MINI OREO CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM.....


salam jumaat semua ,alhamdulillah minggu pertama dalam tahun 2014. hemm itukan hari demi hari dah nak habis minggu pertama dah .. semoga Allah permudahkan urusan kita semua.okay la ya post hari ini mini oreo cheesecake.. nama je oreo tapi wani beli klon oreo cap jack n jill tu hihi.. murah sikit tapi  rasa tak lari macam oreo jugak.. barang naik mahal kan.. pandai pandai la nak berbelanja murah huhu....wani terlintas nak buat ini sebab masih ada lagi lebihan cream cheese yang buat kek batik cheese hari tu.. bila tengok resepi macam main banyak adunan je so wani olah sendiri..

tapi resepi ni pun dah lama jugak kempunan nak buat sebab senang kan tapi tak jadi jadi jugak.oreo cheesecake wani ni tak berapa nak cun barangkali sebab wani bakar dalam muffin tin yang besar sepatutnya kena guna mini muffin tin tu tapi wani tak ada..nak main tuang banyak banyak cream cheese tu sebab ia jenis macam cecair kan .. macam tak boleh nak tuang penuh.. takut limpah..walaupun wani dah lapik 2 paper cup. sebab muffin pan tu besar.. jadinya cream tu ciput je nak banding crust kat bawah tu. terasa nak buat mini sebab malas nak bakar main guna loyang. apapun sedap jugak.. :))

dalam resepi ada la letak lemon zest dengan jus sekali ke dalam adunan cream cheese tu tapi wani tak letak ..buat plain je.. lepas satu satu masuk mulut ..sedap makan sejuk sejuk.. :)).kalau tengok dalam resepi wani tak letak gula untuk buat crust tu kan.. terpulang la ya kalau nak letak boleh la letak 1 sudu besar gula halus ... tapi yang wani buat ni memang kurang manis la ya..


MINI OREO CHEESE CAKE

BAHAN - BAHAN
125 gm cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik
1 1/2 sudu besar mentega dicairkan
3/4 cawan biskut oreo yang telah dihancurkan ( filling kat dalam, buang )
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung diayak
1/2 sudu teh esen vanila

CARA-CARA
1. untuk crust kat bawah, biskut oreo digaul rata bersama mentega.aturkan paper cup dalam muffin tin dan bahagikan sama banyak untuk ditekan dalam paper cup.bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam 10 minit.keluarkan dan sejukkan.
2.  cream cheese dipukul hingga gebu dan masukkan gula pukul lagi hingga sebati , masukkan telur dan pukul lagi sehingga ia kembang .
3. masukkan tepung jagung dan esen vanila  dan pukul hingga rata.
4. sudukan adunan cream cheese dengan sama banyak di dalam paper cup dan bakar ke dalam oven yang telah dipanaskan dalam 18 minit.. ikut suhu oven masing -masing .
5. sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.

6 Comments

  1. lama tak mengecis...dlm blog takder...tgk wani punya pun dah kenyang

    ReplyDelete
  2. aduh sedapnya wani akak pun teringin dan dan nak buat ni

    ReplyDelete
  3. assalamulaikum wani..

    wow..memang nampak comel la pulak mini oreo tu..nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. Assalam wani
    Salam singgah ye
    Emm yummynya, mesti ank suka ni

    ReplyDelete
  5. macam nak try je ni..semua bahan memang dah ada...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post