PARU REBUS AIR ASAM

ASSALAMUALAIKUM......



salam rindu semua dan selamat berhujung minggu .. bila sibuk ni rasa semput je masa. rindu nak masak tapi sabar je la ...pagi tadi pergi mall sekejap bila tengok ke bahan-bahan basah sayur mayur bagai tu .. terasa geram nak beli tapi memandangkan wani tak ada masa nak main masak-masak ...hati ni kena sabar lah ya hihi..   semalam cuaca hujan dan mendung sepanjang hari ni  badan pun menggeletar je. sejuk!..hari ni panas hingga ke petang cuma pagi tu hujan rintik-rintik sekejap.. bila tengok calendar eh jumaat ni dah nak raya haji ..sekejapnya masa.... rasa bulan Syawal baru je masih terasa. dah nak tiba raya haji dah.. untuk entry lepas pasal kek chiffon ada yang bertanya wani loyang kek chiffon ni kena gris ke tak. buat Nani.. loyang tu tak payah gris , letak je terus adunan ke dalam loyang dan hentakkan 3 kali untuk hilangkan buih-buih dalam adunan tapi make sure sebaik saja masak, terus telangkupkan acuan tu sampai la betul-betul sejuk baru sisipkan keluar dari loyang.

oklah ya berbalik kepada menu hari ini, air asam yang tak miss di kala bulan puasa ..inilah menu wani..sebab wani kalau makan nasi mesti nak pekena dengan hidangan yang masam-masam baru masuk selera. selalu je beli tapi kali ini buat sendiri ..simple nya nak buatnya tak payah susah-susah.terima kasih penyumbang resepi  :))..



PARU REBUS AIR ASAM
SOURCE: SAWANILA.COM

INGREDIENTS
Semangkuk paru yang telah direbus dengan halia dan garam – dihiris
2 biji limau nipis – ambil perahan jusnya
sedikit air rebusan paru
sedikit belacan
1 biji bawang besar- dihiris
3 biji cili padi – diracik
segenggam daun kesum-dihiris halus
garam dan gula secukupnya

METHOD
campurkan belacan,jus limau, air rebusan paru , garam dan gula dalam satu bekas.
Pastikan garam , gula dan belacan betul-betul hancur dan larut
Masukkan semua bahan lain kedalam air asam
Gaul hingga sebati



NOTE: kalau nak masam lagi tu letak la asam keping masa merebus paru sampai masak. lepas tu boleh la buat tambahan perah asam limau nipis dan seimbang la rasa masam manis masin ..Kalau tak suka paru boleh ganti dengan perut atau daging rebus

4 Comments

  1. salam wani...
    saya x pernah mkn paru....rasanya mcm hati jugak ke?,,

    ReplyDelete
  2. salam syg wani,
    bz upanya adik akk nie..akk x pernah mask paru mcmnie..biasanya buat sambal jew..nnt2 akk nk try jgk la..mesti sedap nie:)

    ReplyDelete
  3. menarik juga yer, boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je bunyinya ni... nanti kalu ada paru nak cuba masak ginilah pulak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post