04 May 2019

author photo
Musim Panas Yang Berpanjangan Dan Selamat Berpuasa 1440 Hijrah ||Salam semua, lusa dah nak puasa ni, persediaan korang macam mana. Kat sini makin lama makin terasa bahang panas, sebab dah lama tak hujan, udara kering, tanah pun kering. Pokok - pokok pun time pukul  matahari terik atas kepala, terkulai nampak daun - daun tu.

Musim Panas Yang Berpanjangan Dan Selamat Berpuasa 1440 Hijrah

Asyik tengok jerr gambar dalam draft ni, tak tahu nak post ke tidak. Gambar ni lama dah snap time musim panas ceng ceng. Sampai sekarang ni, dah 2 bulan kot area kawasan sini tak hujan. Ada hujan pun gerimis tapi tak puas hati. hii. Nak air hujan mengalir membasahi bumi selebat alam. Ya Allah panasnya Tuhan saja yang tahu.

Kalau dengar tempat lain hujan memang kita jealous. Ya Allah rindunya, nak tengok langit gelap tanda nak hujan :(... panas sangat sampai mandi peluh, air pun panas huu.

Ni macam nak mengeluh jerr ni. Bersabar lah diri ini. Mudah - mudahan sebelum masuk puasa hujan lah selebat - lebatnya. Musim panas orang kata view cantik, tapi kita suka tengok langit jerr lah biru dan awan pulak kepul - kepul di kala matahari terik atas kepala.




Bila musim panas ni, macam - macam haiwan keluar contohnya macam sumpah - sumpah ni, entah kenapa tiba - tiba keluar sebelum ni tak ada pernah nampak. Budak - budak zaman bonda dulu main sumpah - sumpah ni macam nak  buat laga.

Nasib masa kita snap dia posing cantik :D. Comel kan dia posing siap naik atas periuk bonda kita. haaaa.:D. Bila lagi nak kasi jadi model, photographer tak berbayar pulak yang ambil gambar. Tapi kalau makin dekat dengan dia, lari laju betul.

Kasihan tengok pokok - pokok sebenarnya layu macam nak menyembah bumi dah.


Kebetulan nak keluar, nak pergi hospital tengok bapa saudara sakit, musim panas ni tengok view awan cantik jerr lah. Sepanjang jalan tengok awan jerr lah.

Cantik kan tenang tengok walaupun cuaca panas terik. Jom lah tengok gambar, santai - santai kita hari ini. Next week pun dah nak start puasa.



Lama sungguh tak pergi Hospital Kota Bharu ni. Masuk hospital ni susah nak cari parking sikit.



Panasnya alahai sampai berpinar mata ni.



Kucing ni kat ward ni, dia masuk kebetulan pintu terbuka. Nak aircond free la tu sebab sejuk jerr masuk dalam kan. Bermain la sekejap dengan kucing ni, manja sungguh. Last sekali nurse bawa keluar, pergi dukungnya kucing ni bawa keluar dari wad. Muka kasihan sungguh haa. Takut terkurung jerr duduk dalam wad tak pasal pulak. Terberak ke apa. :D

Sempena lusa dah nak puasa yang ke 1440  hijrah , selamat berpuasa buat pembaca semua  dan yang mana sudi singgah di blog. :). Semoga ibadah ramadhan tahun ini membawa rahmat yang paling besar untuk korang semua ya.


This post have 4 komentar

avatar
suria delete May 7, 2019 at 9:43 AM

Assalamualaikum..macam kenal la wani ni..dulu sekolah kt sk tapang ke?

Reply
avatar
ray delete May 8, 2019 at 12:12 PM

take care kak wani. skrg mmg panas sangat n bahang dye jangan cakap la.

Reply
avatar
Wani Sukarno delete May 10, 2019 at 10:03 PM

wassalam aahh sekolah rendah tapang dulu.. raso macam kenal namo suria tapi x cam muka dahh

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram