-->

Saturday, 21 April 2012

author photo

resepi pancake buttermilk gebu dan mudah

wani kalau boleh nak terjah satu -satu nak blogwalking .. tapi masa tak mengizinkan sangat ... jom la layan buttermilk pancake ..yang wani buat entah berapa bulan lepas dah hihi ... walau tak secomel mana pun ia tetap gebus ... ambil dari dapur kak izahh.. terima kasih 

Resepi Buttermilk Pancake Gebu Dan Mudah

Bahan - Bahan
150g tepung hot pancake - jika tiada ganti dgn tpg SRF atau tpg kek + 1sk baking powder dan soda dan secubit garam
100 ml buttermilk
1 biji telur size M
1 sudu makan gula
1 sudu makan butter cair - optional
 
Cara-cara
1. Jika menggunakan tepung hot pancake, bancuh semua sebati menggunakan whisk@spatula dan masak seperti biasa.
2. Jika menggunakan tepung SRF@tpg kek, blend semua sebati dan biarkan sebentar 10-15min baru masak atas kuali seperti biasa.


Resepi Buttermilk Homemade

Ada 3 kaedah untuk buat buttermilk homemade. Boleh cuba yang mana suka.

Cara 1
# 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka
 
Cara 2
# 1 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon jus
 
Cara 3
# 1 cawan susu segar + cream tartar

Cara - Cara 
Satukan susu dan bahan pemasam, dan peram 15 minit dalam bekas yang bertutup. Boleh digunakan.

This post have 6 komentar

avatar
Shahriah Abdullah Novelis delete 21 April 2012 at 12:28

SAlam Wani... hadoii musim hujan macam ni dapat pancake wani tu bestnya!

Reply
avatar
Liza delete 21 April 2012 at 13:34

salam wani, bestnya tgk pancake tu, gebussss...

Reply
avatar
Amie delete 21 April 2012 at 14:40

Hai Wani....walaupun dah berbulan, pancake tetap gebuss!

Reply
avatar
Unknown delete 21 April 2012 at 21:27

sedapnya tgk pankek..lama tak buat pankek ni.

Reply
avatar
zila norazila delete 21 April 2012 at 22:07

salam wani
sedapppp2 tp x pernah buat lg..bila la nk menerai nie.:)..

Reply
avatar
Nuwairani delete 22 April 2012 at 06:43

tak payah guna telur! bagusnya! boleh masuk list dulu ni. harga telur dah makin naik sekarang...hadoi!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post