Harga Terkini Siri Oppo Reno 4 Dan Oppo Reno 4 Pro Mula DiJual Di Malaysia

Harga Terkini Siri Oppo Reno 4 Dan Oppo Reno 4 Pro Mula DiJual Di Malaysia | Salam semua, zaman sekarang ini semua mudah di hujung jari. Nak mudah di hujung jari, jawabnya kena ada smartphone sebiji. Kalau nak bercakap pasal smartphone terbaik, sis tak boleh nak cakap ke semua smartphone adalah terbaik. Ke semua jenama - jenama smartphone sekarang ini mempunyai kelebihan masing - masing dan kekurangan masing -masing. Mungkin tidak sama tapi boleh lagi menjadi pilihan ikut bajet masing - masing kan.



Jarang blog ini nak cakap pasal "tech review" tapi kali ini sis nak menulis sikit tentang jenama smartphone yang biasanya menjadi pilihan rakyat Malaysia iaitu jenama Oppo. Walaupun jenama Oppo asalnya dari China, tetapi ia adalah top smartphone yang menjadi pilihan rakyat China pada tahun 2019. 

Kalau kalian tanya oppo dari negara mana. Jawapannya Oppo ni dari negara China. Bukan apa, takut dengar jenama Oppo tapi tak tahu asal usul mana, nasib lah sis ni memang nak tahu. Ya lah salah satu faktor kalau nak beli smartphone, mesti nak tahu jenama smartphone ni dari mana. 

Keluaran Terbaru Siri Oppo Reno 4 Dan Reno 4 Pro


Sis sebenarnya memang tengah intai - intai telefon yang boleh digunakan untuk menyenangkan kerja - kerja sis sebagai blogger, writer, influencer, photographer, youtuber dan macam - macam lah.  Banyak sungguh pekerjaan. Kalau boleh dalam satu smartphone semua kerja boleh buat. 

Jadi, bila ternampak iklan telefon Oppo lalu lalang dekat facebook sebab ternampak duta Oppo Malaysia, Neelofa. Rupanya Oppo nak keluarkan keluaran baru untuk siri Oppo Reno 4 dan Oppo Reno 4 Pro. Sis ingatkan dah keluar, tapi majlis pelancaran belum lagi rupanya. Banyak kali lalu lalang kat facebook sampai nak dekat majlis pelancaran, nampak iklan di TV pulak. 

Inilah orang kata iklan - iklan ni mempengaruhi orang suruh nak beli. Rasanya Oppo Malaysia baru keluarkan siri Oppo Reno 3. Tak sampai 3 bulan nak keluarkan siri Oppo Reno 4 pulak. Macam tak sempat nak kejar, tup tup dah Reno 4. Macam ni lah ya teknologi terlalu cepat nak hadam pun tak sempat. 

Bezanya dengan Oppo Reno 3 adalah siri Oppo Reno 4 pakai Snapdragon yang terkini. Sis pun sebenarnya noob jugak kalau sebut komponen dalam smartphone ni, tapi kalau tengok youtuber yang review smartphone, telefon yang ada snapdragon kira yang terkini dalam tahun 2020. Sebab itu yang semua orang tunggu. Bukan pakai Mediatek. Mediatek dan Snapdragon adalah 2 komponen yang berbeza. Maaf lah kalau salah cakap. 

Berapa Harga Siri Oppo Reno 4 ? 


Sebut tentang harga kalau smartphone macam ni rasanya mesti dalam RM 1.5 ke atas, dan memang tepat jangkaan sis dalam RM 1.5K ke atas. Cuma lebih sikit. 

Jadi, harga siri Oppo Reno 4 di Malaysia adalah : 
  • RM 1,699 - Oppo Reno 4 ( 8GB + 128GB ) 
  • RM 2,399 - Oppo Reno 4 Pro ( 8GB + 256GB ) 
Harga oppo reno 4, Harga oppo reno 4 pro, Oppo reno 4, Oppo reno 4 pro specs, Oppo Malaysia, Kelebihan oppo reno 4 Malaysia, Oppo Malaysia harga,
Harga oppo reno 4, Harga oppo reno 4 pro, Oppo reno 4, Oppo reno 4 pro specs, Oppo Malaysia, Kelebihan oppo reno 4 Malaysia, Oppo Malaysia harga,
Harga yang berbeza disebabkan storan untuk Oppo Reno 4 Pro memang agak besar sikit. Jadi, kat sini pembeli boleh buat pilihan samaada nak beli Oppo Reno 4 ataupun Oppo Reno 4 Pro.

Oppo Reno 4 Pro Specs 

Harga oppo reno 4, Harga oppo reno 4 pro, Oppo reno 4, Oppo reno 4 pro specs, Oppo Malaysia, Kelebihan oppo reno 4 Malaysia, Oppo Malaysia harga,

1. Panel Rate 90Hz


Kelainan untuk Oppo reno 4 Pro di bahagian muka adalah paparan AMOLED sebesar 6.55" beresolusi FHD + . Panel rate 90 Hz membuatkan telefon ini tampak relevan untuk tahun 2020 ini.

2. Snapdragon 


Smartphone sekarang kebanyakannya dah pakai snapdragon. Apa yang sis tahu, kalau telefon yang guna pakai snapdragon ni ia agak mahal sikit. Jadi, untuk Oppo Reno 4, untuk papan utama, telefon ini guna pakai snapdragon dengan RAM 8GB. 

Untuk simpanan data, telefon ini mempunyai storan sehingga 256 GB. Memang sesuai bagi orang - orang yang nak buat kerja - kerja terutamanya dalam bentuk video dan fotografi. 


3. Mempunyai 4 Kamera Belakang Dan Satu Kamera Depan

Harga oppo reno 4, Harga oppo reno 4 pro, Oppo reno 4, Oppo reno 4 pro specs, Oppo Malaysia, Kelebihan oppo reno 4 Malaysia, Oppo Malaysia harga,
Sudah tentu, bila bercakap pasal smartphone, mesti tertanya - tanya untuk specs kamera macam mana. Best ke kamera Oppo ni ?. Mesti ramai yang nak tahu kan. Ramai yang sedang mencari tahap kualiti kamera macam mana. Ada orang cakap kamera Oppo paling cantik.

Bagi sis, smartphone sekarang memang menitikberatkan tentang gambar dan video yang nak diambil dengan menggunakan smartphone. Untuk Reno 4 Pro mempunyai 4 kamera belakang. Kamera satu lagi berada di depan.

4 kamera belakang adalah : 
  • 48 MP - Kamera Utama
  • 8 MP - Kamera ultralebar 
  • 2 MP - Kamera makro 
  • 2MP - Kamera mono

Kamera Selfie 

Kamera depan untuk selfie 32 MP. Rasa macam dah habis wow. Mestik cantik gambar. 

4. Pengecasan Pantas ( Fast Charging ) 65W


Smartphone sekarang, untuk penggunaan bateri nya dah diupgrade boleh cas dengan pantas. Kalau ingat dulu telefon biasalah kalau cas 1 - 2 jam untuk cas bateri telefon. Mana tak gelabah kalau bateri dah tinggal 10 % tapi nak casnya lambat. 

Untuk telefon Siri Oppo Reno 4 Pro ini, ia mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Teknologi sekarang kan. Tak macam dulu. 

Kelebihan Oppo Reno 4 Pro Malaysia 

Kelebihan lain yang ada pada Oppo Reno 4 Pro 

1. Warna ada 2 pilihan 
  • Silky white 
  • Starry night 
2. Ketebalan 7.7mm dan berat 161gm
3. Slow Motion Video 1080P @120fps , 720P @240fps
4. Monokrom video 
5. Hidden fingerprint unlock
6. Super power saving mode 
7. Super nighttime standby 
8. Ultra steady video 3.0 

Oppo Reno 4 Specs 

Harga oppo reno 4, Harga oppo reno 4 pro, Oppo reno 4, Oppo reno 4 pro specs, Oppo Malaysia, Kelebihan oppo reno 4 Malaysia, Oppo Malaysia harga,

1. Paparan 6.43" Beresolusi FHD + 


Untuk Oppo reno 4, telefon ini mempunyai paparan 6.43" beresolusi FHD+. Tapi tidak ada refresh rate 90Hz. Lagipun Oppo Reno 4 sedikit kecil nak banding dengan Oppo Reno 4 Pro. 

2. Snapdragon 


Telefon Oppo Reno 4 ini guna pakai snapdragon 720G dan RAM 8GB. Untuk storan telefon ini lebih kecil iaitu 128GB. Jauh beza dengan yang Oppo Reno 4 Pro.

3. Mempunyai 4 Kamera Belakang Dan 2 Kamera Depan 

Harga oppo reno 4, Harga oppo reno 4 pro, Oppo reno 4, Oppo reno 4 pro specs, Oppo Malaysia, Kelebihan oppo reno 4 Malaysia, Oppo Malaysia harga,
Oppo Reno 4 ada  kamera belakang : 
  • 48 MP - Kamera utama
  • 8MP - Ultra lebar kamera 
  • 2 MP - Makro kamera 
  • 2 MP  - Mono kamera 
Kamera Selfie ada dua : 
  • 32 MP - Selfie kamera 
  • 1.2 MP - Untuk tujuan privasi 

4. Pengecasan pantas ( Fast Charging ) 


Bateri untuk Oppo Reno 4 sedikit besar. Ia mempunyai bateri berkapasiti 4,015mAh. Pengecasan pantas untuk telefon ini hanya 30 W. Tapi masih lagi pengecasan pantas. 

Kelebihan Oppo Reno 4 Malaysia 


Sebenarnya, kelebihan Oppo Reno 4 ni banyaknya orang sedang bercakap pasal slow motion dan juga untuk monokrom video. Kiranya, lagi lebih seronok nak ambil gambar ataupun video sebab kelainan sikit.

Kelebihan lain yang ada pada Oppo Reno 4 adalah : 

1. 960 fps Al Slow Motion 

2. Monokrom Video 

3. Mempunyai Kestabilan Untuk Gimbal ( ambil video tak ada lah bergegar sangat ) 

4. Night Flare Portrait 

5. Ultra Night Selfie Dan Ultra Dark Mode 

6. 108MP Ultra Clear Image 

7. Ketebalan 7.7mm Dan Berat 165 gm

8. Warna Ada 2 Pilihan 
  • Galactic Blue 
  • Space Black 
9. SmartAir Control 

Yang ini rasanya lagi senang sebabnya Oppo Reno 4 ini, ia ada smartAir control. Contoh kalau tangan kalian kotor nak sentuh skrin telefon. Kalian hanya tunjuk tangan atas skrin dan buat isyarat tangan tanpa kita sentuh skrin telefon. Menarik kan. 

Banyak lagi sebenarnya kelebihan Siri Oppo Reno 4. Boleh lawat laman web Oppo Malaysia, nanti baca kat bawah sis letak link. Lagi jelas siap dengan video.


Nak tengok youtuber yang review Oppo Reno 4 dan Oppo Reno 4 Pro, kalian boleh tonton video di bawah ya. 

Review Oppo Reno 4 Pro 


Review Oppo Reno 4 


Antara 2 siri Oppo Reno 4 ini yang mana menjadi pilihan kalian. Tepuk dada tanya diri sendiri. Masing - masing ada kelebihan tersendiri  Mungkin ada yang cakap, mahal kan, tapi itu lah sis cakap tanya diri sendiri banding kan spesifikasi. 

Sudah tentu kalau nak beli smartphone ni, kena tanya diri sendiri, nak beli telefon buat apa, untuk kerja ke, untuk buat bisnes online ke ? Untuk main game ke ? Itu lah yang promoter selalu tanya. Sebab spesifikasi untuk jenama telefon ini, ia tak sama. 

Kalau tanya sis, yang paling utama mesti nak tengok kualiti video dan gambar. Sebab kerja - kerja yang sis buat banyak melibatkan gambar dan video. Dan mesti nak tengok storan bagi setiap telefon berapa. Kalau bawah RM 1.6 K tu ok lagi sis. Kalau yang atas RM 2K kena fikir banyak kali dulu. 

Nak beli telefon kena ikut bajet tapi dalam masa yang sama telefon yang kita beli dapat memenuhi tuntutan kerja yang kita kena buat, guna telefon. 

Kredit Info dan gambar : 






2 Comments

  1. Boleh tahan juga harganya ye.
    Tapi kalau hati dah berkenan, diusahakan juga untuk memiliknya...ahaks!

    ReplyDelete
  2. Belum pernah try Oppo. Mmg pengguna tegar Samsung je

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post