Friday, 9 August 2019

author photo
Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa ( Sukatan Cawan ) Memang Menjadi Sarangnya || Salam semua, hari ini dah hari Jumaat bersamaan 8 Zulhijjah 1440. Ahad ni dah raya haji. Apa persiapan korang semua. Kenapa macam tak rasa nak raya ni huu. Raya haji ni tak macam raya puasa. Ada yang dah balik kampung tak ? Tengok orang lain dah siap balut ketupat palas bagai uih. Kita ala kadar jerr planning nak buat nasi dagang hari raya sebab lepas tu nak terus balik kampung Rantau Panjang hari raya tu.

Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa ( Sukatan Cawan ) Memang Menjadi Sarangnya

Hari ini nak kongsi resepi kek sarang semut yang mudah tanpa perap guna periuk noxxa untuk sukatan cawan. Kali pertama buat tak sangka pulak menjadi sarangnya dan tak payah perap pun. Bila tengok geng noxxarians asyik up gambar kek sarang semut yang menjadi berkobar - kobar sangat nak buat tapi dalam masa yang sama takut. hii. Takut tak menjadi sarangnya lagi haru.

Tak pernah nak bakar kek dalam periuk noxxa ni. Biasanya bakar dalam oven jerr. Itu yang tergerak nak mencubanya. Alhamdulillah menjadi jugak walau kali pertama buat. Biasalah kek lama ni orang lama memang suka. Kita pun suka. Kek sarang semut ni dah menjadi hidangan wajib setiap kali raya.

Berdebar masa nak potong tu, sekali tengok wahh cantiknya sarang dia. Yang penting tak payah perap. Ok, eksperimen menjadi tak payah la nak perap bagai, banyak masa rugi. Kita pun banyak kerja lain nak buat.

Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa ( Sukatan Cawan ) Memang Menjadi Sarangnya

Kalau nak dapatkan warna kek yang lebih gelap, kena hanguskan lagi gula sampai gelap. Kita memang suka pahit sikit, sebab itu goreng sampai lama sikit, sampai gula cair dan berbuih baru masukkan air panas. Orang kata pahit, tapi tak adalah rasa pahit sangat. Lebih nampak seksi bila warna gelap :D.

Nampaknya lebih mudah nak bakar dalam periuk berbanding oven, sebab masa tak lama dalam 25 minit jerr steam dah siap sebijik kek. Kalau sesiapa nak cuba, resepi ada dibawah sudah diolah nak buat kurang manis, sedang elok manisnya.

Orang takut sangat nak buat kek ni sebab selalu bagi kejutan sama ada jadi sarang ke tidak hii. Nak lagi clear, jemput tonton video di bawah ya. Sudi -sudi lah subscribe channel saya. Terima kasih. :)


Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa ( Sukatan Cawan ) Memang Menjadi Sarangnya

Bahan - bahan untuk karamel
3/4 cawan gula kasar
1 cawan air panas
1 1/2 sudu mentega

Cara - cara 
Guna api kecil, hanguskan gula sehingga keperang-perangan. Masukkan air panas sikit - sikit dan kacau sehingga gula cair. Tutup api dan kemudian masukkan mentega kacau sehingga cair. Ketepikan.

Bahan-Bahan
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/3 cawan susu pekat

Cara-caranya:
1. Ayak tepung  dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan 4 biji telur, susu pekat dan esen vanila
3. Kacau sehingga semua bahan sebati
4. Kemudian, tuangkan karamel ke dalam adunan telur dan kacau sekejap
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata sehingga tiada ketulan tepung
6. Alaskan inner noxxa dengan kertas baking,tapis adunan masuk ke dalam inner noxxa, nak elakkan ada ketulan tepung
7. Masukkan inner ke dalam periuk noxxa, tutup tudung dan tekan steam 25 minit, pastikan tombol ke arah steam
8. Abaikan jika keluar bunyi, mode steam memang berbunyi sampai habis masa
9. Dah bunyi beep, tekan off dan biarkan 5 minit. Selepas 5 minit, buka tudung keluarkan inner noxxa
10. Sejukkan sekejap ,rasa macam dah boleh pegang inner, boleh keluarkan dengan hati - hati letak dalam pinggan
11. Boleh potong dan hidangkan

Tips:
1. Untuk dapatkan kek yang berlubang, potong kek di tengah, kemudian tengok arah garisan kek
2. Potong kek melintangi garisan

Baca sini >>> Resepi Dan Cara Masak Lemang Noxxa Guna Buluh,Senang,Cepat Dan Jimat Masa
Baca sini >>> 20 Resepi Periuk Noxxa Yang Sangat Mudah, Cepat Dan Jimat Masa
Baca sini >>> Cara Masak Nasi Dagang Noxxa 8 Minit

This post have 4 komentar

avatar
Ciktie delete 9 August 2019 at 21:40

Terliurlah pula kek ni kakwani. Tapi warnanya tu betul seksi. Lawa sangat

Reply
avatar
Fuzy Hamid delete 15 August 2019 at 21:45

kek sarang semut ni pun fav..tapi x pandai buat

Reply
avatar
AZ .Com delete 28 August 2019 at 07:50

Humm kenape nampak sedap sangat ni.. Nak makan jugak hehe

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 26 September 2019 at 20:45

my mum dulu suka buat kek sarang semut ni

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang