AYAM BLACKPEPPER BERMAYONIS

ASSALAMUALAIKUM......



Ayam bakar lagiikkk... kali ini resipi lain pulak iaitu ayam bakar black pepper bermayonis ... mempelbagaikan lagi resipi ayam bakar ni.. kali ini guna pulak drumstick ....asyik-asyik drumstick je hihi.. apa yang wani dapat simpulkan aroma dan rasa blackpepper dan mayonis tu penting dalam resepi ni ... wani tak sempat nak perap lama ... dalam 1 jam setengah je.so rasa dia sedang-sedang je lah...  kalau perap lama lagi sedap ni.. biasanya kalau wani nak bakar ayam tengah hari esok .. memang wani akan perap malam .... tapi yang ni tak sempat la ... pagi tu keluarkan ayam dari peti ...   terus mesin bahan-bahan yang nak diperap.... resipi nya ringkas je ,,senang nak dibuat .. kalau ayam bakar macam ni memang wani sedap ratah ataupun makan bersama dengan nasi hangat ... ditambah lagi ada sambal belacan ...wallah memang masuk hihi


AYAM BAKAR BLACK PEPPER BERMAYONIS
SOURCE: BLOGRESIPI.COM

 BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
  • 1 sudu kecil blackpaper
  • 2 cm halia ( agak-agak je)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mayonis
  • sedikit lada sulah
CARA-CARA
  1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

NOTA:

wani bakar dalam suhu 200 C hampir satu jam jugak dan sentiasa balik-balikkan nak bagi masak. lratakan  minyak kat ayam sikit tak nak bagi dia kering.

6 Comments

  1. sedapnya! nak ratah2 cenggitu je bleh? (mcmla org nak bagi kan)

    ReplyDelete
  2. mat mlm Wani..menyelerakan betul ayam black paper tu...bagi Rahel makan seketul..bole k?

    ReplyDelete
  3. Salam Wani,
    Kalau ada sosnya kat ataih tu, perghhhh....

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Wani...kalau ayam bakar anak2 akak berebut makan...

    ReplyDelete
  5. penah buat seakan resipi cmni...hurm..mungkin dr myresepi rasenye....
    tp rasenye mmg sedap...cume saye grill je ayam tu atas non stick pan...dlm 15minit dah ok...")

    ReplyDelete
  6. mamasya: kalo dah namanya ayam budak2 memang la suka hihi ..

    kak watie: tak buat sos la ...sebab malas hihi

    kak rahel; dah habis tinggal tulang dah ni hihi

    cik iman: ohh ye ke mungkin kebetulan kot sebab dah ramai ambil resepi ni mungkin sebab dok main pass by pass camni .. sedapkan ..:))

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post