-->

Sunday, 18 December 2011

author photo
Resepi Sayur Goreng Jawa Paling Simple Dan Sedap | Sebenarnya kali pertama sis dengar sayur goreng jawa. Ini mesti ada kaitan dengan resepi negara seberang. Sis bukan berdarah jawa, kalau orang berdarah jawa mesti kenal sangat dah dengan menu macam ni kan. Tak apa sis nak cuba menu yang nampak mudah. Dengarnya, sayir goreng jawa ni dikenali juga dengan nama lain sambal goreng jawa dan dimakan bersama dengan nasi ambeng. 

Resepi sambal goreng jawa ni macam - macam versi. Jadi sis pilih yang mudah saja. 

Bila dah jumpa resepi yang unik ini, mulalah nak mencuba rasa macam mana. Mana tahu boleh buat nasi ambeng pulak kan. Tapi sayur ni sis makan dengan nasi putih saja. Dah siap masak, bila makan rasa eh sedap sangat. Tak rugi mencuba.

Resepi Sayur Goreng Jawa Paling Simple Dan Sedap


Resepi Sayur Goreng Jawa Paling Simple Dan Sedap 

Bahan - Bahan
4 keping tempe dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun direndam
Kacang panjang dihiris serong
10 ekor udang dibuang kulit
1 keping tauhu kering direndam dan dipotong
4 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili dihiris
1 inci halia dihiris halus
Garam secukup rasa

Cara Buat Sayur Goreng Jawa Yang Simple 

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum. 
2. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata. 
3. Kemudian masukkan kicap manis bersama garam. Kacau sampai masak dan hidangkan bersama nasi panas.

Resepi Sayur Goreng Jawa Paling Simple Dan Sedap

Selamat mencuba ya, sis dengar kalau resepi  sambal goreng jawa  asli kena ada suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe. Tapi nasib baik tempe letak. Bahan wajib ada kalau menu - menu masakan jawa ni kan. Walaupun ubi kentang tak letak tapi rasa memang dah sedap. 

This post have 2 komentar

avatar
Amie delete 18 December 2011 at 18:05

Selamat petang Wani,
sedapnya sayur goreng jawa, sayur gini boleh bubuh kat nasi ambeng ye Wani.

Reply
avatar
quinnie delete 18 December 2011 at 22:36

wani..ini lauk kegemaran kita ni wani...suka sgt dgn sambal tempe..boleh kata tiap2 bulan mesti buat..hahahha

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang