-->

Saturday, 17 December 2011

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....


Alahai sejak semalam lagi dok draft resepi ni .. tapi tengah taip.. mata la pulak mengantuk plus line internet tak berapa la clear disebab kan hujan tak berhenti- henti 2 hari ni ,,,kesukaran bagi wani nak guna internet ni.. slow sangat ... tu la jadi mood nak update merudum .. lepas tu,bila line ok ... macam mood lagiiiii malas balik ... hihi.. sudah kerja lah......tapi tak boleh la ,, kena tolak ke tepi jugak mood malas tu ,  kena rajin-rajinkan diri jugak nak update.. jari - jemari tangan ni nak kena gagahkan balik jugak nak taip kat keyboard...  oklah , marilah jom kita layan ayam tandoori, wani ambil dari blog kak ayu ..tapi yang kak ayu buat versi goreng .. yang wani buat ni bakar dalam oven ..  wani akui wani tak pernah makan ayam tandoori kat kedai .... kali pertama wani makan masa dekat rumah mak su wani ..itupun yang dia beli dalam rempah dalam peket .. ambil ayam just perap je ... ..tapi yang wani makan tu ayam tandoori yang goreng punya .....memang bahan perapan tu lain dari yang lain kan ... itulah yang sedapnya .. sedap tau patut cuba .. kalau nak lebih sedap .. peraplah semalaman ya .. nanti  bahan perapan tu terasa masuk ke dalam tulang hihi ... lain kali wani nak garingkan sedikit .. gambar ambil ikut snap je .. jom layan resepi ni .... ohh satu lagi kak ayu guna chicken wings ,,wani guna ketulan- ketulan ayam je .. semua rempah-rempah tu agak-agak je ... wani guna 1/2 sudu besar untuk setiap rempah-rempah tu ....


AYAM TANDOORI

Bahan - Bahan 
2 ekor ayam – belah 4

Bahan Untuk Rempah Ratus 
(Ayu gunakan semua sudu besar except garamlah)
3 biji bawang besar
13 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu teh garam + serbuk perasa
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 cawan susu cair
2 biji buah lemon
2 ikat daun ketumbar
2 ikat daun pudina
2 sudu marjerin
2 sudu sos tiram
Pewarna merah

Cara - Cara
1. Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. 
2. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.
3. Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar.
4. Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
5. Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
6. Sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara.
7. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Kalau tak ada, pakai bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. 
8. Perap lagi lama lagi sedap, kalau nak bakar pasa suhu 170 C dalam 1 jam.


Nota : 
Nak goreng pun boleh

This post have 5 komentar

avatar
Amie delete 17 December 2011 at 18:18

Waniiiii....
Amie bawa roti nan....ada lagi ke ayam tandoori tu, kita makan sama-sama bawah pokok nak...

Reply
avatar
Liza delete 17 December 2011 at 19:16

salam wani...akak pun dah bawa pinggan ni..mkn ramai2 bawah pokok lg best...kan Amie? hihihhii

Reply
avatar
rahel delete 17 December 2011 at 19:27

Selamat petang...emmm wanginye ayam tandoori..lama dah tak kena ayam tandoori...

Reply
avatar
Unknown delete 18 December 2011 at 12:04

Wani...ayam tandori akak punya lg special, ayam tunjuk kt kedai mamak..hehe..

Reply
avatar
quinnie delete 18 December 2011 at 22:39

aduii ayam tandori..sedap nih...lama betul tak makan...:)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang