CHICKPEAS REBUS NOXXA - Blog Wani Sukarno

01 March 2018

CHICKPEAS REBUS NOXXA

ASSALAMUALAIKUM..

Siapa peminat kacang kuda. Ada tak. Rasa semua suka makan kacang kuda ke ada yang tak suka. Lama dah rasa tak rebus kacang kuda. Kalau dulu ingat nak makan kacang kuda fikir macam lambat nak masak, rebus lama sangat

Kali ini walaupun sangat simple resepinya, kita tunjuk juga kat sini. hihi. Tapi makan kacang ni asyik nak buang angin jer la kerja :D. Kembung perut pun ada jugak adui. Tapi nikmat makan kacang kuda. Resepi kat bawah sekali ya. Layan gambar- gambar di bawah.

Kalau rendam dulu kacang tak lama sangat la rebusnya. sebab dah rendam. Tapi kalau tak rendam pun tak apa kena rebus dalam 40 minit.Kalau rasa macam nak lembut lagi tambah masa. Senang jerr kan tekan - tekan jerr. Kalau nak rebus masak cepat, rajin-rajin rendam ya.

kacang kuda rebus noxxa





CHICKPEAS REBUS NOXXA

BAHAN-BAHAN

Kacang kuda secukupnya direndam semalaman
2 tangkai daun kari
Garam

CARA-CARA

1. Kacang kuda yang telah direndam semalaman dibuang air dan sejatkan

2. Kemudian, masukkan ke dalam periuk noxxa, letak air paras kacang

3. Masukkan 2 tangkai daun kari, ambil daun sahaja dan kemudian letak garam secukupnya

4. Tekan high pressure selama 11 minit dan kemudian tekan on

5. Pastikan tombol ke pressure

6. Selepas bunyi beep, putar tombol ke steam untuk lepaskan wap

7. Buka tudung, tuang periuk ke dalam penapis untuk sejatkan kacang kuda.

8. Sedia untuk dimakan.



3 comments:

Hans said...

saya kacang kuda kurang sikit
ehhehe

Azmi Writer said...

Makan ke kacang memang banyak khasiat untuk kesihatan

Cik Ash said...

Suka makan gak lama tak beli sebab nak rebus dia lama sangat.. Hahahaha.. Kena kumpul duit beli noxxa la nanti