Saturday, 11 April 2020

author photo
Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling sedap | Tutorial Bergambar | Salam semua, ketupat sotong masakan tradisi orang melayu sebelah pantai timur. Terutamanya di negeri Kelantan dan juga Terengganu. Ketupat sotong atau dalam dialek Kelantan, dipanggil "tupak sutong" adalah sotong yang disumbat dengan beras pulut dan dimasak dengan kuah santan. Ketupat sotong menjadi hidangan terutamanya pada bulan puasa ataupun juadah di hari raya.

Walaupun versi resepi untuk ketupat sotong berbeza dengan Terengganu tapi dalam masa, ia membawa keunikan untuk negeri masing - masing. Harga ketupat sotong ni boleh kira agak mahal juga. Nampak kecil sotong tu dah boleh cecah RM 4 seekor. Yang ini kalau beli jumpa di bazar ramadan. Nak beli sotong mentah pun harga dah mahal kan.

Tapi itu lah kempunan macam mana pun, baik buat sendiri baru puas hati makan. Kalau nak buat ketupat sotong baik cari sotong yang saiz agak besar sebabnya bila dah masak nanti sotong ni akan mengecut dari saiz asal.

resepi ketupat sotong kelantan mudah

Macam - macam cara orang masak ketupat sotong, ada yang buang kulit merah di sotong tu dan ada yang tak. Tapi kalau sis tak buang pun, biarkan macam tu. Walaupun ada sesetengah orang cakap yang proses nak buat ketupat sotong ni renyah dan memakan masa. Tapi itu lah cara keunikan dan nak mengekalkan keaslian hidangan tradisi dari pantai timur ni.

Sis orang negeri Kelantan, ketupat sotong dah memang sebati dalam jiwa sis. Kalau teringat nak makan sangat memang akan buat. Cara buat ketupat sotong Kelantan ni tak adalah renyah sangat. Mungkin kalau orang kali pertama nak masak, mungkin akan cakap begitu. Sis pun banyak belajar dari bonda sis.

resepi ketupat sotong kelantan mudah

Gambat atas ini sotong yang dah disumbat dengan beras pulut dan dah dicucuk kemas kepala sotong tu.

Jom, kita tengok langkah - langkah penyedian nak masak ketupat sotong Kelantan. Bahan - bahan pun tak adalah guna banyak sangat. Cuma ambil masa nak sumbat beras pulut dalam sotong tu.

Langkah - Langkah Penyediaan Ketupat Sotong Kelantan


resepi ketupat sotong kelantan mudah

Gambar 1 : Daun pandan, gula melaka, santan dan garam dimasukkan sekali ke dalam periuk dan kacau hingga mendidih maknanya sampai hilang buih santan.

resepi ketupat sotong kelantan mudah

Gambar 2 : Kemudian, masukkan sotong dengan perlahan - lahan ke dalam periuk dan biarkan lagi hingga mendidih. Bila sotong dah 1/2 masak, boleh tutup periuk sekejap sebab nak bagi pulut kat dalam sotong betul - betul masak.

resepi ketupat sotong kelantan mudah

Gambar 3 : Sotong dah separuh mendidih. Biarkan hingga sotong masak dan kuah betul - betul nampak pekat.

resepi ketupat sotong kelantan mudah

Gambar 4 : Dah siap masak, kuah pun nampak pekat dan sotong pun nampak kecut. Boleh lah tutup api. Biar sotong terendam dengan kuah pekat.

Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling Sedap

Bahan - Bahan 
 
8 ekor sotong saiz besar XL
Santan 1 biji kelapa sederhana dapatkan 3 cawan santan pekat
2 1/2  gula melaka ( sis guna gula melaka yang tempatan tu tak guna gula melaka siam )
Garam secukup rasa
Daun pandan 3 helai
Beras pulut 1 cawan direndam 1/2 jam sampai kembang
Lidi sate ( potong serong-serong bagi hujungnya tajam ) atau boleh guna lidi buah

Cara - Cara 
1. Sotong dibersihkan dan ketepikan.
2. Beras pulut yang telah direndam  tadi toskan dan masukkan beras pulut ke dalam sotong.
3. Nak bagi senang masuk beras pulut tu, tolakkan dengan chopstick masuk ke dalam perut sotong sampai ke bawah. ( jangan penuh sangat beras pulut tu sebab kat atas nanti nak sumbatkan kepala sotong sampai separa kat mata sotong tu dah ok dah ).
4. Tutup lubang dengan kepala sotong.
5. Ambil lidi sate dan cucukkan dari hujung kiri ke hujung kanan. Tak kisahlah hujung mana pun tapi pastikan kemas supaya kepala sotong tu tak bergerak. Ok ketepikan.
6. Sediakan periuk, masukkan santan, garam secukup rasa, gula melaka dan daun pandan dan masakkan sehingga hilang buih maknanya santan tu dah betul-betul masak.
7. Kemudian, boleh masukkan sotong perlahan- lahan ke dalam periuk dan sambil kacau perlahan-lahan.
8. Biarkan mendidih sehinggalah kuah tu agak pekat sikit ( tutup periuk masa sotong 1/2 masak sebab nak bagi pulut masak )
7. Boleh tutup api jika kuah dah kelihatan agak pekat dan sotong hanya tenggelam sikit-sikit dengan kuah.

Nota : 
1. Nak buat ketupat sotong ni kalau boleh guna sotong segar lepas beli terus buat untuk ketupat sotong. Jangan simpan dalam peti.
2. Simpan dalam peti ikut pengalaman, sotong jadi mudah pecah dan keluarkan isi pulut habis masuk dalam kuah.

Harap faham lah dengan gambar ketupat sotong langkah - langkah demi langkah kat atas tu. Mudah tak, kalau kalian nak cuba resepi ini dipersilakan untuk cuba dan rasa sendiri keunikan ketupat sotong Kelantan ini.

This post have 5 komentar

avatar
YASMIEY BUNDLE delete 5 February 2012 at 16:12

ini ketupat sotong kelantan style,trg style tk pakai nisan,warna putih&kulit buang

Reply
avatar
ray delete 13 April 2020 at 16:01

sedapnya but sadly tak boleh makan sgt

Reply
avatar
Redza Channelz delete 19 April 2020 at 21:11

Tak pernah rasa ketupat sotong, tentu sedap.

Reply
avatar
HeNRieTTa JoSe delete 21 April 2020 at 18:42

looks yummy.....pernah rasa sekali....rietta suka juga sotong sumbat...yg itu pun sedap...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang