BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL - Blog Wani Sukarno

08 September 2018

BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL

ASSALAMUALAIKUM


BUAH MATA KUCING BRAZIL ATAU LONGAN BRAZIL || Ramai tak yang kenal buah ni. Baru post gambar buah mata kucing Brazil di facebook, ada yang kenal dan ada yang masih tak kenal dengan buah ni. Dulu ada post juga di blog. Sebab jakun tak berapa kenal dengan buah ni, saiz besar isi pulak tebal rasa macam laici dan mata kucing.

Sampai sekarang panggil buah mata kucing Brazil, tapi tengok ke komen rakan -rakan di facebook ada yang panggil buah ketuk, biasa banyak di Sarawak, ada yang panggil longan kristal. Macam - macam nama rupanya.

Pokok mata kucing Brazil usia dah hampir 7 tahun abah yang tanam, Sepatutnya ada 2 pokok tapi belakang bilik dah tebang sebab nampak makin membesar tinggi, tak sesuai pula nak bagi hidup lama - lama akhirnya terpaksa tebang. Yang kutip hasil sekarang ini pokok kedua. Alhamdulillah permulaan pokok ini berbuah, boleh makan hasil, walaupun pertama kali merasa dah sedap sebab rasa macam buah mata kucing dan laici tapi lagi sedap.


Besar kan saiz buah mata kucing Brazil ni. tapi lama - kelamaan pokok nya macam dah naik ulat, daun pun dimakan ulat sebab nampak berlubang sana - sini. Tapi, walaupun nazak kena dimakan ulat pun, pokok masih berbuah, nampak dia fighting sangat- sangat. adeh dah macam cerita pulak :D. Kadang- kadang tengah berbuah, ada satu masa buah tanggal satu -satu dari tangkai. Lepas tu, berbuah balik, usaha juga pokok ni nak berbuah.

Sampai satu tahap buah tak boleh makan langsung sebab dimakan ulat. ada satu musim adalah ulat, ada satu musim tak ada ulat. Rezeki kalau boleh makan ada lah rezekinya. Rata - rata yang komen di facebook semua pakat tebang yang mana ada pokok lah sebab tak tahan ulat huu.. Nasib baik lah abah ku jenis sabar, walaupun dimakan ulat, tapi ada satu musim tak dimakan ulat, alhamdulillah tahun ini boleh kutip hasil.


Ada yang cakap just ketuk jerr buah ni memang terbelah terus, tapi perasan bila buah ni jatuh ke tanah terus terbelah, agaknya kulit buah ini masih segar dari pokok, memanglah jatuh terbelah terus. Cuba buat lepas beberapa jam kutip buah ni, macam tak jadi pun. sebab kulit dah layu kot hii. end up, kupas jer dengan jari tak pun dengan pisau.

Buah mata kucing kalau lepas dibuang kulit luar, memang korang akan nampak macam satu lapisan lain kat dalam. Macam selaput nak lindungi isi dalam, Kena buang lapisan ini baru basuh dan boleh makan. Buah ini ambil tak berapa matang. tapi rasanya dah manis - manis manja sedap dah. Kalau tinggal lama lagi atas pokok tu memang akan menjadi manis. Bagi Wani tak berapa nak sedap sikit sebab suka makan yang manis - manis manja macam ni.


Disebabkan ambil buah ini pra matang. Kena basuh tonyoh sikit bagi lapisan kat dalam tu tanggal baru boleh makan. Yang paling suka isi dia tebal. Dan bijinya memang besar sikit. sekali terjumpa bijinya pun ada macam dah bercambah.


Buah ni tak sure sangat, rasanya belum menembusi mana - mana kat pasar sini sebab tak ada pun nampak orang jual, biasanya tanam sendiri dalam pagar rumah dan tuai hasil sendiri dan makan untuk sendiri hii. Rasanya payah sikit kot nak jual, rata - rata cakap buah ni kadang - kadang ada ulat. nampak luar cantik bila dah kopek kulit luar hemm memang nampak lah ulat - ulat kat dalam tu. adeh.


Itulah cerita serba sedikit tentang buah mata kucing Brazil ini. Selamat bercuti ya korang semua.. Cuaca pun mendung sejuk hari ini sebab petang semalam hujan. Lagi suka cuaca sejuk dari cuaca panas, apapun bersyukur seadanya :)

4 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Besar betul buah dia.. Tak pernah pula Sha jumpa..

Cik Ash said...

baru pertama kali tengok buat ni

Raydah said...

ok brazil. jaoh betul ni. haha

Zahirah Dzahir said...

Besaq² buah dia