RESEPI GULAI KUNING IKAN KERING KELANTAN (MUDAH DAN SEDAP) - Blog Wani Sukarno

05 November 2018

RESEPI GULAI KUNING IKAN KERING KELANTAN (MUDAH DAN SEDAP)

ASSALAMUALAIKUM..


Salam semua, dah masuk bulan 11, hujan dah mula turun dah, seharian hujan hari ini. Khabarnya berlarutan sampai hari Rabu nanti. Ramai yang balik kampung kan sebab musim cuti raya.. Selamat bercuti semua dan berhati - hati bila dah nak masuk musim tengkujuh.

Beberapa hari dah blog ni menyepi, kita kongsi resepi jer lah. Biasa lah resepi tertunggak. Inilah dia resepi yang biasa orang Kelantan buat, orang sini pagi - pagi makan nasi berlauk dengan gulai kuning macam ini. Tapi tak kisah untuk lunch pun boleh. Gulai kuning ia tak kisah ada guna ikan aya ( tongkol ) rebus dan boleh juga nak guna ikan kering. Kalau nak guna ikan kering, biasanya guna ikan cencaru kering tu ataupun jenis ikan kering yang banyak isi.

resepi gulai kuning ikan kering kelantan mudah dan sedap

Selalu setiap minggu wajib masak, bonda rajin bab rebus ikan, maka terhasil juga menu gulai kuning ikan kering ataupun gulai kuning ikan tongkol rebus. Kalau puas dah makan gulai ikan rebus ganti dengan ikan kering pulak. hii . Bahan sama jerr, cuma ikan tu gantikan. Nak makan gulai kuning ni kena gandingkan dengan sambal belacan kelantan.


Kali ini, ada gantikan gula putih dengan gula zerro, gula zerro ni bagus, shoot video nak masak gulai ikan kering sebab nak letak gula zerro ni hii.


Kalau korang nak gantikan santan tu dengan santan kotak pun tak apa, kalau guna santan fresh lagi sedap. Jarang jugak nak guna santan kotak selalu guna santan fresh. Nak lagi jelas tonton  video di bawah ya. Nak resepi sambal belacan kelantan klik link di bawah. Nak tahu tentang gula sihat zerro, sila klik link di bawah :)

Sambal Belacan Kelantan Sedap >>> http://www.wanisukarno.com/2018/09/resepi-sambal-belacan-kelantan-yang.html

Gula Sihat Zerro >>> http://www.wanisukarno.com/2018/09/pemanis-gula-tanpa-kalori-zerro-joymix.html

RESEPI GULAI KUNING IKAN KERING KELANTAN

Bahan - bahan
Ikan kering biasanya guna ikan kering cencaru dalam 6 ekor potong bersih, kalau rasa tak nak masin, rendam sekejap ikan kering. Untuk Ikan tongkol rebus secukupnya, ( guna hampir1 ekor ikan tongkol berat dalam 1kg )
2 labu bawang merah besar
3  tangkai lada burung campur merah dan hijau
5 hiris lengkuas
2  inci kunyit ( bergantung kepada saiz kunyit )
5 tangkai lada kering
1 - 2 keping asam gelugor / keping
3 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

Bahan tambahan kalau letak lagi sedap
1 batang timun dipotong dan dibelah
1 tangkai lada hijau besar dipotong 3
Potongan nenas secukupnya

Cara - cara
1. Blend halus bawang merah besar, lada burung, lengkuas,kunyit dan lada kering.
2. Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam periuk, masukkan santan dan asam keping
3. Letak atas dapur dan kacau perlahan sampai mendidih
4. Masukkan ikan tongkol rebus, didihkan sekejap, nanti nak tutup api letak potongan timun, lada hijau dan nenas. Biarkan didih sekali lagi nampak potongan timun dah lembut sebelum tutup api
5. Masukkan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

Nota :
Ikan rebus atau ikan kering dah masin sikit, jadi bila nak masukkan garam dalam kuah kena pandai suai rasa ya.

Untuk resepi ikan aya (tongkol) rebus Kelantan boleh klik di SINI

4 comments:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
tentu sedap

Shafyqah Azahar said...

sedapnya :(

Qiya Saad said...

Rajin wani masak, mesti sedap kan... Gulai ni boleh makan dengan nasi dagang tak? Rasa teringin plak nak makan nasi dagang original kelantan...

Cik Ash said...

sedapnya masakan wani...