16 December 2016

OVERNIGHT OATS

ASSALAMUALAIKUM..


Sejak overnight oats menjadi viral tak tahu bila tahun ni ke. sampai wani sendiri pun terjebak nak buat. Mula - mula tak berapa suka, lama - lama menjadi kegemaran lagipun ada bahan penting yang wani suka iaitu yogurt, bila digabungkan sekali dengan oats dan susu serta buah - buahan kering ataupun kalau nak sedap lagi letak lah segala jenis berries lagi sedap kan.. kita kat sini kalau lah ada musim berries berbuah macam durian tu,, lagi lah syok makan kan hiiii..

Dulu kalau sebut oats, susah sangat nak telan, buat macam ni laju jer telan. Dalam gambar tu yang dah siap, gaulkan kesemua biar sebati, chill kan semalaman dalam peti, baru sedap makan. Kadang - kadang wani buat malam makan pagi, kadang - kadang buat petang pagi esok baru makan..tahan lama sikit, bergantung expiry yogurt lah.. kalau yogurt dah nak expired esok, baru nak buat hari ini.. alamat ke cik tong la jawabnya


Dalam overnight oats ni wani tak letak gula, kan nak makan sihat, lama - lama makan dah terbiasa, lagipun wani guna yogurt asli plain yogurt, kalau nak guna yogurt yang flavored yogurt pun boleh tak kisah. Dan wani hanya masukkan dried apricot.. tak kisah sebenarnya nak masuk buah apa pun ,,kita yang buat dia kan.. lagipun yang ni jer ada dalam stok. Kalau guna plain yogurt ni .. kalau nak terasa manis sikit, boleh lah tambah beberapa titisan stevia

Dried apricot bagi wani ia masam manis, bila dah sebati dengan oats, ia jadi kembang dan lembut..sedap..

Oklah kita tengok resepi nya..resepinya suka hati kalian nak letak banyak mana



OVERNIGHT OATS

BAHAN - BAHAN 

Oats ( guna dalam 3 ke 4 sudu besar ) 
Susu full cream milk ( ikut suka atau tuang biar oats nampak diserap )
Natural plain yogurt ( dalam 3 ke 4 sudu besar )
Dried apricot dicincang (guna dalam 4 ke 5 biji )

CARA - CARA 

1. Satukan susu, yogurt, oats dan dried apricot dalam satu bekas. Gaul sehingga kesemuanya sebati
2.sejukkan semalaman sebelum makan baru sedap.. 

Mudahkan resepi. Berulangkali wani buat. Bila Habis buat lagi nak makan keesokan hari..

Komen
4 Komen

4 comments:

Mazni Azmi said...

Maznee pun selalu juga makan overnight oat dengan suami. Sedap

Tambah banyak buah. Kalau buah lembik masa nak makan baru letak

Warisan Petani said...

Tekak pakcik X berapa lalu nak telan oat.
Tau oat ni makanan yang bagus untuk kesihatan.

Busyra Bt Takiyudin said...

busyra bukan penggemar oat. tp kawan busyra dulu satu kolej mmg suka gila makan oat.

ayunie ramli said...

aaa, bile agknya mek nk buat ni. buat dalam pantang la. aci tak?

Blog Wani Sukarno Copyright © 2018. Designed by MaiGraphicDesign