NASI TUMPANG KELANTAN DARI DAPUR MAMA - Blog Wani Sukarno

12 April 2018

NASI TUMPANG KELANTAN DARI DAPUR MAMA

ASSALAMUALAIKUM...

nasi tumpang

Nasi Tumpang, Pernah dengar tak ?. Kalau orang luar dari Kelantan memang tak berapa nak kenal dengan nasi tumpang. Kalau orang Kelantan sendiri tak kenal tak tahu lah hihi.

Kalau area kawasan berdekatan memang payah sikit nak jumpa, kena pergi tempat makan yang ramai orang, confirm nasi tumpang pun ada. Sebabnya nasi tumpang laku sangat like hot cake. Sekejap jerr kalau letak atas meja. Biasanya nasi tumpang sebelah pagi ada jual tapi kan adik ada terbeli nasi tumpang sebelah petang, terkejut jugak aik petang- petang pun ada lagi nasi tumpang. Dia cakap beli dekat area Kubang Kerian.

Wani memang penggemar nasi tumpang tapi tu la bukan senang nak beli, dan biasanya orang makan untuk sarapan pagi. Yang ini pun bukan senang nak beli, dan ada hari itu abah terlajak dah ke Wakaf Che Yeh dan dia terbeli nasi tumpang, sebab dah terlajak tanya si penjual tersebut nak letak balik, nampak muka kasihan kat adik tu. Harga memang mahal la RM 4 lebih. Katanya adik tu sebab ada udang galah. Memang diakui harga makin lama makin naik lerr nasi tumpang.


Kali ini nasi tumpang siap ada sticker peniaga yang menjual nasi tumpang. Kalau nak order boleh lah ya di Dapur mama.

Keunikan Nasi tumpang sebab ia berbentuk kon yang panjang yang menggunakan daun pisang. Dapat dilihat di sini gambaran penuh ada ciri masakan tradisi sebab guna daun pisang. Mungkin orang ingat nasi apa balut dengan daun pisang macam tu, mungkin ada yang menyangka nasi yang berbiji - biji tu kan, Bukan tauuu...

Macam mana boleh masuk dalam daun pisang dan seterussnya dijadikan bentuk kon, nasi yang digunakan adalah  lembik macam nak buat nasi impit tu.. panas - panas terus dimasukkan ke dalam kon daun pisang dan diselang - selikan dengan sambal ikan , sambal udang , sambal telur goreng. Biasanya ketiga - tiga menu tersebut memang akan ada dalam nasi tumpang. Nasi dimampatkan sehingga memenuhi ruang dalam kon daun pisang. Kemudian dikemaskan bahagian atas. Jadilah nasi kon eh nasi tumpang. hihi

Tak berapa tahu sejarah macam mana boleh panggil nasi tumpang hiii..


Rujuk gambar atas, macam tu lah rupa nasi tumpang. nasi yang telah diimpitkan, kalau orang yang jenis tak lalu makan atau nak mengunyah nasi tumpang memang sesuai dah.

Review sikit untuk nasi tumpang dari Dapur Mama, biasanya Wani makan yang sambal udang tu memang masuk lah dengan nasi tumpang. tapi yang ini macam percik udang. huu..ini kali pertama jumpa, tapi tak tahu lah kot dia nak buat kelainan sikit. Tapi alhamdulillah, keseluruhannya sedap. Sebaik sahaja buka gulungan daun pisang tu, bau dah menusuk hidung dah. Dan bentuk nasi pun dah macam kon. :). Tapi dalam gambar, tak sempat habis nak buka daun pisang dah putus 2 :D.

Nasi tumpang sangat rekomen sangat kepada orang yang di luar Kelantan nak yang datang melawat Kelantan nak mencuba menu unik di Kelantan. Kalau datang melawat Kelantan jangan lupa  makan nasi tumpang dan biasanya jual  pada sebelah pagi. Kalau jumpa sebelah petang tu memang beruntung sangat. Oh lupa ini food review yang tak berbayar ya,

7 comments:

Husniey Husain said...

Teringin nak rasa nasi tumpang, boleh masukkan dalam list ni kalau husniey ke Kelantan nanti.. 😍

Cik Ash said...

memang sedap makan nasi tumpang sama la kelik kelate aritu makan petang gak siap ada entri dekat blog

mamapp said...

rasanya mama boleh telah ni. nak cuba belilah. ada jual di pasar area mama sini

Ibu Syurga said...

Ibu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis wani.

Nampak macam lontong tapi cersi kon

Abam Kie said...

di Tanah Merah ni pun susah nak cari nasi tumpang. dlm pasar tu mungkin ada la tp sikit je la...

Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

Siqah Hussin said...

Masa Siqah belajar kat Kelantan dulu, tak pernah pulak nampak or tahu nasi tumpang.

Menarik idea nasi tumpang ni. Cantik betul nampak tegak berdiri begitu. Hii.

Wani, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah ye :)

SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

adianiez AIDA said...

selalu dgr ni.
tapi tak pernah jumpa and beli. apatah lagi memakannya.
kalau jumpa, maybe aida x perasan kot.
very rare kan nasi tumpang ni.
next kalu ke wakaf che yeh, boleh la cari dan rasa.