KERUTUP AYAM VERSI 1

ASSALAMUALAIKUM.......


tak pernah wani masak kerutup tak guna lada kering.. biasanya kalau masak kerutup memang lada kering tu bahan utama .. bila ternampak salah satu resepi dari fotopages, dia tak guna lada kering tapi ada guna bawang merah goreng pulak... sekali tengok macam cara nak buat kuzi ..cuma bezanya buat kuzi tu letak susu cair tapi kerutup ni letak santan... emm terasa nak cuba lah takut ada kelainan sikit sebab bahan yang dikisar ada masukkan bawang merah goreng... hasilnya macam kerutup yang biasa jugak baunya tu cuma tak ada lada kering taklah rasa pedas .tapi kuah dia tu memang pekat likat salut ayam tu..memang best cicah dengan roti .. ada lebih sikit buat makan dengan roti pulak... cuma wani tertinggal kerisik nak dimasukkan  tapi ok je dah pekat pun kuah tu .. ..kalau orang suka boleh tambah kerisik tu kalau tak suka tak apa... cuma wani adjust dari segi step nak masak tu bahan apa yang nak dimasukkan dulu ... hihi cara wani tak sama dengan orang .. maklumlah bila dah terbiasa dengan gaya sendiri untuk menghasilkan sesuatu masakan itu...


KERUTUP AYAM  VERSI 1 
SOURCE: FOTOPAGES

Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek
80 ml minyak untuk menumis

bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula merah dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.


NOTE: 
- wani tambah sedikit air asam jawa dan ubi kentang .. 
- rempah tu wani masukkan terus selepas masukkan bahan kisar dan kacau sehingga garing dan naik minyak. 
- lepas tu baru masukkan ayam dan air asam jawa. kacau sebati sekejap, letak garam..dan ubi kentang.. kacau lagi biar sebati lama sikit dan lepas tu  baru masukkan santan...dan gula merah... kacau ...sehingga kuah pekat. perasakan sekali lagi jika kurang masinnya
- sesiapa nak masukkan kerisik tu  10 minit sebelum nak tutup api boleh masukkan kerisik.. 
 

7 Comments

  1. Assalamualaikum Wani,
    inilah cantiknya ada macam2 versi resepi... Amie tak pernah lagi masak kerutup tapi memang suka makan.

    ReplyDelete
  2. nani tak penah lagi seumur hidup ni masak kerutup. tapi kalo mak masak, sedap aje... nanti nak belajar buat kuzi la..leh makan dengan roti jala.

    ReplyDelete
  3. Salam Wani,
    Akak pun seumur hidup belum pernah masak kerutub. Nampak cam sedapla Wani, kalo cicah dgn roti jala mesti bestkan....

    ReplyDelete
  4. kak amie: salam.. oohh cubalah ya kak best ni kerutup ni ..wani memang suka masak kerutup tak kisah ayam ke daging ke ...sebab best makan dengan nasi panas

    nani: nani ni kena main masak2 kerutup pulak ya .. kuzi pon lagi satu simple je nak masak tu cuma nak prepare bahan tu lambat hihi

    kak wattie : ohh ye ke kak.. kena cuba masak ni kak wattie .. best syiok !! hihi .. kalo makan dengan roti jala lagi best

    ReplyDelete
  5. wani..kalau nak tau kita tak pernah masak kerutup...hahahha..tah bila la nak cuba...kekekke

    gulai nenas kat bawah tu sedapnya...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Wani..akak ada rempah kerutup tp blur pulak nak masak apa. Mungkin ikan pun boleh kot? Mcm rupa kurma pun ada yg wani masak ni...

    ReplyDelete
  7. Q: ramainya x pernah masak kerutup .. naik hairan wani hihi.. x pe nanti leh cuba masak ... kalah kurma ayam nanti tau ..sedap sangat

    kak zana: err ikan tu x pernah lak cuba wat dgn kerutup ni akak.. biasanya orang buat dgn daging n ayam je .. boleh cipta satu resepi baru ni kot hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post