PUDING SAGU GULA MELAKA

ASSALAMUALAIKUM.............


dah banyak kali wani buat puding ni tapi tak sempat nak posing nya ..kebetulan hari tu ada buat nasib baik sempat posing sebab puding sagu ni memang menjadi favorite family ..sedap sangat ... nak buat pun mudah je tak susah-susah . tapi bila makannya memang sampai nak bertambah  - tambah... ada sirap gula melaka tu yang buat dessert ni sedap ..apatah lagi bila makan sejuk-sejuk .. cuaca sekarang ni panas kan... dessert ni sesuai untuk penyejuk tekak jugak... tapi yang ni bukan guna santan.. wani guna susu cair... siapa-siapa yang nak elak kolesterol dari santan tu bolehlah ganti dengan susu cair .. jadi dessert macam ni dah sesuai nak hidang dekat abah wani ..sebab dia kurang sikit kalau pasal santan ni .. resepi ni wani ambil dari dapur kak jee.. terima kasih kak jee berkongsi dessert yang sedap dan simple ni ...

PUDING SAGU GULA MELAKA  
SUMBER:  DAPUR KAK JEE

Bahan- bahannya:
1 cawan sagu biji
4 cawan air
gula melaka dijadikan sirap
susu cair

Caranya:
- Mula2 masak gula melaka dengan sehelai daun pandan sampai melegak dan  gula tu cair. Sejukkan. 
- Pastu rendam satu cawan sagu kira2 dua puluh minit.
- Selepas itu, jeranglah empat cawan air dalam periuk. Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. 
- Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih itu lalu kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih.
- Orang tua2 kata masak sampai dah tak nampak mata ikan pada sagu. Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Tak kisahlah bekas plastik ker kaca ker. Pastu sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan keras, tuangkan susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.
 


7 Comments

  1. Wow puding sagu...besnya! Memang my fav tapi tak pernah buat sendiri. Delicious!!! :)

    ReplyDelete
  2. salam kenal dan ziarah disini wani..:) makan sejuk2 sedap nie..dah lama x buat la..:)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah, ermmm...sedapnya puding sagu tu..k.gee pon suka...

    ReplyDelete
  4. slm ziarah juga dri QH...nmpk sedap bile kuih sagu tu bile dh bubuh dlm mgkuk kecil mcm tu...

    ReplyDelete
  5. Salam Wani,
    Waaa puding ni memang best la Wani, akak pernah makan sekali masa gi kenduri tak lama dulu, tp tak pernah buat lagi....nak semangkukkkk

    ReplyDelete
  6. Wow... membangkitkan selera. Sagu dah lama ada dalam simpanan. Tengok resepi Wani ni, timbul idea nak sediakan resepi ini untuk minuman petang esok. Mohon kongsi resepi ye. Nanti Kak Noor tayangkan dalam blog Kak Noor. Singgah-singgahleh...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas resepi..sedap 2 dan boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post