8 LANGKAH MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL - Blog Wani Sukarno

17 October 2018

8 LANGKAH MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL

ASSALAMUALAIKUM..

8 langkah membasuh tangan dengan betul

Isu keracunan makanan baru - baru ini, menjadi pengajaran kepada kita iaitu makanan yang tercemar boleh membawa kepada kematian, dan untuk mengelakkan keracunan makanan berlaku salah satunya aspek kebersihan. Dari segi aspek kebersihan termasuklah kebersihan diri. Bukan apa, rasanya perkara yang paling orang kurang ambil perhatian memang aspek kebersihan tangan. Kebersihan tangan adalah satu perkara asas.

Kebersihan tangan perlu dijaga untuk mengelakkan penyebaran bakteria merbahaya dan kuman lain yang boleh membawa penyakit seperti cirit - birit, muntah atau jangkitan yang lain. Terbaca antara faktor isu keracunan makanan adalah salah satunya datang daripada tangan yang kotor, terutamanya kalau yang keluar tandas, tapi tak basuh tangan dengan bersih. Sebenarnya, Wani memang pantang juga lah kalau keluar tandas selepas membuang tapi basuh tangan dengan sabun tangan ke handwash ke pun tak.

Kuman - kuman di tangan tu masih ada lagi tau. Jangan buat tak tahu, kalau kita sentuh makanan dengan tangan tercemar, ia bukan sahaja bawa penyakit untuk kita malah boleh berjangkit dekat orang lain pulak.

Jadi, jom lah sama - sama kita jaga kebersihan tangan ya. Nak tahu cara yang betul nak basuh tangan dengan bersih. jom ikuti 8 langkah membasuh tangan dengan betul. Cuba tanya diri kita sendiri adakah kita selama ini basuh tangan dengan betul.


8 LANGKAH MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL 

1. Bilas 
Basahkan tangan dengan air yang bersih untuk membilas sebarang kotoran ataupun debu.

2. Sabun
Gunakan sabun tangan yang secukupnya untuk menghasilkan buih putih apabila menggosok kedua - dua tangan.

3. Gosok 
Ambil masa selama 20 saat untuk meratakan buih ke seluruh tangan. Kalau nak latih kanak - kanak boleh cuba nyanyi lagu "selamat hari jadi" selama 2 saat hii. Kan lagi seronok. Dalam tempoh 2 saat ini, pastikan
 - menggosok kedua - dua tapak tangan
- menggosok jari dan ibu jari serta celah jari
- gosokkan kuku ke tapak tangan
- gosokkan bahagian belakang kedua - dua tangan

4. Bilas
Bilas tangan dengan air bersih bagi menanggalkan ke semua buih

5. Gosokkan jari di atas tapak tangan

6. Keringkan dengan tuala kering yang bersih, lebih elok jika menggunakan kertas tisu

7. Bilas dengan aliran air sehingga bersih

8. Keringkan dengan tuala bersih atau kertas tisu

Itu sahaja 8 langkah yang betul, nampak macam banyak step, kalau yang baru tahu pakat ramai yang oooo macam ni rupanya basuh tangan dengan betul. Di harap kita amalkan cara basuh tangan dengan betul memandangkan sekarang ini banyak kuman - kuman yang boleh berjangkit melalui tangan.

Sumber : Dettol Malaysia

5 comments:

Sis Lin said...

Sangat betul, bukan setakat mencuci tangan je, perlu juga simpan hand sanitizer dalam bag tangan.
Kadang kita pergi tempat memana memang kita perlu gunakan hand sanitizer tu..

Shafyqah Azahar said...

sha pun kena keracunan makanan bru bru ni dan sekarang sha mmg menitik beratkan kebersihan :3

Raydah said...

Dulu ray rajin basuh tgn step by step. skrg amik sabun cuci janji keluar buih, siap. hahahaha

yeaslmn said...

Yesss, nice sharing. Sekarang kita kurang aware benda2 mcm ni. Semoga semua dpt amalkan benda yg simple mcm ni untk kepentingan semua.

cik renex said...

Perkongsian yg bagus ni kak. Kadang kita amik remeh je bab2 ni. Pdahal penting.