-->

Friday, 23 February 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..

masak lemak pucuk labu

Entri dalam draft.Susah nak jumpa pucuk labu, tapi bila dah jumpa ambil terus tak toleh belakang dah. hihi. Siapa peminat pucuk labu ? Biasanya korang masak apa. Kalau Wani masak lemak pucuk labu dah. Berkuah sikit. Makan pulak mesti kena ada budu dan ikan kering. Memang gabungan yang mantap ok 3 menu ini. Budu berpisah tiada, mesti wajib ada. :D.

Ambil 2 ikat dah dalam Rm 2 lebih tak silap tak sampai pun Rm 3. Biasanya kalau nak kuah lebih sedap, kena masukkan isi ikan yang telah ditumbuk baru sedap. Tengah masak tu pun dah bau macam kuah laksa.


Sebelum nak mula masak, biasanya dah siap bersihkan pucuk labu ni awal. Saja nak menjimatkan masa. :D. Cuma kurang pasti pucuk labu yang mana satu sebab labu kan banyak jenis.


Ke semua bahan tumbuk sekali dengan isi ikan. Sedap letak isi ikan, kuah nampak pekat sikit. Rasa pun berbeza tau dengan yang tak letak isi ikan. Tapi kalau tak nak letak isi ikan boleh ganti dengan ikan bilis.Resepi kat bawah ya cuma tak letak sukatan santan. Ini pun suka hati letak santan banyak mana :D. Selamat mencuba


MASAK LEMAK PUCUK LABU

BAHAN-BAHAN

2 ikat pucuk labu, dibersihkan dan ambil daun dan batang yang lembut
5 ulas bawang merah
1/2 sudu teh biji lada hitam
2 ekor ikan bakar ambil isi sahaja
santan pekat secukupnya  ( korang boleh agak, kalau nak kuah banyak letak lah banyak )
ubi keledek yang telah dipotong bulat secukupnya
garam secukup rasa

CARA- CARA

1. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus
2. Kemudian masukkan isi ikan bakar dan tumbuk lagi
3. Dalam periuk, masukkan santan pekat, campur air dan juga bahan tumbuk
4. Masukkan juga potongan ubi keledek dan juga sedikit garam.
5. Kemudian, masak atas dapur kacau ke semua bahan yang dimasukkan tadi sehingga mendidih
6.Bila ubi keledek dah separa lembut boleh masukkan pucuk labu, masak sehingga lembut. Nanti tudung sekejap nak bagi pucuk labu cepat lembut sambil balik-balikkan dalam periuk
7. Boleh tutup api bila dah masak, perasakan dengan garam sekiranya tak cukup perasa.

Nota: tiada sukatan untuk santan, boleh agak sendiri ya 

This post have 2 komentar

avatar
Nurzarini Ismail delete 23 February 2018 at 06:05

Nampak sedap je, dah lama tak makan ni

Reply
avatar
Ana Suhana delete 24 February 2018 at 22:45

Masak labu kalau sesekali masak laku keras ni. Kena dgn sambal belacan memang kena sgt.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang