-->

Wednesday, 16 September 2015

author photo
ASSALAMUALAIKUM.....


selamat pagi semua.untuk entri yang sebelum ni ramainya orang yang tak kenal dengan pokok wasabi kan.. hihi.. tak apalah sama-sama lah kita kenal.hari ni nak share Tang yuan deesert .salah satu dessert dari masyarakat cina..dah lama dah mengidam nak buat and finally wani berjaya jugak buat hihi... agak-agak semua orang dah tahu kan dari mana asal usulnya kuih ini. Tang Yuan dibuat sempena perayaan Dong Zhi atau winter Solstice selepas habis musim menuai.simbol Tang Yuan ni merupakan simbol penyatuan keluarga.macam-macam kisah nak boleh cerita pasal Tang Yuan.tapi zaman sekarang ni, boleh makan bila-bila tak adalah nak tunggu musim sejuk. Malaysia tak ada musim sejuk hik3.... wani, kalau dessert yang pelik-pelik ni memang wani nak tahu jugak asal-usul kuih tu. wani suka nak belajar budaya masyarakat lain melalui makanan.. it's my pleasure.. :))... lebih-lebih lagi ini dessert masyarakat cina.   sebelum ni pun wani dah buat post kat sini. memang bercolorful sungguh. tapi kali ini wani buat satu color je dan letak inti kacang kat dalam. kalau tak nak letak inti tu pun tak apa. itupun rasa dah malas nak menggetel letak inti.. lambat :D..so hanya warna pink je yang wani letak.  



penyediaan nak buat tang yuan ni senang je .. tak payah salin resepi.. macam kita buat onde-onde cuma tang yuan ni dimakan bersama sirap gula. ada orang buat colorful.. siapa-siapa yang nak buat inti kacang tu wani ambil dari dapur seripayaku.. cuma tak letak minyak banyak sangat.. separuh kacang je buat sebab nak habiskan stok kacang merah. ni pun ada lagi entah nak buat kuih apa :D..oklah ya .. tak seronok masa buat tapi sungguh puas hati bila masa nak makan .. sebab comel bulat2 :3..


Resepi Tang Yuan Bebola Pulut Manis Mudah 

Bahan - Bahan 
2 cawan tepung pulut 
150ml air ( jangan habiskan, tuang sehingga tepung bergaul sebati sehingga boleh di gentel-gentel kalau tak cukup tu tambah la air ) 

Untuk sirap gula
1 liter air
2 helai daun pandan carik-carikkan dan diikat
1/2 inci halia diketuk 
6 sudu besar gula ( kalau nak kurang manis kurangkan, kalau nak lagi manis lebihkan ya, boleh rasa )
10 - 12 biji kurma merah kering


Cara - Cara 
1. Tepung pulut digaul sebati bersama air sehingga sebati atau boleh digentel macam buat onde-onde. 
2. Lepas siap menguli bahagikan warna,wani buat warna pink sahaja. Dan gentel bulat-bulat wani masukkan inti kacang merah..kalau sesiapa tak nak inti tu, abaikan saja.
3. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih, bila air mendidih letakkan bebola tadi dan rebus 
 sehingga bebola tadi timbul, angkat letak dalam bekas yang telah disi air, sementara tunggu nak buat 
   sirap gula. 
4. Untuk buat sirap gula, campurkan semua bahan dalam periuk dan didihkan sehingga air gula masak dan berbau harum
5. Cara penyediaan, letakkan bebola dalam mangkuk dan tuangkan sirap gula.sedia dihidangkan. 



Resepi Inti Kacang Merah Yang Mudah 
Sumber : SERIPAYAKU
Bahan-bahan 
· 500 gm kacang merah
· 1 1/2 cawan gula pasir
· 1 keping gula kerek
· 1 helai daun pandan
· 1/2 cawan minyak masak
Cara-cara
1Kacang merah di rebus sehingga empuk.  Nak cepat, guna periuk tekanan Rebus selama 20 minit. Sejuksan kemudian rebus lagi sekali sehingga betul - betul empuk.
2. Tapis buang airnya kalau berlebihan. Masak lagi sehingga iarnya kering.
3.Masukan gula pasir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Masak lagi sehingga terasa berat nak mengacau.
4. Boleh lah tutup api. 

This post have 5 komentar

avatar
rahel delete 5 June 2013 at 11:23

Sedapnya Tang yuan ni...dulu2 selalu makan kat restoran papa rich di sunway pyramid...

Reply
avatar
suryabil delete 5 June 2013 at 14:01

Menarik ni ...mmg x pernah merasa..blh lh menerai nnti..:-)

Reply
avatar
Sweet red cherry delete 5 June 2013 at 15:01

salam wani..

nampak menarik..pandai wani buat ya..

Reply
avatar
raihanah delete 18 September 2015 at 14:01

ada khasiat kot ya tang yuan ni. nanti nak cuba di pappa rich la

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 18 September 2015 at 17:49

hii ada la khasiatnya tu.. sebab letak halia dalam air gula tu..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang