Salam semua, siapa ingat zaman double sided pan mula trending dulu? Pan yang boleh terbalik tu dulu rasa macam “invention of the century” untuk semua suri rumah, anak muda yang baru mula belajar masak, bahkan chef-cehef amatur!
Dulu-dulu, semua orang guna pan ni macam-macam dari ikan bakar, ayam panggang, roti john, sampai kek dan lasagna versi pan.
Rasanya kalau tanya siapa yang ada pan ni, mesti ada nostalgia tersendiri kan.
Bau ikan bakar yang melekat sikit dekat pan, rasa puas hati bila masakan tak melekat, dan semua orang rasa macam chef kejap.
Sekarang, walaupun zaman dah berubah, double sided pan masih relevan. Ada yang simpan kat dapur, tapi tak tahu nak guna untuk apa.
Ada yang fikir “ah, dah ada oven, tak payah lagi pan ni”. Oven zaman sekarang dah ad versi dula function nak kukus terus dalam oven pun boleh. Haih macam - macam kan.
Tapi percaya lah, ada masanya pan ni lebih jimat, cepat, dan praktikal berbanding oven.
Contohnya untuk makaroni bakar, yang biasanya orang buat dalam oven, tapi sebenarnya boleh dapat result yang sedap, moist hanya guna double sided pan.
Kenapa Makaroni Bakar Sesuai Guna Double Sided Pan
Kalau dulu pan ni sinonim dengan masakan kampung atau bakar-bakar, sebenarnya sejak zaman pan ni naik nama dah ramai orang cuba resepi bakar guna pan ni.
Sekarang ia boleh buat menu moden tanpa susah payah. Dengan double sided pan, makaroni bakar boleh:
1. Masak cepat, tak perlu panaskan oven besar.
2. Dapat tekstur sedikit “bakar” tapi tetap moist.
3. Sesuai untuk keluarga, potluck, atau hanya nak makan sendiri tanpa effort banyak.
Bila sis tengok double sided pan yang sis beli ni besar la jugak, terlintas nak buat makaroni bakar yan pernah viral guna pan ni zaman kemuncak dulu - dulu.
Saiz pan ni agak besar, jadi dah ada 2 pan la kat rumah ni.
Dan yang paling best? Kita boleh gabungkan nostalgia dengan menu moden, macam balik ke zaman viral dulu tapi dengan twist baru.
Resepi Makaroni Bakar Guna Double Sided Pan (Dengan Daging Cincang)
Kalau nak sedap baik guna daging cincang banding ayam, tapi tak pe pilihan masing - masing. Simple je resepinya
Untuk makaroni bakar ni sis tak letak topping cheese tau, memang bakar simple gitu je. Kalau nak tambah topping cheese pun lagi sedap.
Nota : Sis guna Brand Dessini ] Double Sided Pan saiz 36 cm. Pan ni berat sikit sebab besar la jugak. Kalau nak panggang ikan tu puas hati yang besar - besar.
Tapi, kalau nak bake makaroni bakar ni elok kalau ada plate tu satu. Baru, makaroni tu masak sekata dan tak burn.
Kalau nak tengok model yang sama, boleh klik SINI
Cara Masak:
Bahan - Bahan 300gm makaroni pasta
500 gm daging cincang
1 paket cendawan shitake dihiris sederhana nipis
1 pokok daun sup ( depend nak letak banyak mana )
Garam secukup rasa
1 paket serbuk kari Babas
1 labu bawang kuning sederhana
5 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
7 biji telur gred B
Cara Penyediaan
1. Dalam periuk masukkan air dan letak garam. Setelah mendidih, rebus makaroni hingga al dente. Jangan terlalu lembik.
2. Sejatkan dalam penapis
3. Bawang kuning, bawang putih dan bawang merah dikisar tanpa air.
4. Panaskan minyak dalam pan, masukkan segala bawang kisar tadi dan tumis hingga naik bau.
5. Kemudian, masukkan daging cincang, kacau rata sekejap. Kemudian masukkan serbuk kari.
6. Tumis hingga naik bau dan masak. Masukkan garam secukupnya dan kacau rata.
7. Masukkan cendawan shitake dan daun sup. Kacau rata.
8. Akhir sekali masukkan makaroni dan gaul hingga rata. Boleh tutup api ya masa tengah gaul tu.
9. Perasakan dengan garam lagi jika tak cukup masin.
10. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit garam.
11. Kemudian, tuangkan telur ke dalam makaroni dan kacau rata.
12. Pindahkan ke dalam double sided pan dan letak atas dapur
13. Bakar dengan api kecil saja ya dalam 9 minit setiap side. Kemudian balikkan sebelah lagi, sambil tu buka tengok dah nampak garing sikit tak permukaan atas tu.
14. Jangan lamajugak tau sebab nak bagi masak telur tu je yang dah gaul dalam makaroni.
15. Bila dah masak kedua2 belah, boleh tutup api.
Nota
Kena selalu tengok2 jugak setiap kali balikkan takut hangit sebab itu kena bakar guna api kecil.
Double sided pan yang sis guna saiz 36 cm. ngam2 dengan makaroni dalam tu.
Kalau nak masukkan lada burung cincang nak bagi rasa pedas sikit, boleh je letak.
Yang penting
✔️ Rebus makaroni sampai al dente bukan lembik
✔️ Tumis daging cincang bersama kulat shiitake & perisa lain
✔️ Gaul makaroni dengan bahan daging cincang
✔️ Bakar menggunakan Dessini double sided pan (tak perlu oven pun jadi!)
Untuk masak bahan-bahan tumisan & rebus makaroni, saya guna periuk non-stick Dessini memang best sebab tak melekat & senang cuci.
Bila tiba masa nak bakar, double sided pan Dessini jadi penyelamat sebab cepat, jimat tenaga & hasil pun tetap moist.
Menu ni sesuai sangat kalau nak buat untuk makan malam, berbuka, potluck, bekal anak sekolah atau bila teringin nak makan “western” homemade.
Tips & Tricks Untuk Makaroni Bakar Double Sided Pan
Salah satu perkara paling penting bila guna double sided pan ialah kawalan api. Untuk elak makaroni hangit, gunakan api kecik sekali.
Tapi sis nak share la kali pertama buat hangit tau api memang guna api kecik sekali. tapi dapur sis ni jenis api kecik pun nampak macam api besar.
Kena pandai kawal api dan masa pun penting jugak Tengok dalam 8 minit macam tu boleh terbalikkan sebelah lagi.
Kali ke 2 bakar terasa nak guna plate heater ni dah lama jugak beli tapi tu lah tak terlintas nak guna masa bakar makarani kali pertama.
Dengan sedikit kesabaran, hasilnya makaroni bakar akan keluar dengan permukaan yang sedikit garing tapi tetap moist di dalam.
Kalau suka variasi rasa, jangan segan untuk bermain dengan perisa tambahan. Nak pedas? Tambah sos cili atau chili flakes ikut tahap kepedasan yang disukai. Nak lebih berkhasiat atau warna menarik?
Kalau minat sayur - syaur, masukkan sayur seperti jagung, capsicum atau carrot cincang. Selain menambah nutrisi, warna-warni sayur ni buat hidangan lebih menarik dan berselera.
Post a Comment