-->

Tuesday, 10 July 2012

author photo
ASSALAMUALAIKUM.......


tak pernah terlintas nak buat roti gula selalu belik jugak kalau nak makan.. hari tu ada cuba buat sendiri lepas tengok kat dapur Q .. terus je cadang nak buat roti gula ni nak habiskan roti tu sebelum expired hihi.. roti gula ni memang favorite bonda wani .. apa lagi suka la tengok wani buat roti gula.. wani potong 4 senang nak makan .. wani rasa dah tak terlebih sangat letak gula tu huhu.. sedap di makan bersama air teh panas atau air kopi... terima kasih Q sudi kongsi ... kalau tak memang tak terlintas ler nak buat roti gula ni....bahan-bahan pun senang, cepat... makan pun nak cepat hihi..  so apa lagi yang mana ada roti nak expired tu boleh la cuba buat ini :))



ROTI GULA
SOURCE 1 : QASEHQUQUINNIE

Bahan2

beberapa keping roti
gula
planta

Cara2
Sapu roti ngan majerin atau butter, tabur gula, lepas tu ambik sekeping roti potong/gunting kepada empat bahagian. kalau tak nak potong pun boleh, tapi kalau potong empat senang nak simpan dalam bekas. Bakar atas redai suhu 160 celcius selama 25-30minit, api atas bawah . Roti gula dah nampak rangup , boleh angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara. 

Peringatan untuk wani : suhu oven 140 C  Timing: 25-30 minit 



This post have 8 komentar

avatar
rahel delete 10 July 2012 at 18:29

sedap roti gula ni cicah ngan teh o panas...

Reply
avatar
Qasey Honey delete 10 July 2012 at 18:39

wah sedapnye...lama dh xmkn roti gula ni...bleh la buat jugak nti...

Reply
avatar
Unknown delete 10 July 2012 at 20:04

salam Wani
akak pun tak pernah buat tapi mudah je kan buatnya nk try lah bila ada roti tu skrg ni roti nya licin dong pasti sedap cicah nescafe kaw2 kan..

Reply
avatar
Amie delete 10 July 2012 at 20:27

Sedap ni buat kudap-kudapan.. minum petang dengan kopi panas! terima kasih Wani kongsi resepi.

Reply
avatar
Shahriah Abdullah Novelis delete 10 July 2012 at 22:27

As'kum Wanie cayangg.. waduh memang best roti gula ni.. dulu akak selalu buat bila ada baki roti yang hampir nak expired hehee... nampak kat sini teringinlah pulak...

Reply
avatar
Nuwairani delete 11 July 2012 at 18:56

kite suke makan ni kalau ada kopi 0. memang meletop!

Reply
avatar
quinnie delete 11 July 2012 at 22:20

nampak cantik roti wani ni...baru2 ni gi kedai tengok ada jual roti ni...rega rm2 sepeket..hehehe...tapi tak heran la skang sebab dah pandai buat sendiri..kekekek

Reply
avatar
Asmara delete 12 July 2012 at 14:05

suka roti gula! teringat zaman sekolah, tak sangka boleh buat sendiri kan. padahal dulu2 mmg mkn roti letak butter dan gula, cuma kene masuk oven kasi keras je ek. hehe..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang