RESEPI SAGU GULA MELAKA PALING SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..

resepi sagu gula melaka paling sedap

Dessert sagu gula melaka ni buat masa bulan puasa lepas, punyalah mengidam nak makan sagu gula melaka, tapi ini versi lain sikit, sebab terpandang masa scroll facebook, tak ingat page mana kongsi resepi sagu gula melaka tapi lagi sedap nampak sebab letak kacang merah, tunggu punya tunggu, nak buat bila, akhirnya terjawab nak buat bulan puasa juga. Bulan puasa lepas cuaca panas sangat, elok  sangat  buat sagu gula melaka. Sejuk tekak orang kata hii

Kelainan sikit, sebab letak add on kacang merah dan jagung manis dalam tin tu, resepi kat bawah ya pada siapa nak buat. Resepi ni ambil kat page masakan di facebook. Mudah dan sedap !!! letak lagi ais kat dalam dah macam koktel pulak. Sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang bertandang, open house ada lagi ni,

Untuk sagu warna merah tu, biasa Wani letak sirap, sedap sikit bau sirap, kalau yang tak ada sirap nak letak pewarna pun boleh :). Kalau nak follow untuk kuah tu boleh lah ya, tak nak santan boleh guna susu cair, tapi biasa Wani tuang susu cair, tak ada campur air dah.



 RESEPI SAGU GULA MELAKA PALING SEDAP 

Bahan - bahan 
2 cawan sagu ( rendam 1/2 jam )
5 cawan air, tambah air bila perlu
Sedikit gula
Daun pandan
Pewarna pilihan

Cara - cara
1. Nak masak sagu, didihkan air dalam periuk baru masukkan sagu, sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih. Tiada sagu putih.
2. Tambah pewarna dan biarkan sejuk.

Untuk Kuah 
2 tin susu cair
2 cawan air
Daun pandan

Cara - cara
Panaskan susu dan juga air , daun pandan biar sebentar , tutup api .
atau santan dan juga sedikit garam , daun pandan , panaskan sebentar ..

Air gula melaka 
Gula melaka  4 keping / ikut suka
Sedikit gula pasir
Daun pandan
Sedikit air, kalau nak gula pekat kurangkan air

Cara- cara
1. Panaskan sedikit air,  gula melaka, daun pandan. Masak hingga gula cair dan pekat.

2. Kacang merah dan jagung dalam tin untuk hiasan tambahan.

 Campur sagu , air gula melaka , susu cair , kacang merah dan jagung. Sejukkan sebelum dimakan.

Oleh  RitaKay

Tips Untuk Masak Sagu Dengan Betul boleh klik Sini

7 Comments

  1. yuhuuu... sedapnya gula sagu... bulan puasa ritu nak makan tp bila nak beli tetiba putus kemahuan... kikiki

    ReplyDelete
  2. Kuih Fav Cik Renex tapi tak pernah buat sendiri. Kena save resepi ni

    ReplyDelete
  3. waaa sedapnya..sagu dah ada kat dapur nanti nak buat juga la

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, salah rabu dari mama. Sagu memang sedap dengan rasanya yang lemak

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana berkongsi, Ibu singgah ke mari. Dah lama ibu tak makan sagu

    ReplyDelete
  6. Salam Khamis, Ibu singgah bertamu ke blog sis, Memang Ibu suka masak pakai gula melaka sebab rasanya lebih lemak dan kurang manis

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post