OVERNIGHT OATS TAK JEMU MAKAN - Blog Wani Sukarno

13 February 2018

OVERNIGHT OATS TAK JEMU MAKAN

ASSALAMUALAIKUM..

Salam semua

Lama dah peram gambar ni. Gambar tahun lepas lagi hii. Ingat nak buat koleksi untuk variasi overnight oats kan, sampai sekarang asyik 3 gambar ni jerr hii..Jadi kena post jugak walaupun 3 gambar. Tengok gambar, rasa macam lama dah tak buat overnight oats.

Sebenarnya, Wani lebih suka letak topping macam-macam. Dan biasanya letak kacang merah rebus. Kalau korang boleh telan boleh lah buat macam ni. Untuk yogurt, Wani lebih suka guna natural plain yogurt. Kalau korang nak guna greek yogurt pun boleh, tapi tekak Wani tak boleh terima nak makan dengan oats sebab terlalu masam XD. Kalau yang narutal plain yogurt tu ok sikit.

Kalau nak tengok yang versi yang wani biasa buat boleh klik SINI. Gambar kat bawah topping yang biasa letak. InsyaAllah kalau ada kelainan topping nanti nak edit balik kat sini. Gambar ni tahun lepas lagi, sebab tu ada limau mandarin sebagai topping. Rasa masa musim nak raya tahun baru cina buat overnight oats ni.Sedap ohh.. Lama dah tak buat ni rasa rindu balik.

Nak resepi, boleh baca kat bawah sekali. Boleh lah cuba ya. Overnight oats memang sedap, lagi kalau buat amalan lagi bagus.

overnight oats

Topping ada limau mandarin, ada kidney red bean rebus dan ada bijan. Limau mandarin tu letak masa nak makan 


Topping ada tembikai dan bijan. Ikut buah apa ada dah jadi topping :D


Topping ada limau mandarin dan juga bijan. Suka sangat letak bijan.

OVERNIGHT OATS

BAHAN - BAHAN 

Oats ( guna dalam 3 ke 4 sudu besar ) 
Susu full cream milk ( ikut suka atau tuang biar oats nampak diserap )
Natural plain yogurt ( dalam 3 ke 4 sudu besar )
Dried apricot dicincang (guna dalam 4 ke 5 biji )

CARA - CARA 

1. Satukan susu, yogurt, oats dan dried apricot dalam satu bekas. Gaul sehingga kesemuanya sebati
2.sejukkan semalaman sebelum makan baru sedap.. 

Mudahkan resepi. Berulangkali wani buat. Bila Habis buat lagi nak makan keesokan hari..

7 comments:

Ana Suhana said...

Ana selalu masa bulan puasa rajin buat. lepas tu senyap je. Ni mcm nk ulang semula buat sebab makan macam2 lately ni.

Cik Ash said...

sedapnya boleh cuba nanti kalau rajin la

Husniey Husain said...

Rajinnya kak wani, banyak jenis overnight oat tu

Juls Julie80 said...

rajinnya buat..kite ade jer stok oat kat umah tu tp ntah nak buatnyer...heheheh tgk orang lain buat, terliur plakk..hehehe

Hans said...

saya oat memang susah nak telan
letak lah apa pun
hahaha

Shikin Razali said...

Nampak sedap aje oats nie kak Wani.. Nanti nak buatlah..

mamapp said...

Wah bestnya... Tak pernah buat LG macam ni