20 February 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

akar teratai

Tak habis lagi nak bercerita pasal Tahun Baru Cina. Setiap kali nak raya, memang Wani asyik la dalam supermarket :D.. cari benda rare. Kalau tak, takkan taip dah entri kat sini. Apa yang nak cari tu, tengok gambar atas ya. Kali pertama dengar lengau hihi ke Wani jer yang jakun, orang lain dah biasa dah, nak cari akar teratai. Lepas dengar lengau belek- belek kejap takut bukan akar teratai, sebab stok yang sampai ni besar sangat. Kali ini ada 2 kotak.

Rupanya memang betul dah akar teratai tu. Jakun pulak bila dengar lengau. XD. Akar teratai memang susah nak jumpa, kalau bukan musim raya. Kalau di luar musim perayaan pun memang susah jugak nak cari. haih. Agaknya sekitar kat sini kot. sebab supermarket ni dekat area ni jerr. Wani tak pergi jauh, nak beli barang dapur. Mungkin kalau kat Tesco ke Aeon mall tu ada kot.

Sejak cuba masak dan jatuh hati kat akar teratai, Kadang-kadang, tengok -tengok la jugak kot ada. Kalau ada tu nasib la juga ya. Bukan senang nak ada. Tengah Wani belek-belek akar teratai tu lalu pekerja kat situ. Sebab tengah cari yang saiz tak besar mana. Dia pun tolong la belek-belek, Wani mulakan perbualan tanya 2 kotak ni jerr sampai. Dia cakap ya sebab nak raya ni kan. Dia pun sendiri cakap jarang juga ambil stok akar teratai ni.Tanya balik kot sempat habis semua ke ni. Dia cakap habis semua.

Kebetulan dia tanya, masak apa ya akar teratai sebab bukan jenis sayur orang melayu makan. XD. Terus cakap kat dia, kalau goreng ni lagi sedap daripada ubi kayu. Dia macam tak percaya tau, Wani bagi tahu lagi macam-macam boleh buat masuk dalam sup boleh, goreng boleh. Tengok mimik muka dia baru angguk-angguk, dia cakap macam nak cuba goreng jerr hihi..

Wani ambil dalam tiga ketul, nanti next entri kita tunjuk ya masak apa dengan akar teratai tu. Jarang oohh nak masak guna akar teratai.


Jalan- jalan lalu jumpa ngaku pulak.Setahun sekali nak jumpa ngaku :D. Terkejut tengok ke harga, naik mendadak dah harga. Dulu rajin nak menyagat goreng masa permulaan kenal ngaku ni. Adui, sekarang tak kuasa nak mengadap kuali huu..

Bertuah di Malaysia, musim perayaan macam-macam jumpa dan boleh cuba jugak.. :). Tertarik dengan dekorasi simple yang dijual kat bahagian bawah. Kita tak jalan jauh, tak kuasa huu.Asyik tak kuasa jerr.. .Kalau tak, ada lagi dekorasi yang menarik kan.


This post have 5 komentar

avatar
Hans delete February 20, 2018 at 10:26 PM

saya baru 1st time dengar lengau tu
hahaha

Reply
avatar
Ibu Syurga delete February 21, 2018 at 9:31 AM

Dalam ubi kayu tinggi kandungan msg semulajadi, kalau lengau lagi sedap dari ubi kayu goreng.

Hmm agaknya ada msg juga tu

WAllahualam

Reply
avatar
Azmi Writer delete February 22, 2018 at 10:34 AM

Lepas ni boleh campak teratai banyak banyak dalam parit. Lebih baik daripada biar keladi bunting tumbuh.

Boleh ambil lengau buat goreng macam ubi kayu

Reply
avatar
Raydah delete February 22, 2018 at 8:11 PM

omg this i my very first time dengar

Reply
avatar
Auni Sofea delete February 24, 2018 at 2:41 AM

Nanti update balik akar teratai tu ye Wani, nak tau jugak masak macammana

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram