-->

Friday, 13 July 2012

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....




 Puding lapis jelly !!! ..  oklah salah satu dessert yang senang nak buat dan sedap dimakan di kala sejuk.. emm sejuk tekak… dah lama tak buat puding2 ni.. banyak jugak dapat..Kalau family kecik kena la bahagi 2 ..  wani letak dalam bekas gelas dessert.. terlebih penuh sudah .. nasib baik tak limpah..wani rasa cam nak lebihkan jelly je lebih hihi... resepi ni wani lupa siapa dah pemiliknya sebab dah lama ni kertas ni tersusun rapi dalam file holder.. terjumpa masa dok tengah sibuk2 belek  resepi yang wani dah simpan lama sangat dalam fail.. mintak maaf banyak-banyak huhu.. tengok-tengok eh senang jugak ni .. nak cubalah…wani tak reti nak cakap pasal adunan puding kat bawah tu nak kata keras tak jugak nak kata lembik tak jugak tapi boleh cakap tengah2 la..tak keras dan tak lembik.. cuba buat sendiri ya.. bonda dan adik wani ni laju je makan ... bab gula tu wani guna 1/2 cawan plus 2 tablespoons..memang kurang manis ler sikit.. tapi dah rasa ok dah dengan kombinasi manis dari cocktail dan jelly tu...


PUDING LAPIS JELLY

BAHAN-BAHAN
1 cawan susu cair *
1 cawan jagung krim *
1 cawan gula *
1 cawan tepung kastard *
1 cawan tepung jagung *
5 cawan air *
1 kotak instant jelly perisa raspberry / strawberry
 Fruit cocktail secukupnya

CARA MEMBUATNYA: 
1.      masak bahan-bahan yang bertanda * dalam periuk,  kacau tanpa henti hingga mendidih dan pekat.
2.      masukkan ke dalam bekas yang disukai
3.      masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan tuangkan ke atas lapisan pudding.
4.      hias dengan fruit cocktail. Sejukkan.   


                                                     


This post have 4 komentar

avatar
zila norazila delete 13 July 2012 at 07:26

salam wani..sesuai jgk buat buka puasa kan..nampak sedaplah ..kecur pulak nengok:)

Reply
avatar
Amie delete 13 July 2012 at 07:39

Sedap ni dinikmati waktu panas & waktu berbuka puasa...

Reply
avatar
Nuwairani delete 14 July 2012 at 10:38

kalau jelly mcm ni memang kite suke makan. kalau kt hotel, mmg inilah dessert yg dicari2

Reply
avatar
Wattie delete 14 July 2012 at 19:30

Assalamualaikum Wani,
Sedap dan cantik nampak jelly yg Wani buat tu, pekena segelas, pasti nak dua gelas.....

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang