KEK GULA HANGUS

ASSALAMUALAIKUM...


Salam semua..

 Semalam hujan lebat , berhenti sekejap ..lepas tu hujan rintik2 pulak sampai ke subuh . Ingatkan jerebu hilang, emm tak hilang la jugak.tengok berita,  Kasihan tengok nelayan, aktiviti nak tangkap ikan pun terkandas sebab takut tak boleh pulang sebab tak nampak pantai.sebelum tu kalau ternampak wani post banyak kali post,sekarang ni tengah edit label kat blog,, kadang2 terfikir macam banyak sangat.sebab tu bila update.. Setengah post yang dulu pun terupdate jugak.takut sakit mata tengok hii

Hari tu ada buat kek gula hangus.. lama rasanya tak post kek gula hangus. kek ni paling laku kat rumah sekejap je habis.wani dah banyak kali dah buat kek ni cuma kelainan pada kali ini letak kordial sunkist tu.. Ingat kek gula hangus ni tak ada dah orang nak main reka letak bahan lain. Rupanya ada.. Ini pun dah 2 kali dah buat letak kordial sunskist tu.. Dari segi rasanya, bau sunkist sikit

Kek ni wani memang perap, tak pernah wani tak perap. So kalau siapa tanya tak nak perap tak apa ke ? wani tak boleh jawab hii.. Mungkin kalau ikut pengalaman orang yang dah buat kek ni tapi tak perap, jawapannya kek tu tak ada sarang.. Berat je tekstur. 

Resepi sebenarnya khas untuk periuk noxxa..tapi wani buat versi bakar dalam oven. Nanti nak test lain kali bakar dalam periuk noxxa macam mana.terima kasih di atas perkongsian resepi

KEK GULA HANGUS
SUMBER & RESEPI : RIZ MOHD


BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung gandum
3 sudu kecil soda bikarbonat
( tepung gandum dan soda diayak )

4 sudu besar susu pekat ( resepi asal 1 cawan. kalau tak pandai sukat buatlah 1/2 cawan nak kurang manis, wani guna sudu yang besar sikit. )
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar kordial sunkist

GULA HANGUS
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

CARA-CARA
1. karamel - masak gula dan apabila cair dan bertukar keperangan mendidih, masukkan air panas sikit demi sikit hingga larut. akhir sekali masukkan mentega. biarkan sejuk ( hati-hati bila masukkan air panas sebab ia akan meletup-letup )
2. dalam satu bekas, satukan telur dan susu pekat dan pukul sehingga sebati
3. masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit. kemudian masukkan jus sunkist,esen vanila dan karamel. gaul sebati.
4.  griskan dasar loyang dengan mentega dan tuangkan adunan tadi dengan menapis masuk ke dalam loyang.perap selama 4 jam. Kek ni kalau boleh perlu diperap
5. Panaskan oven dan bakar dalam 40 minit suhu ikut oven masing-masing sehingga masak apabila dicucuk dengan lidi tak lekat.
6. bakar api bawah sahaja nak bagi ia jadi sarang.
7. potong apabila kek betul-betul sejuk.. sebab dasar kek dah mudah lekang dari loyang


1 Comments

  1. terliur tengok !

    nysa jalan jalan singgah sini and follow :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post