Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Tanpa Perap

Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Tanpa Perap | Salam semua, Kek sarang semut ataupun nama lain kek sarang lebah tapi biasanya ramai yang panggil kek sarang semut. Suatu ketika dulu, tekak sis tak berapa nak boleh telan kek ini. Bila lama - lama boleh telan pulak. Sis pun banyak dah bereksperimen kek sarang semut ni. Yang resepi tanpa perap jugak jadi pilihan. Lama rasanya tak buat kek orang lama minat.

Resepi Kek Sarang Semut Mudah Tanpa Perap Sukatan Cawan

Oven pun lama sangat rasa tak panaskan mood tak berapa dah nak baking kek ni. Sebab buat kek pun tak ada orang nak makan sangat, Lagipun kurang- kurang dah sikit nak makan manis - manis. Kalau buat sebiji kek pun, bukan senang nak habiskan.

Kek sarang semut ada versi kukus juga, tapi yang sis buat versi bakar. Tak pernah nak eksperimen versi kukus. Ramai yang nak cuba resepi kek sarang semut tanpa perap. Bagi sis nak perap bagai ambil masa yang lama, jadinya kerja menunggu pulak kan. Sis pun tak suka juga bab perap - perap.

Hari Jumaat lepas, ada open house kat rumah emak saudara, jadi terfikir nak bawa kek sarang semut sebab kek ini memang masuk la dengan tekak orang lama- lama. Siap orang lama - lama panggil. Biasalah kek evergreen dan laku keras. Resepi kek sarang semut dah banyak kali sis postkan kat sini. Bila dah terjumpa resepi yang tak payah perap, lagi senang kerja. Kek pun bersarang elok. Tak percaya tengoklah gambar tu ya. Siap potong dah masuk dalam bekas.

Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap

Resepi dah memang kena simpan, tak nak cari lain dah. cuma sebab dah banyak kali buat nak ikut kesesuaian manis di tekak orang tua ni takut termanis, dari 2 cawan gula pasir nak buat gula hangus, Sis dah kurangkan dalam 1 1/2 cawan. Dan untuk susu pekat manis pun kurangkan juga dalam 1/2 cawan.

Dah siap bakar, potong dan cuba makan, memang sedang elok dah manisnya, bonda pun cuba rasa sedang elok dah, sebab sebelum ini dia komen kek manis sangat. Syukur rasanya, sebab perasan memang manis sangat guna 2 cawan gula tu. Sesiapa nak kurangkan gula boleh ikut cara macam ni ya.

Nak tonton bagi nampak jelas, kalian boleh tonton video di bawah ya. Jemput subscribe channel sis ya. Dah siap bagi tips apa yang perlu diikut. Harap video ini dapat membantu bagi sesiapa selalu gagal lagi buat kek sarang semut. Cuma dalam video, sis buat separuh adunan



Resepi kat bawah resepi asal, cuma kalau korang nak kurang manis kurangkan jadikan

1 1/2 cawan gula pasir untuk buat gula hangus
1/2 cawan susu pekat manis

Resepi Kek Sarang Semut Bakar Tanpa Perap Sukatan Cawan 

Bahan Karamel

2 cawan gula pasir (nak cepat, guna gula halus)

3 sudu besar mentega

2 cawan air panas


Bahan Ayak

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder


Bahan Blend

7 biji telur gred A ( 6 biji telur gred A )

2 sudu kecil esen vanila

1 cawan susu pekat ( 3/4 cawan )


Cara Menyediakan Gula Hangus

1. Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.

2. Masukkan mentega. Kacau rata.

3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak ada terpercik sangat. Ketepikan dulu.

Cara Menyediakan Adunan Untuk Kek Sarang Semut 

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.

2. Satukan telur, esen vanila dan susu pekat dan kacau hingga sebati. Nak blend pun boleh.

3. Tuang adunan ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja hingga semua sebati.

7. Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata.

8. Sediakan loyang bulat 9 inci. Lapik dengan kertas baking. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi. Nak elakkan ada ketulan.

9. Panaskan dahulu oven dengan suhu 150 'C api atas dan bawah. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Tukar api bawah sahaja. Bakar dengan sekitar 45 hingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, ya.

10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga kek masak.

11. Nak tengok lubang - lubang cantik. Potong kek melintang urat.

Sumber : Noy Yullan

Tips Untuk Kek Sarang Semut Bersarang Cantik 

1. Kek sarang semut bagi sis, lagi gelap warna lagi cantik. Jadi, kena hanguskan gula lagi lama sikit sebelum masukkan air panas.
2. Wajib tapiskan adunan masuk ke dalam loyang ya. Jangan tak tapis, nanti ada ketulan - ketulan semasa kita kacau tepung yang tak semuanya sebati.
3. Ada orang sapu mentega di dasar loyang, ada juga yang letak baking paper. Kalau sapu mentega, lepas bakar ia jadi melekat sikit. Nak cuci macam leceh sikit. Kalau letak baking paper, dasar loyang tak melekat, boleh pindah terus letak atas pinggan.
4. Ini yang penting sekali, mesti bakar dengan api bawah sahaja.

Baca Sini : Tutorial Bergambar Kek Sarang Semut Mudah Sukatan Cawan Tanpa Perap
Baca Sini : Tutorial Bergambar Kek Kukus Karamel Nestum Mudah Dan Moist

8 Comments

  1. fav akak n ayah akak ni, tapi x pernah pun buat sdiri... hopefully satu hari akak nak buat juga... hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi, nice sharing sis wani. Kuih tradisi ni

    ReplyDelete
  3. fevret ni.. suka kek ni makan ralit. tapi ritu ade beli anak2 buah semua x suka. depa ni suka yg krim2.. kita gak dok suka kek2 tradisional ni =D

    ReplyDelete
  4. orang baru baru macam aira pun suka kek macam ni. hehe

    ReplyDelete
  5. Dah pernah buat sebelum ni tapi tak jadi..kena cuba lagi agaknya..

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi isnin, Ibu datang bertandang ke blog sis wani

    ReplyDelete
  7. Kek sarang semut memang kek favourite saya. Thanks sharebresipi nanti nak try buat

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post