk acuan yang comel. Siapa tahu, mungkin orang lain pun teringat nostalgia mereka dengan beledo sirap!

1 Comments

  1. owh baru kak ana tahu ada nama beledo sirap , selalu panggil agar-agar merah je Wani :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post