KUIH BINGKA SUSU

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua,sudah tengah malam baru boleh mengadap blog.. hemmm raya haji kemungkinan ramai orang tak cuti lama, rata-rata dah ramai orang kembali ke kota untuk melunaskan tanggungjawab bekerja...ada jugak yang masih bercuti kan,, ramai orang dok cerita pasal raya korban.. hihi.. ada yang dah puas makan daging ke... berderet la menu daging lepas ni .. 


kali ini nak bercerita pasal kuih bingka, selepas bingka pandan, cuba buat kuih bingka susu ni pulak.. tabur jugak bijan kat atas .. memang harum bau susu.. tapi bila bonda cakap dia lebih suka bau bingka pandan tu hihi ..tak apa pelbagaikan variasi kuih bingka . kuih bingka ni bagi wani pelik sikit sebab ada letak kastard. dan kena masak atas dapur sekejap.. kalau bab kastard masak atas dapur ni .. wani akan tahu la jadi macam mana.. bila kacau -kacau tu ia akan bergentel .. tak lama jugak wani kacau.. tengok bergentel sikit wani dah tutup hihi.. nasib baik masa nak letak dalam loyang tu wani tapis balik.. takut hasil tak cantik pulak

untuk adunan ni, wani blend semua bahan nak bagi semua halus mulus.. wani bakar agak lama jugak dalam  1 jam lebih dan nak bagi kerak kat bawah tambah lagi 30 minit guna api bawah saja.sepatutnya masa nak bakar kenalah panaskan loyang tu bersama dengan minyak tapi wani pergi sapu marjerin dan letak terus adunan sebelum dibakar .. jawabnya kat bawah tu melekat ... terlupa pulak nak panaskan dulu loyang tu huhu... nasib baik boleh potong. 


terima kasih atas perkongsian resepi ini. :)

BINGKA SUSU LEMAK MANIS 
SOURCE:HANIMMDZAIN

1 1/2 cwn tepung gandum
2 cawan santan pekat
2 cwn susu cair
4 sdb susu pekat manis
3 biji telur ( wani letak 2 biji )
1 cwn gula perang/pasir
1sdk vanilla
2 sdb tepung kastard
secubit garam
1sdb mentega

Satukan semua bahan di atas hingga sebati. Masak sekejap atas api perlahan.Sedikit pekat tuang 

dalam acuan di sukai. Bakar selama 30minit 170.

Boleh juga di tabur sedikit bijan putih dan hitam.

Setelah masak sejukkan baru di potong dan hidang dengan secawan kopi panas

5 Comments

  1. salamkak wani
    wahh!!!bingka susu belum pernah buat...tgk pun dah tahu mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  2. Salam Wani,

    Amboi comeinyo....insyallah nanti i cuba.

    ReplyDelete
  3. salam Wani...
    wah...bingka susu..tak pernah rasa..Nampak sedap sangat...nanti boleh cuba ni...tq share resepi.

    ReplyDelete
  4. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 400
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wani..

    em, dari nama ja saya suda suka bingka ni..sedapnya bingka susu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post