01 Julai 2019

author photo
Resepi Kek Marble Susu Buttercup Raya Yang Lembut, Moist Dan Gebu Sukatan Cawan || 
Salam semua, nak penghujung syawal dah, sekejap jer masa dah masuk bulan 7 dah. Tak lama nak raya haji pulak ni.

resepi kek marble mudah, moist, gebu sukatan cawan

Nampak di masjid pun orang dah mula ada buat sembahyang hajat untuk jemaah haji nak bertolak tahun ini. Sebelum gambar jadi basi, sebab masih dalam mood raya walaupun gambar dah lama. hii

Siapa peminat kek marble ni, mesti ramai kan. Evergreen kek marble ni, Kalau buat sendiri lagi sedap. Ya lah buat sendiri lagi puas hati. Kek marble ni kalau tempah dengan baker pun dah berapa dah kan.

Disebabkan masih lagi dalam mood raya, Kali ini rasa nak share resepi kek marble yang paling gebu, mudah dan sedap. Tak lengkap kalau hidangan raya, tak ada kek marble buat hidangan untuk tetamu.

Resepi ini lagi mudah bila guna sukatan cawan. Kek marble ni kita  guna mentega dari Buttercup. Sebab apa kita suka, kita memang pengguna setia dengan Buttercup lama dah, sebab wangi, harum dan  harga mampu milik. Guna buttercup pun harum semerbak dah tak payah cari yang lain tak apa. Tak kisah nak lagi sedap gunalah butter yang mahal.

Kalau malas nak sukat cawan untuk mentega, beli jer lah yang seketul buttercup berat 250 gm tu lagi senang.

resepi kek marble mudah, moist, gebu sukatan cawan

Resepi kek -kek ni, orang biasa nak cari guna sukatan cawan sebab malas nak timbang kan. Guna sukatan cawan pun make sure korang sukat guna cawan metrik ya, jangan pakai cawan untuk minum.

Biasanya, dah keluarkan dari oven, biarkan nanti loyang suam sikit dah boleh pegang terus terbalikkan atas pinggan, tak lama sangat dalam loyang ya, takut berpeluh kek. Macam tu lah kita buat, lepas letak atas pinggan terus tudung, dah jadi tabiat, :D.. kalau tak ada lah benda yang terbang nak hinggap. :D

Lamanya tak baking kek marble ni, lepas dah hajat nak makan kek marble, alhamdulillah menjadi jayanya. Nanti kalau korang nak cuba resepi di bawah ya. Jemput - jemputlah tonton di my youtube channel ya, jemput lah subscribe jugak. :)

resepi kek marble mudah, moist, gebu sukatan cawan




Resepi Kek Marble Susu Buttercup Raya Yang Lembut & Gebu Sukatan Cawan

Bahan-bahan :

4 biji telur
1 cawan mentega atau 250 gm butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air panas

*sudu besar untuk sukatan metrik jangan guna sudu biasa sama juga dengan cawan

Cara-cara :

1. Pukul butter bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan esen vanila dan juga susu tepung dan putar rata
3. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
4. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder dan baking soda dan putar rata dengan kelajuan rendah. Dah siap, ketepikan sekejap
5. Sediakan bekas lain masukkan serbuk koko dan juga air panas dan kacau hingga larut
6. Ambil beberapa senduk adunan dan gaul rata dengan pes koko tadi
7. Sediakan loyang yang telah dialas dengan kertas dan ambil dalam beberapa sudu besar adunan coklat terlebih dahulu letak di tengah - tengah loyang kemudian letak adunan yang biasa
8. Buat secara berselang seli sampai habis. Ambil lidi dan lorekkan jadi corak marble
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 dan bakar selama 40 minit
10. Boleh cucuk dengan lidi di tengah kek nak tahu masak ke tidak, tak melekat tanda masak lah ya. Jangan terlebih masak lah ya takut tekstur kek kering
11. Keluarkan dari oven, nanti loyang suam sikit boleh terbalikkan atas redai, tunggu kek sejuk sepenuhnya boleh dihidangkan

Baca sini >>> Resepi Kek Lemon Yang Mudah Dan Gebu Sukatan Cawan
Baca sini >>> Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tak Payah Perap Sukatan Cawan
Baca sini >>> Resepi Kek Batik Nestum Yang Mudah Dan Sedap

1 komentar:

avatar
hayati suki delete 15 Julai 2019 3:06 PTG

sedappp..feveret tika minum petang :-)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram